Friday, December 3, 2010


GWM telah menerima khabar ini dua minggu yang lalu dari rakan dalam parti PAS selepas PRK Galas (sahabat ini lebih moderate dan sederhana, bukan seperti jemaah dan pemimpin PAS yang lain, jelas totok!). Sudah kedengaran ura ura berita tersebar … masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin!

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah @ Tan Teng Loon, antara nama yang disebut bakal menggantikan Nik Aziz yang semakin menjadi liabiliti kepada PAS.


Beliau adalah di antara calon yang di anggap ‘underdog’ disamping nama seperti Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah. Paling jelas, rekod beliau lebih bersih jika dibandingkan dengan Husam dan Mohd Amar, yang sudah terpalit dengan berbagai isu dan skandal!

Sebagai bekas ahli MCA dan BN, Anuar Tan Abdullah dilihat mempunyai kelebihan dari segi hubungan politik. Beliau lebih ‘rapat’ dan mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Pusat. Maka tidak hairanlah beliau memuji dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah meluluskan peruntukan (fully sponsorship) sebanyak RM 63.16 juta untuk Halal Industrial Park di Pasir Mas, bulan Jun 2010.


Dan sebagai ADUN Kota Lama, Anuar Tan Abdullah juga cukup disenangi oleh penduduk setempat malah rakyat Kelantan secara amnya. Kebanyakan kaum minoriti di Kelantan lebih gemar dan akan merujuk kepada beliau untuk menyelesaikan masalah setempat berbanding dengan ADUN PAS yang lain. Ini juga bertitik tolak dari keturunan asal beliau sebelum memeluk Islam.


Husam Musa terlalu banyak isu dan skandal yang perlu diberi perhatian. Dari isu balak hinggalah kepada peruntukan wang berjumlah RM 4 juta kepada blogger Kickdefella yang berjaya menjatuhkan imej UMNO, BN dan Abdullah Badawi pada PRU 12 yang lalu.


Kini beliau sekali lagi dikaitkan dengan menabur wang RM 2 juta untuk blogger Topeng Perak (Perisik Rakyat) sebagai menggantikan Kickdefella yang telah disingkirkan dari kelompok blogger PAS.

Begitu juga dengan Mohd Amar Nik Abdullah. Bakal pengganti Nik Aziz juga sudah kelabu mata seperti ‘Geng Balak Kelantan’ yang lainnya. Beliau kini berdepan dengan tuduhan skandal penjualan tanah Yayasan Islam Kelantan. Beliau juga dikatakan menerima sejumlah RM 3 juta dari seorang ahli perniagaan wanita bernama Norihan.


Tanah seluas 3,300 ekar ini telah dilobi dan dibayar melalui sebuah syarikat bernama Syarikat Suurban kepada PAS berjumlah RM 3 juta. Sehingga ke hari ini, PAS Kelantan masih cuba mengelak dari memberi sebarang komen yang benar.

Mohd Amar pun bukanlah seorang yang cerdik jika dibandingkan dengan Husam Musa. Kenyataan bodoh beliau sewaktu Muktamar PAS ke 56 mengatakan KOHILAL kerugian RM 45 juta adalah berdasarkan salah pengiraan cukup meloyakan. Walhal Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Mangsor Saad melaporkan kerugian yang dialami adalah disebabkan oleh kesilapan ’Board of Directors’ KOHILAL yang membuat keputusan pelaburan secara tidak berhemah!


Siapa lagi yang perlu Nik Aziz meletakkan kepercayaan untuk mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar Kelantan. Sudah tentu beliau tidak kisah untuk melantik Anuar Tan Abdullah sebagai calon rasmi sekalipun beliau berbangsa Cina namun Islam. Nik Aziz pun mengaku bukan Melayu ... tepat jika begitu pendiriannya.

Itupun jika Nik Aziz sudah mahu melepaskan jawatan dalam masa terdekat ... melainkan jika Nik Aziz sememangnya species manusia jenis suka menongkat langit!


Sumber / pautan:

http://halal.bernama.com/news.php?id=541562


http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/07/balak-di-kelantan-semakin-menyusut-pas.html

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/05/kickdefella-husam-erdoganist-musa.html



MELAYU ATAS PAGAR

6 comments:

usin said...

HAHAHA! N.ajis tu saja je ckp x minat berbangsa melayu, tp x pernahpun dia pegi emegresen nk buang bangsa melayu kt ic dia. belawok jah dia tu....

Anonymous said...

dh dorang tu banyak wat jahat..report la sprm...bahlol...

Unknown said...

awat 9.25pm bodo ngat!

dah repot sprm la bongok! tunggu sprm dedah kertas siasatan!

bagi komen mcm gampang! tak membaca ke! haprakah pun ada!

he he he ...

Anonymous said...

TAK KIRA SAPA JD MB KELANTAN WALAUPUN IBRAHIM ALI SEKALIPUN,,,,,,,,,,NAMUN DIA MESTI ISLAM DAN AHLI PAS.

TAK KAN ANUAR MUSA ATAU AWANG ADEK JD MB KELANTAN KALAU PAS MENANG ADUN NEGERI KELANTAN.

JD BUKAN HOT ISSUE.... LE.. KALAU SAPA PUN JADI MENTERI BESAR KELANTAN.

YNG HOT ISSUE... ADALAH GWM BUAT ARTIKEL YG BUKAN2 HINGGAKAN ORG PUN NAIK MENYAMPAH.

yanmaneee said...

jordans
kevin durant shoes
air max 270
curry 6 shoes
balenciaga
supreme clothing
balenciaga
golden goose
balenciaga
cheap jordans

teighsm said...

browse around this web-site j4w73s4c17 replica louis vuitton handbags replica bags china i0a55e6l40 official site j6k41q7r83 replica designer bags 7a replica bags meaning replica bags on amazon Visit Website c4q87g6q89 replica bags new york