Wednesday, December 1, 2010


Sudah tiga kali Hadi Awang dipermainkan Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.

Sudah masuk tiga kali juga Hadi Awang menafikan tahu menahu mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Dan Hadi Awang juga berpendapat Perlembagaan Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika memenangi PRU 13.

Masakan Anwar Ibrahim mahu berpandukan kepada Perlembagaan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat adalah sebuah pertubuhan haram dan tidak berdaftar sehingga ke hari ini.


Perlu apa Hadi Awang menafikan setiap kenyataan Penasihat PKR jika terpaksa bermandikan air kencing Anwar Ibrahim sebanyak tiga kali dalam masa 2 tahun.

Dalam pada masa yang sama, Nik Aziz menambahkan lagi bengkak di kepala dan hati Hadi Awang bila cukup bersetuju Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selaku Presiden PAS, Hadi Awang merasakan beliau lebih layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sedangkan kenyataan Nik Aziz melambangkan Presiden parti itu tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menjawat jawatan tersebut.


Dalam parti PAS, kuasa politik Nik Aziz melebihi kuasa yang ada pada seorang Presiden, walaupun dinafikan berulang kali oleh pemimpin PAS yang lain. Hadi Awang hanyalah seorang Presiden boneka di dalam parti PAS.

Hadi Awang penyebab amarah Nik Aziz masih belum lenyap dengan kegatalan beliau yang mahukan kerajaan perpaduan di antara UMNO dan PAS menjadi kenyataan. Panas benar hati orang tua yang bernama Nik Aziz dengan tindakan Presiden parti.

Kenyataan Nik Aziz yang bersetuju dengan perlantikan Kit Siang hanyalah bertujuan menyakitkan hati Hadi Awang. Puas hati beliau.


Tidak menghairankan apabila Nik Aziz mahu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM ) bagi menggantikan pemimpin yang bermasalah dalam PAS. Kata bidalan … pukul anak sindir menantu.

Hadi Awang yang memulakan langkah kerajaan perpaduan, Nasharudin Mat Isa yang terpaksa menanggung beban beliau sehingga digelar ‘sampah yang menyusahkan’. Cacian Nik Aziz sebenarnya ditujukan tepat ke muka Hadi Awang.


Pertembungan kuasa di antara Hadi Awang dan Nik Aziz sebenarnya sudah lama berlaku. Cuma menunggu masa sahaja untuk meletup di hadapan penyokong kedua dua belah pihak.

Dan Lim Kit Siang adalah manusia paling beruntung kerana tidak perlu bersusah payah mempromosi diri. Anwar Ibrahim sudah bagi ’Surat Watikah Perlantikan’ awal awal lagi kepada beliau.


Sumber / pautan:

http://malaysiakini.com/news/149721


http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8472955.asp

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive



MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

Orang tua tu dah lama naik minyak tapi dulu tak nampak. Kalau Lu semua perasan, masa mula mula Hadi jadi Presiden, pemberita ada tanya dia, yakni Hadi sebagai Presiden lebih hebat dari Murshit Am. Dia melinting, Ana lagi up lah, lebih kurang cam tulah. Terus syaitan main peranan, Ana lagi baik, hebat, berkuasa Ana Ana Ana.
Harap dia bertaubat.

Sekarang bila dah menang besar di samping mangkuk nuar & kafir bangsat Lim. Dia ingat kemenangan tu semua atas kehebatan dia berpolitik selama ni, taubat lah cuba lihat balik awak siapa dan apa yang awak dukung dulu dan apa dah jadi sekarang. Wahai Nik Aziz awak tak hebat mana pun hanya ego tu besar sangat diampu oleh nafsu & syaitan.

Gabriel KL