Friday, May 7, 2010

Penduduk Taman P Ramlee, Wangsa Maju kehilangan arah dan hala tuju kepada siapa untuk diajukan masalah yang dihadapi sekian lama setelah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong gagal dihubungi dan dicari selama lebih kurang 2 bulan.


Akibat terdesak dihimpit kegagalan menghubungi Wee Choo Keong yang hilang entah kemana, wakil penduduk Taman P Ramlee, Koperasi Forlong Berhad terpaksa meminta bantuan wakil UMNO untuk mendengar keluh kesah dan rintihan yang berlarutan agar dapat menyelesaikan masalah penduduk setempat.


Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr Shafei Abdullah bergegas semalam untuk perjumpaan bersama wakil penduduk Taman P Ramlee di Koperasi Forlong Berhad.

Atas dasar kemanusiaan dan semangat 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" juga tanpa mengira bangsa, agama, mahupun penyokong parti pembangkang dan sebagainya; Dato' Dr Shafei Abdullah cuba dengan sedaya upaya beliau untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat secepat mungkin.





Penduduk Taman P Ramlee sudah terlalu lama menanggung beban dengan projek pangsapuri DBKL berhampiran dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) Mun Yee dimana pihak pemaju hanya membiarkan kontraktor bekerja tanpa henti 7 hari berturut turut (termasuk hari cuti am).

Kerja kerja di tapak yang dilakukan tanpa henti siang dan malam (sehingga 24 jam sehari) cukup mengganggu ketenteraman awam penduduk setempat. Malah kerja kerja ditapak tanpa henti ini juga mengganggu konsentrasi anak anak untuk menelaah pelajaran pada waktu malam.



Projek mewah kondominium UOA Group [ future project ] berhadapan dengan projek pangsapuri DBKL ini juga menggusarkan penduduk. Wakil penduduk menerangkan kerisauan mereka terhadap sistem perparitan bagi mengelak masalah banjir sekiranya berlaku. Tidak mustahil banjir akan berlaku sekiranya kedua dua projek ini berjalan serentak tanpa pemantauan yang serius oleh pihak pemaju dan DBKL.

Penduduk juga melahirkan kebimbangan dengan tapak projek yang berdekatan dengan TNB Substation jika berlakunya runtuhan bangunan menghempap premis ini semasa pembinaan yang akan menyebabkan keseluruhan Taman P Ramlee akan bergelap untuk satu tempoh yang amat panjang.



Seorang penduduk berbangsa Cina juga mengambil kesempatan untuk menerangkan masalah yang dihadapi beliau kepada Dato' Dr Shafei Abdullah. Beliau tenggelam punca dengan status mengenai pembinaan jambatan oleh DBKL di atas tanah miliknya.

DBKL telah mendakwa bahawa tanah yang diduduki adalah 'tanah haram' dan dimiliki oleh DBKL sedangkan beliau mendakwa bahawa tanah tersebut milik beliau.


Selain itu, kes ragut yang tinggi membimbangkan penduduk setempat. Walaupun pihak polis telah melakukan rondaan dan tugas dengan sebaik mungkin, namun kegiatan ini semakin berleluasa sehingga penduduk mengalami 'fobia' untuk keluar malam kerana merasakan keselamatan mereka terancam.

Dato' Dr Shafei Abdullah berjanji akan membawa segala permasalahan penduduk Taman P Ramlee ke dalam mesyuarat bersama DBKL kelak. Beliau juga akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan penduduk Taman P Ramlee secepat mungkin.

Pihak UMWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO Bahagian Wangsa Maju kerana sudi menjemput UMWM untuk berita eksklusif ini. Pihak UMWM berdoa agar Dato' Dr Shafei Abdullah dapat menyelesaikan masalah penduduk Taman P Ramlee dengan bijaksana.

Seterusnya menunjukkan bahawa UMNO bukan hanya parti untuk orang Melayu sahaja malah untuk kesemua kaum di Malaysia. UMNO sebenarnya bukanlah parti 'racist' seperti yang didakwa oleh juak juak pembangkang yang semakin terdesak menggunakan apa sahaja isu untuk meraih undi semata mata.



Yang menjadi persoalan sekarang, ke mana menghilangnya Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong ?

Cukup menghairankan kerana penduduk Taman P Ramlee langsung tidak dapat menghubungi beliau dalam masa 2 bulan kebelakangan ini.

Yang peliknya, beliau sempat mencari kesalahan seorang peniaga Melayu di Seksyen 1 Wangsa Maju yang didakwa menjalankan perniagaan burger mengganggu ketenteraman awam dan penduduk di sekeliling. [ Berita ini disiarkan oleh The Star pada 22 April 2010. ]

Sebelum ini juga beliau telah beberapa kali membuat aduan kepada DBKL mengenai peniaga peniaga Melayu di kawasan Wangsa Maju walaupun perniagaan mereka adalah sah dari segi undang undang.

Cetusan rasa UMWM :

WEE CHOO KEONG ... PLEASE BEHAVE YOURSELF AS AN MP AND STOP BEING RACIST. THE PEOPLE HAVE ELECTED YOU AS THEIR MP. DO YOUR JOB PLEASE ... STOP WASTING 'RAKYAT' AND 'TAX PAYER' MONEY WITH YOUR CHILDISH ACT. OR YOU ARE AS GOOD AS YOUR 'DISASTROUS BEHAVIOUR AND RACIAL THINKING'

BETTER NOT ... JUST RESIGN WITH DIGNITY AND LET OTHER PEOPLE BE WANGSA MAJU MP !!! SCUMBAG !!!


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: