Bukan main gah bekas Menteri Kesihatan memperlekeh dan meramalkan karier DS Najib sebagai Perdana Menteri bakal berakhir selepas PRU 13. Dengan penuh keyakinan, beliau meramalkan Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri yang baru!
MCA turut dibidas dan diperlekeh sebagai barua UMNO dan bakal 'gulung tikar' selepas pilihanraya umum nanti. Nasib Parti MCA lebih malang kerana Chua Jui Meng berjaya memnghilangkan RM 11 juta dari dana parti semasa menjadi Menteri Kesihatan.
Chua Jui Meng adalah bekas mantan Menteri Kesihatan selama 9 tahun bermula Mei 1995 sehingga Mac 2004. Pada tahun 1995, kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dimana undang undang dikuatkuasakan pada tahun 2003.
Dalam tempoh setahun (tahun 2003 hingga 2004), syarikat pengeluar rokok telah membelanjakan RM 11 juta melalui pengiklanan dimana hasil kutipan tersebut masuk ke dalam kocek Chua Jui Meng, tidak dimasukkan kedalam dana parti.
Diantara hasil kutipan pengiklanan yang berjaya disonglap Chua Jui Meng adalah melalui iklan Benson & Hedges Bistro, Sampoerna A International Cyberworld, Dunhill, Marlboro Classics, Davidoff, Perilly's, Pall Mall, John Player Specials, Winfield, Winston, Mild Seven Seafarers Club, Peter Stuyvesant Travel and Tours, Kent Holidays dan Salem Holidays.
Malang sungguh parti MCA. Sudahlah dicop parti yang bakal gulung tikar, ditipu hidup hidup pula oleh Chua Jui Meng.
Mungkin ada baiknya kepimpinan MCA perlu laporkan kepada SPRM untuk dilakukan siasatan. Mustahil MCA hanya mahu melihat Ling Liong Sik dan Ong Tee Keat disoal siasat SPRM dan dihadapkan mahkamah. Chua Jui Meng terlepaskah? ...
Home
»
PKR (Parti Khianat Rakyat)
» SELAMAT HARI PEKERJA MCA ! ... CHUA JUI MENG REMBAT RM 11 JUTA TAHUN 2003 !
Monday, May 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
KO CAKAP NI UMPAMA CAKAP KEDAI KOPI...
TONG KOSONG...TONG..TUNG..
TONG...TUNG...
NAPE TAK TANGKAP JER CJM?
MANA BUKTI?
CJK TAK SETERUK NAJIB/MAHATHIR KENA TIPU HIDUP2 OLH CINA MCA (LIONG SIK/KONG CHOY) DLM KES PKFZ...ENTAH2 BERBILION RM..RANAP DUIT RAKYAT...
SEHEBAT2 NAJIB/MAHATHIR PUN KENA TIPU GAK OLH CINA MCA SENDIRI...LG BAHLOL!
SKANG KES TERUS SENYAP PKFZ...RAMAI JUGAK PEMIMPIN UMNO PASTI TERLIBAT...AKU YAKIN!
Post a Comment