Thursday, May 13, 2010

Juak juak Parti Apa Saja (PAS) ni dok terhereng sana !!! terhereng sini !!! pasal hudud dari dulu sampai sekarang. Penulis dah mengikuti ceramah ceramah PAS yang lebih banyak menghukum dari mendidik sebenarnya, natijah atau 'finishing' dari peristiwa yang Rasulullah S.A.W. tak pernah yang betul dalam ceramah anjuran PAS.

Tolong baca wahai juak juak PAS apakah sebenarnya falsafah hudud dalam Islam ... jangan main semberono je ... ambik satu ayat ... 'detail explanation' ke laut. Juak juak Parti Kencing Rakyat (PKR) ... kalau nak baca pun bagus, menambah ilmu ... jangan ikut Ketua Umum main belakang jer !!!

Hudud
Hukuman yang telah ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.

Qisas
Hukuman yang ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu.

Diat
Denda yang dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti Qisas.

Ta'zir
Hukuman ke atas jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh Allah Taala dan terpulang kepada hakim untuk menetapkannya.

Secara ringkas, jenayah dalam Islam ... jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud maka dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes dari mahkamah.

Empat (4) persoalan yang selalu ditanya ... 'What, Where, When and How to do It!

Emmm!!! Persoalan yang cukup menarik untuk dikongsi bersama. Nak kena buat sekarang ... ni juak juak PAS punya 'target' !!! Nak tolak terus ke sebab tak relevan dengan modenisasi ... jangan bang ! mau jatuh kafir ! habis tu macam mana ?

Sebenarnya terdapat dua (2) keadaan masyarakat yang boleh menerima pakai hudud dan tidak boleh menerima pakai hudud. Aaaa !!! ni kalau juak juak PAS baca ni mulalah menggila tak tentu hala, nanti dulu ... baca ... bacalah dengan nama Allah.

Masyarakat yang boleh menerima pakai hudud
Dalam konteks ini, hanya masyarakat yang baik yang majoriti iman berada pada tahap tertinggi, memiliki akhlak yang baik dan faham hakikat ujian dari Allah Taala. Hudud yang dilaksanakan akan mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam hidup bermasyarakat.

Masyarakat yang tidak boleh menerima pakai hudud
Majoriti masyarakat yang beriman secara taklid yang memiliki keperibadian 'Non Islamic' dan jika hudud dilaksanakan akan mencetuskan huru hara, sumpah seranah, tidak redha dan sebagainya.

Conclusion : hudud sesuai dilaksanakan apabila geraf iman 'the graph of faith' keseluruhan masyarakat Islam berada pada tahap tertinggi yang mana punca kejahatan telah dihapuskan. Baik atau buruk sesuatu masyarakat sebenarnya bergantung kepada Dakwah dan Tarbiyah yang dijalankan secara aktif, konsisten dan istiqamah.

Apa bukti atau dalil yang mengatakan hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang baik.

Ni yang penulis nak jawab ni !!! Paling mudah untuk difahami ...

1) Mengapa Allah Taala menurunkan ayat Al Quran secara beransur ansur kepada Rasulullah S.A.W. !
2) Mengapa didahulukan ayat ayat Makkiyah dan bukan ayat ayat Madaniyah ! (tolong cari terjemahan sendiri maksud Makkiyah dan Madaniyah)
3) Mengapa Rasulullah S.A.W. tidak mulakan dengan perintah "Janganlah kamu berzina !" dan "Janganlah kamu minum arak !"
4) Mengapa ayat mengenai wajib perintah sembahyang turun sesudah sebelas (11) tahun Rasulullah S.A.W. menjadi Nabi!

Pokok pangkalnya adalah iman dan pendidikan dari peringkat awal. Sebab itulah Rukun Iman didatangkan terlebih dahulu baru diikuti oleh Rukun Islam. Allah Taala menyuruh 'Amar Makruf Nahi Mungkar'. Usahakan terlebih dahulu dengan pendidikan ke arah kebaikan. Islam tidak menyuruh pemerintah menyeksa atau menjatuhkan hukuman melainkan diusahakan terlebih dahulu umat manusia menjadi baik.

Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (Uluhiyyah dan Rubbubiyah) perlu diutamakan dahulu bukannya sibuk nak jatuhkan hukum hudud! Masyarakat perlu didik terlebih dahulu, diasuh dan istiqamah. Masyarakat yang baik dari segi kerohanian dan jasmani akan melahirkan Tamaddun Lahir dan Batin yang menyeluruh. Iman yang dibentuk perlu ada benteng dan benteng itulah hudud sebenarnya.

Bukan semua kejahatan boleh diselesaikan dengan pendidikan dan hudud sebenarnya adalah langkah penyelesaian terakhir apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan lagi.

Contoh mudah ... bila berternak kita akan membuat pagar untuk mengelak haiwan seperi lembu dari merosakkan tanaman. Jika sekiranya lembu itu masih berkelakuan liar maka benteng yang disyorkan itu tidak berfungsi secara total. Hudud hanyalah benteng atau pagar tetapi jika masyarakat masih jahil maka hudud akan tidak berfungsi.

