Saturday, December 11, 2010


Itu adalah jumlah sebenar tuntutan saman ke atas parti PAS, parti yang dicanang sebagai tersangat adil, telus, tanpa rasuah, tanpa penyelewengan kuasa, tanpa pembohongan, tanpa itu dan tanpa ini …. parti pilihan untuk masuk ke syurga!

Rupanya indah khabar dari rupa …


31 Disember 2009
Mahkamah Tinggi Kelantan memutuskan kerajaan PAS Kelantan perlu membayar pampasan berjumlah RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian dan syarat kontrak kedua belah pihak. Kerajaan PAS telah mungkir janji dengan hanya memperuntukkan sebahagian kawasan konsesi balak kepada Timbermine Sdn Bhd yang dianugerahkan beribu ekar di Hulu Kelantan.


10 Disember 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2003, perlu membayar saman berjumlah RM 1 Billion kepada Riyapadu Sdn Bhd atas dakwaan cuai dan mungkir janji berkenaan kawasan konsesi balak di Empangan Kedua Hulu Terengganu seluas 16,587 hektar. Kerajaan PAS Terengganu perlu mengembalikan deposit RM 25 juta, bayaran faedah RM 7.55 juta dan lesen cukai balak RM 166,432.86.

PAS sudah menjadi parti Flip Flop ...! Betul betul punya Flop!

GWM tidak pula menyangka the so called ulama parti yang 'guarantee' masuk syurga ini tidak mempunyai sifat sifat Ulul Azmi Rasulullah s.a.w., Siddiq dan Amanah.

Malah mewarisi sifat yang bertentangan dengan junjungan besar ... dusta (kizbun) dan khianat dengan amanah. Sifat syaitan ...


GWM tidak mampu membayangkan wang sebanyak RM 1.8 billion terpaksa dibayar kepada dua syarikat konsesi balak, hanya disebabkan oleh penyelewengan kuasa dan pembohongan oleh parti PAS.

Sedangkan jumlah pampasan tersebut boleh dinikmati oleh penduduk di Terengganu seramai 406,317 dan 1,313,014 di Kelantan (pukul rata, RM 1,046.91 setiap seorang)

Dimana sebenarnya rasional PAS dikatakan sebuah parti yang benar benar mengamalkan ajaran Islam, jika RM 1.8 billion tergadai akibat penyelewengan kuasa, mungkir janji dan kebodohan pemimpin parti tersebut.


GWM: ULARMAK mana yang mengeluarkan fatwa ni ... memandai mandai 'chop' orang lain masuk neraka. Tidak pula diketahui pembohongan, khianat terhadap amanah merupakan fardhu ain dalam PAS!


sumber/pautan:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


0 comments: