Tuesday, May 18, 2010


Hadiah hari Guru ...

" ...Bermula tahun depan, mereka layak menerima wang ganjaran sehingga RM 7,500 seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing masing jika mencapai KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran... "

" ...Pengetua dan guru besar yang berjaya mencapai sasaran KPI bagi sekolah masing masing bakal menerima RM 7,500 seorang... "

" ...Guru di sekolah sama yang berada dalam kumpulan lima peratus ke atas pula akan menerima wang ganjaran sebanyak RM 1,800 seorang dan 95 peratus akan menerima RM 900 seorang... "

UMWM cukup berbangga dengan usaha Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekalung tahniah di atas inisatif untuk golongan pendidik di Malaysia. Bukan mudah sebenarnya bagi TPM kita yang benar benar berhasrat memartabatkan golongan pendidik yang tidak pernah sekelumit pun mengenal erti penat lelah. Syabas ... Tan Sri.

Namun, ini adalah cetusan rasa UMWM ... malah cetusan para golongan pendidik peringkat bawahan sebenarnya !!!

Yang perlu diberi penekanan dan ganjaran sewajarnya ( ganjaran RM 900 )

1) Guru guru peringkat bawahan sebenarnya menghadapi banyak tekanan datangnya dari pelajar, pejabat sekolah, pengetua dan ibubapa sendiri. Bebanan tugas untuk guru guru ini cukup membebankan.

2) Duit gaji digunakan untuk keperluan pelajar dan sekolah. Sewa untuk kostum bagi ko kurikulum kebudayaan perlu 'advance' terlebih dahulu. Begitu juga dengan membeli peralatan makmal ICT. Malangnya, perbelanjaan ini tidak boleh dituntut 'claimable'. ( perkara ini benar benar berlaku dan cukup menyedihkan !!! siapa yang perlu dipersalahkan ... Kementerian ? )

3) Guru pendidikan khas perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk keperluan bahan pelajar kerana tidak ada 'budget' dari pihak sekolah.

4) Minta maaf Tan Sri ... salam dihulurkan ... Pada dasarnya guru guru bawahan yang sebenarnya dikerah untuk mencapai 'standard' tersebut, bukan 'golongan di atas'. Tidak adil para pengetua dan guru besar mendapat imbuhan RM7500 tersebut. Pengetua diibaratkan 'choc fudge CEO' ( Sekejap ada sekejap tiada ). Malahan tidak salah juga dikatakan kerani sekolah ibarat RAJA dalam sekolah, para guru pula diibaratkan KULI BERGAJI.

5) Duit gaji para guru bawahan banyak dihabiskan untuk sekolah, dari yuran Kelab Guru, keluar duit untuk keceriaan kelas, perbelanjaan untuk kegunaan pelajar. Disebabkan beban tugas yang TERLAMPAU BANYAK BESERTA DGN TEKANAN DALAM SEKOLAH, ramai guru secara diam memprotes Kerajaan melalui undi 'silent protest'.

Secara jujur Tan Sri Muhyiddin Yassin ... JAWATANKUASA KHAS MENGKAJI BEBAN TUGAS GURU harus segera dilaksanakan agar ganjaran dan imbuhan yang lebih setimpal diberikan kepada para guru bawahan ini.

Yang Berkhidmat ,


MELAYU ATAS PAGAR


sentiasa menghargai pengorbanan guru

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana faham 'penderitaan' guru-guru..

gengsahabat said...

setuju...kerana imbuhan sebeginilah guru kasta rendah akan diperah nanti...meeting tak habis2..pelbagai program mengarut di cadang...beban kerja pastinya bertambah...semuanya demi imbuhan besar untuk orang atasan...pada guru bawahan yang penting kenaikan sama rata walau sedikit dirasakan lebih adil...sesungguhnya pengumuman ganjaran tersebut membuka lebih ruang untuk perahan tenaga dan masa guru marhaen..

Anonymous said...

aku setuju sgt2 dgn kenyataan di atas..terus terang aku katakan bhw lbh separuh guru2 di Malaya TIDAK sokong kerajaan...byk2 dasar2 kerajaan tidak membela mereka dan mrk tidak dilayan dgn adil dan tiada byk opsyen peluang...
pengumuman muhyidin yasin tentang intensif guru baru2 ini bagi kami hanya utk memberi gula2 saja tapi hakikatnya masih macam tu juga lah...dan ianya disambut dgn senyum sinis saja!!!
amat ramai guru menentang kerajaan....sebab aku pun guru.....

whiteorange said...

Pengumuman Menteri Pelajaran merangkap TPM mahu memberi insentif dan ganjaran kepada para pendidik sebagai kelangsungan kecemerlangan perkhidmatan perguruan amat memberangsangkan. Sekali pandang memang amat menarik. Pelbagai insentif disediakan bagi menghargai tugas para guru.
SOALNYA, Benarkah soal gaji dan insentif, inisiatif terbaik bagi menjamin mutu kerja para guru? Benarkah imbuhan dan insentif ini akan memberi kepuasan,menggalakkan produktiviti dan bukan sebaliknya? Apakah PANGKAT menjadi agenda seorang Guru?
Sebagai bekas guru siswazah, saya yakin pengumuman ini bukanlah satu pengumuman yang bijak. Ya lah , siapa tak mahu gaji besar.
Soalnya, bukan berapa banyak upah atau insentif yang menjadi ukuran tetapi cara mana upah, insentif, ganjaran atau apa sahaja istilah, itu mahu diagih-agihkan.
Sistem upah atau gaji dalam perkhidmatan awam semenjak sistem kabinet (kalau tak silap istilah)diikuti dengan SSB dan entah apa lagi sistem yang tidak pernah konsisten, sebenarnya terus mengundang pelbagai kontrovesi dan terus menjadi polemik ketidakpuasan hati mereka.
Yang menjadi isu utama bukan jumlah , tetapi lebih kepada kaedah pengagihan.
Apakah logiknya meletakkan 5% sahaja untuk pegawai cemerlang? apakah kayu ukur menilai kecemerlangan? Borang prestasi? Bagaimana jika ada lebih 5%pegawai yang begitu komited bekerja, begitu ikhlas bekerja , tiba tiba dinafikan hak mereka? Apakah perasaan mereka ini? Mereka akan jadi unmotivated, kerana menganggap hak mereka dirampas.
Kita jangan menidakkan, bahawa yang menilai prestasi kerja seseorang itu juga adalah manusia, manusia seperti manusia manusia lain, manusia yang punya rasa pilih kasih, yang punya perangai hipokrit, yang punya kelemahan kelemahan serupa manusia lain. Penilain yang sebegini amat subjektif dan terlalu terdedah kepada batas kawalan emosi yang kadang kadang tidak adil. Atas kertas memang cantik, tapi hakikatnya tidak begitu. Akhirnya nanti penilaian yang bersifat peribadilah yang digunapakai. Lainlah kalau ukuran itu dalam bentuk barang keluaran .

Aku mencadangkan agar sistem upah atau gaji ini dikembalikan seperti asalnya. Sistem yang saya lalui mula mula saya menjadi kakitangan kerajaan. Upah atau gaji adalah ditetapkan mengikut kelulusan. Setiap lima tahun ada satu sekatan atau BAR, mana mana pegawai yang melepasi sekatan ini akan diberi gaji baru mengikut skim tangga gaji yang telah ditawarkan, tanpa ada sebarang prejudis dan iri hati. dan begitulah seterusnya dimana setiap lima tahun akan ada BAR ..sehinggalah pegawai itu bersara. Yang senior didahulukan, yang junior dikemudiankan, maka tidak timbul rasa irihati antara senior dan junior kerana kita akur dengan sistem yang lebih adil ini. Yang berpendidikan tinggi gajinya lebih besar. Untuk mendapat gaji yang lebih, kakitangan berlumba-lumba memperbaiki kelulusan akademik mereka, tetapi dari segi kenaikan pangkat, tetap yang senior didahulukan mengikut kelayakan akademik, tidak timbul soal yang junior mengatasi yang senior. Ketidak puasan hati inilah sebenarnya yang menghantui semua kakitangan kerajaan, tak kurang yang berasa sakit hati dan kecewa hingga bersara.
Jadi saya sangat sangat menyarankan agar pihak kerajaan kembalilah ke sistem dan peraturan asal yang lebih memberi keadilan. Yang sepatutnya dipinda adalah jumlah upah, sesuai dengan tuntutan sara hidup semasa. Gaji hendaklah diselaraskan mengikut kelayakan akademik, untuk mengelakkan daripada satu pihak menuntut gaji lebih kerana menganggap pekerjaan mereka lebih penting daripada pekerjaan pihak yang satu lagi.
Biarlah sistem yang lama kita pakai kalau itu ternyata lebih efektif, dan lebih adil. Berapa banyak pun yang diberi tetap tak cukup, tapi kalau keadilan yang diberi, kita merasa yakin sistem itu telah menjamin hak kita dan akan terus bekerja dengan semangat dedikasi.

PESARA KERAJAAN PELBAGAI ZAMAN

Unknown said...

UMWM YAKIN RAMAI YANG MEMBERI KOMEN DI BLOG INI ADALAH PENDIDIK DAN BEKAS PENDIDIK.

TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN DAN KRITIK YANG DIBERIKAN.

UMWM AKAN CUBA MENYAMPAIKAN HASRAT DAN KELUHAN PARA PENDIDIK KEPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, INSYA ALLAH.

SALAM PERJUANGAN ...