Banyak sudut yang perlu kita lihat sebelum dilaksnakan hudud, jika perlu. Secara dasar, cukup sukar sebenarnya untuk memperolehi hakim yang begitu bertaqwa, tegas dan adil dalam menjalankan perintah Allah dari sudut Uluhiyyah dan Rubbubiyah. Oleh kerana itulah Hukum Ta'zir lebih diutamakan dari perlaksanan hudud. Hudud akan membawa porak peranda dalam masyarakat yang jahil agama, lemah iman, tidak tahan sabar beserta takdir dari Allah Taala.

Walaupun hudud itu adalah mandatori atau dikanunkan namun sebenarnya tidak perlu dilaksanakan. Seperti juga hukum perceraian. Walaupun telah disyariatkan (halal), namun jika mampu ditolak dan tidak berlaku perceraian tersebut adalah lebih baik lagi.

Adakah dalil yang mengatakan Allah minta hudud tidak dilaksanakan

Ni kalau salah jawab ... memang kena tarbi dengan juak juak PAS ... sudah semestinya.

Pertama
Syarat syarat untuk jatuhkan hukum hudud sebenarnya cukup sukar kerana berkehendakkan empat (4) saksi yang adil, yang benar benar melihat kejadian dengan mata kepala umpamanya kes zina. Kerana itulah YB Mat Sabu terlepas dari hukuman khalwat bersama pasangannya yang juga merupakan isteri kepada kawan baik sendiri pada 31 Januari 1995 di Bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Atas dasar ketiadaan saksi yang adil.

Kedua
Pelaksana hukuman hudud termasuklah hakim, pendakwaraya, yang membuat penangkapan, tukang sebat mestilah terdiri dari mereka yang benar benar beriman kepada Allah Taala dan Adil !!!

Sebenarnya peranan undang undang Jenayah Islam bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Ada dua (2) sebab mengapa Allah Taala menurunkan atau mewujudkan hukum hudud.

Pertama
Hudud menjadi hukuman alternatif atau pilihan kepada manusia. Sama ada mahu dihukum di dunia atau akan di hukum di Alam Akhirat kelak.

Kedua
Sebagai jalan terakhir dan pendidikan terakhir untuk memperbaiki akhlak manusia yang sudah tidak mampu diperbetulkan lagi.

Kefahaman mengenai Iman dan Islam itu perlu didahului, disemai oleh para alim ulama terlebih dahulu, bukan terus menjatuhkan hukum.

Oleh sebab itu umat Islam perlu terlebih dahulu memahami Falsafah Hudud Dalam Islam. Jika Falsafah Hudud pun tidak mampu kita capai dan genggam, tak perlulah bercakap mengenai perlaksanaan hudud!

Ini adalah kerana secara prinsipnya Islam melihat adalah lebih baik tersilap tidak menghukum daripada tersilap menghukum seseorang di dalam kes kes hudud!

Kata para Hukama' Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

Mencegah dengan pendidikan ...
Mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud dan sebagainya.



MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

Eh! Agak2 juak2 PAS ni faham ke??? Diorang kan dah buta hati sebab taksub sangat kat Nicky Azeeez Al Halali Rasuahi Wal Pergi Haji'e... Ekekekk

Jeepers Creepers said...

ahhhh diorang mesti buat tak paham.yang penting kehendak nafsu tok guru harus dipuaskan.pas mesti pegang kuasa. itu saja yang mereka tahu.

lord ried said...

ALOOOOO MAP AKA BEGHOK KULUM PELIAQ......

BEGITU CEPAT HANG POSTINGKAN PERKARA2 YANG HANY TANYA AKU. MAKNANYA HANG TANYA DAN JAWAB SENDIRI VERSI AGAMA ISLAM HADHARI.

EKORAN DARI KOMEN AKU BERMULA NGAN KENYATAAN MANGKUK2 PIMPINAN PARTI JAMBAN YANG BULIH MERUSAKKAN AKIDAH. HANG TAK RESPON PON. LEPAIH TU AKU POSTINGKAN PIMPINAN UMNO KAPIAQ WALAUPUN BERSOLAT... PON TADAK HANG RESPON PON.
MAI2 HANG TANYA AKU PASAI HUDUD, TAKZIR DAN KISAH SABIK HANG ANGGAP HANG ALIM BAB TU. MOLA2 HANG KATA KENGKANGAN MASA TAKLEH NAK LAKSANAKAN HUKUM ALLAH TU SABIK KENA TARBIAH DULU. AKU KATA SAMPAI BERAPA TAUN.... 52 TAUN MERINTAH TAKDAN KA. JUGAK HANG TADAK RESPON.

MEH NAK HABAQ......
HANG PUTAQ BELIT LAGUMANA PON..... PERINTAH ALLAH ......TETAP PERINTAH ALLAH WALAUPUN HANG KATA TADAK KEUTAMAAN LANI.

