Monday, May 24, 2010

Sepertimana yang kita sedia maklum, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong telah membuat keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Status Ahli Parlimen Wangsa Maju kini diisytihar sebagai Bebas. Sebenarnya, ianya tidak mengejutkan pihak kami kerana ura-ura perletakan jawatan beliau sememangnya kedengaran sebulan dua yang lepas.

Choo Keong letak jawatan atau kekal Ahli PKR, ada kami kisah? Kami di pihak BN Wangsa Maju tetap meneruskan kerja kami seperti biasa. Namun, sememangnya keputusan ini telah mengecewakan pihak PKR dan PAS Wangsa Maju. PAS Wangsa Maju khasnya amat mengharapkan orang ini dapat membela mereka di Wangsa Maju. Bela??

Jika dahulu Choo Keong dipuja dan dijunjung oleh pihak PAS Wangsa Maju, kini PAS Wangsa Maju telah kehilangan sebutir berlian yang amat berharga. Dahulu selepas kemenangan Choo Keong di Parlimen Wangsa Maju, PAS dengan lagak dan mendabik dada memberi jaminan bahawa manusia ini akan membela nasib orang Melayu di Wangsa Maju. PAS Wangsa Maju juga sanggup menjemput Choo Keong bagi membincangkan isu Tanah Rizab Melayu yang kononnya telah dikhianati UMNO.

Sekarang? Apa cerita? Siapa khianat siapa? Mana jaminan kamu pada pengundi? Untuk berlindung di sebalik kesalahan mereka, PAS Wangsa Maju secara drastik mengadakan sidang akhbar mendesak 'Pemimpin Ulung' mereka meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju. Pulak... Dulu, kamu juga yang kata orang ini lebih bersih dari UMNO. Orang ini dijamin membela masyarakat berbanding UMNO. Orang ini lebih bertanggungjawab dari UMNO.

Itulah, bongkak dan takbur. Inilah balasannya. Dek kerana hendak menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional, sanggup buat apa saja. Sekarang, pada siapa kamu hendak berlindung? Tanah Rizab Melayu, siapa hendak dibela? UMNO juga.. Tapi biasalah, PAS tetap dengan egois mereka. Sentiasa di pihak yang 'benar'. PAS Wangsa Maju, jawablah kamu dengan pengundi-pengundi yang kamu janjikan sebelum ini.

PKR Wangsa Maju.... Tak perlu ceritalah. Masalah ini bukan sahaja di Wangsa Maju. Merata-rata. Beramai ramai pemimpin PKR telah keluar parti. Tak mengaku kesalahan juga. Dikata pula UMNO puncanya. Kisah skandal rasuah yang didedahkan Choo Keong, sila jawab ye Anwar Ibrahim.

Inilah kisah Pakatan di Wangsa Maju. Dahulu dikatakan kuat dan utuh. Kini hancur berderai. Dek kerana YB Choo Keong. UMNO Wangsa Maju terus bergerak ke depan. Bersama-sama komponen BN yang lain, membela nasib rakyat Wangsa Maju. BN di bawah pimpinan Dato' Dr. Shafei Abdullah, tidak akan putus asa untuk terus bersama rakyat. Itulah tugas kami sejak dahulu lagi.


Post by
.... AMAT


2 comments:

Anonymous said...

biasa la tu amat !!!

abang malik dulu pun orang pas. tapi abang malik dah lari keluar dengan isteri abang dari parti jumud. abang malik rasa bodoh sangat sebab buat sumpah bai'ah. abang malik dah keluar tak ada pulak rasanya kifarah kena pada abang malik dan keluarga. alhamdulillah, rezeki dan hidup abang malik serta keluarga aman dan tenteram. abang doakan ramai lagi yang akan keluar dari pas walaupun mustahil sebab diaorang sudah terlalu taksub dengan parti dan ulama kucing senak. walaupun abang malik tidak masuk umno, insyaallah abang malik nampak umno lebih baik dan murni sifatnya dari pas.

wasalam.

abang mailk
kampung puah lembah
wangsa maju

stitheet said...

click this replica louis vuitton bags click for more dolabuy.ru see here now replica designer bags wholesale