Sunday, December 5, 2010


Mohd Saiful Bukhari Azlan akan kembali dari Mekah dalam masa beberapa hari lagi selepas selesai menunaikan haji, rukun Islam yang kelima.

Semasa mengerjakan haji, Saiful Bukhari mengaku kejadian liwat tersebut kepada jemaah dari Johor apabila ditanya oleh rombongan tersebut. Dan kebetulan pada waktu itu, beliau bergerak bersama dengan jemaah dari Johor.

Mustahil jika Saiful mereka reka cerita tersebut sedang beliau mengerjakan haji, beliau tidak ditimpa musibah dan bala! Sumpah laknat jangan dibuat main main!

Mustahil juga beliau bercakap bohong sewaktu menunaikan haji. Umat Islam percaya sewaktu mengerjakan haji, tidak boleh melakukan perkara sembarangan dan bercakap bohong.

GWM banyak mendengar kisah mereka yang ditimpa musibah kerana berbohong dan melakukan perkara tidak senonoh sewaktu menunaikan rukun Islam kelima. Saiful Bukhari sihat sahaja!

Apapun … GWM menunggu kepulangan beliau ke tanah air. Sekarang sudah bergelar Haji Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Sumber / pautan:

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a




MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Mordecai Kucai said...

Anwar tak pernah dengar pulak berura ura umrah sekurang kurangnya.

Ada berani?????

Anonymous said...

apa lagi YB Anwar..ayuh pergi depan ka'abah buat sumpah muhabalah..kalau YB tidak pernah buat perbuatan jijik seperti yang dituduh, ayuh terus ke depan pintu Ka'abah buat sumpah .Saya yakin YB akan buiat. jangan dok dengar orang itu kata jangan buat sumpah lagi atau ulamak ini kata tunggu dulu. Biar Ka'abah menjadi saksi. Kalau Saiful telah pun membuktikannya, elok lah YB pulak buat. lepas ni x yah dok buat kecoh-kecoh lagi. Tetapi bagi yang buat sumpah depan Ka'abah tunggu lah balasan dari tuhan C.O.D. (Cash On Delivery). Bagaimana YB nak buat kalau asyik dok politk 24 jam dan kalau boleh bawa sekali YB Karpal dan YB Sivarasa dan seorang lagi peguam atau nik aziz sekali. Saya x berani nak buat main-main benda-benda macam ini. takuttttt.

Anonymous said...

Tahniah Tuan HJ Saiful. Semoga tuan Hj di beri Hidayah dan Rahmat atas tuan sewaktu tuan sedang melalui perjalanan hidup yang penuh derita, pahit, keji dan dipandang jijik oleh masyarakat Malaysia, namun tuan telah menadah tangan kepada ilahi agar diberikan petunjuk dan tuan telah pun mendapat panggilan ilahi mengadap Kaabah. Subhanallah. Maha suci ALLAH. ALLAH akan memberi perlindungan kepada tuan Hj dan sekelurganya. Amienn. saya nak dengar fatwa apa pulak dari taun guru Nik Azizi lepas ni.

Dot said...

assalamu'alaikum gwm,

Alhamdulillah, satu persatu Allah SWT singkapkan kebenaran bagi sesiapa saja yg memohon kpdNya.

semoga kita boleh menggunakan akal yg Allah SWT beri & tidak lagi sangsi dgn pengakuan saiful ini. kota mekah ialah kota suci, tanah haram yg dipelihara oleh Allah SWT dari dicemari oleh perbuatan2 keji.

betul kata mrk yg lain. sekeliling dunia nwar dah pergi. ke US, UK berkali2 dlm setahun, begitu juga ke indonesia. kita tunggu lihat apakah nwar berahi akan mengunjungi kota mekah dlm waktu terdekat ini!!!

Unknown said...

Allah Taala sememangnya Maha Adil dan Maha Berkuasa. Setiap perbuatan manusia yang tercela akan dibalas olehNya di dunia lagi, belum lagi di Akhirat...