AKU ADA BEBERAPA SOALAN JUGAK KAT HANG SUPAYA OTAK PEMBELIT HANG BULIH AUTAQ LAGI.
1. HANG TADAK GHASA APA2 KA BILA MAHDIAQ, DOLLAH BADAWI DAN NAJIB WAT KENYATAAN DEMI KENYATAAN( sebagaimana aku postingkan)@ HANG PON TUMPANG SEKAKI. KANYATAAN2 TU BULIH MERUSAKKAN IMAN SESEORANG. KALU HANG TAK CAYA HANG BULIH RUJUK KITAB MUSTIKA HADIS JILID I( muka surat aku tak ingat.... malaih nak rujuk)BERHUBUNG GUGUQ ISLAM SESEORANG NGAN PERKATAAN,
PERBUATAN I"TIKAD. KITAB MUSTIKA HADIS NI HANG TAKLEH TAK CAYA LA.... KITAB KELUARAN JAB PER. MENTERI YANG DITANDATANGAN TUN MAHDIAQ SENDIGHI. BUKAB HJ HADI TULIH.

2. MASALAH PERPECAHAN MELAYU LANIE DISEBABKAN
OLEH KETIDAKPERCAYAAN BERHUBUNG AKIDAH TERTAMA SEKALI PAS DAN UMNO. DAGHI DULU SAMPAI LANIE MASALAH TU TAK SUT. SATU CAGHA NAK MENYELESAIKAN MASALAH TU ADALAH NGAN BERHUJAH.
KALU HANG DOK BERHUJAH DALAM BLOG HANG PUAK PAIH DOK HUJAH DALAM BLOG DEPA....PON TAKLEH.
CAGHA PALING BEIK BERDEPAN/BERSEMUKA SAMADA FORUM KA, MUSYAWARAH KA, WACANA KA......ATAU PALING BEIK DEBAT. NAK TANYA HANG....PASAIPA DEBAT PAS DAN AMENO TAK PEGHENAH BERLAKU? PUAK PAS ANYTIME ANYWHERE. PUAK ULAMAQ USUK HANG NI GERTAK ADALAH NAK DEBAT...BILA SAMPAI TIME SUH
PEMEGANG MOHOQ BESAQ RAJA2 BATALKAN DEBAT TU PADA TAUN 1983.

DEBAT BULEH DIKATAKAN TIAP2 TAUN ADA CABAQ MENCABAQ......BILA NAK JADI.....PUAK2 HANG KATA
PUAK PAS BAWAK PENYOKONG TERLALU GHAMAI BULIH MENYEBABKAN KETIDAK SELESAAN PADA GHAKYAT. LAST SEKALI TUN MAHDIAQ PADA TAUN 2000 PANGGIL MALAUN2 USTAZ PAS YANG MASUK PARTI JAMBAN BUAT DEBAT OLOK2....KALU ADA UMPH BULIH LAWAN....
HAMPEH.....AKHIR SEKALI DEBAT OLOK TU BOCOQ, CD BERLAMBAK DI PASARAN GHEGA 2 KEPING 5 RINGGIT. USTAZ2 AMENO KECUT TADAK TELOQ KECUALI HARUSSANI SAJA YANG BERANI MENYALAK SABIK AMENO PEGHA DIA MACAM PEGHA ANJING UNTUK SALAK NIK AZIK SAJA. MASALAH JUDI BOLA SEPAK KA, APCO KA, HAJJAH SEMAH JAMBUL TAK PAKAI TUDUNG BUAT2 HALAL SAJA. AYUUUUUUUUUUUH MELAYU ATAIH PAGAQ..... HANG BULIH BERTINDAK SEBAGAI KO ORDINATOR SUPAYA DEBAT PAS DAN AMENO MANJADI REALITI. AKU GHASA DARIPADA HANG MELALUT TAK TENT PASAI LEBIH BEIK USAHAKAN KE ARAH ITU. MOGA PAS DAN AMENO BULIH DISATUKAN DENGANNYA. ( PERLU PENJELASAN WALU TAK SEGERA PON)
* JANGAN COPY PASTE KAT MANA2... AKU NAK ILMU HANG TU. HANG NAK BELITPUN BULIH BELIT LA.

Unknown said...

SALAM LORD REID

AMBOI ... MAGHAH NAMPAK ... HANG LAMBAT SANGAT BAGI RESPOND ... SAYA JAWAB DULU NO!!! JANGAN DOK MAGHAH MAGHH SANGAT ... TU BISIKAN SYAITAN TU TOK SYEIKH !!!

LORD REID ...

SANGAT BERSETUJU DENGAN CADANGAN LORD REID ... KITA ADAKAN DEBAT TERBUKA / TERTUTUP ATAU MUZAKARAH DAN ITULAH YANG SEBAIK BAIKNYA ...

BERBEZA PENDAPAT ITU ADALAH KAWAN YANG BAIK ... BUKAN MACAM TU TOK SYEIKH 'LORD REID' !!!

ADALAH LEBIH BAIK JIKA LORD REID DAN UMWM MENJADI KO ORDINATOR BERSAMA ... KITA CARI TITIK PERTEMUAN DI ANTARA PAS DAN UMNO !!!

ITULAH JALAN YANG SEBAIK BAIKNYA ...
LAWAN TETAP LAWAN ... MUSLIM TETAP MUSLIM ... KITA SAMA SAMA HAMBA ALLAH !!!