Friday, December 24, 2010


GWM pay tribute to Selangor Daily yang telah bersusah payah mendapatkan dokumen kedua mendedahkan dan melondehkan seluar Anwar Ibrahim, betapa besarnya sifat munafiq dan pembohong manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

GWM ingin memberi kupasan secara ringkas surat yang dihantar kepada oleh Brad Staples, CEO APCO (Europe, Middle East dan Africa) pada 19 Ogos 2010.



Brad Staples memberi setinggi penghargaan kepada Speaker, Pandikar Amin untuk menjelaskan perkara sebenar walaupun tidak diberi kesempatan untuk menjawab pertuduhan liar Anwar Ibrahim dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Beliau telah mengambil penerbangan dari Brussels ke Kuala Lumpur semata mata untuk memberi penjelasan walaupun tidak diberi kebenaran oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

APCO adalah sebuah syarikat perunding professional bagi perhubungan dan pengurusan awam yang mempunyai pelanggan terdiri dari syarikat konglomerat, kerajaan, pertubuhan industri dan organisasi bukan kerajaan, dan syarikat korporat yang tersenarai didalam Fortune Global 500. APCO menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan, kewangan, media, pendapat awam dan masyarakat, kerajaan dan polisi awam. Sebagai organisasi bebas, APCO tidak pernah berada dibawah pengaruh dan mempengaruhi polisi mana mana kerajaan.

APCO dilantik pada Jun 2009 untuk menyediakan komunikasi sokongan kepada Kerajaan Malaysia. menjelaskan tidak mempunyai kaitan dengan gagasan One Israel. Begitu juga dengan gagsan 1 Malaysia.





APCO adalah anak syarikat Arnold and Porter, sebuah firma guaman, mendapat projek untuk mengadakan persidangan perdagangan di antara US dan Israel pada Oktober 1987.

APCO diambilalih oleh Grey Advertising pada tahun 1992 dan diarah membantu GCI, salah sebuah anak syarikat Grey Advertising yang mendapat kontrak dari Kementerian Kewangan Kerajaan Israel untuk kerja kerja perlaksanaan perhubungan awam untuk perdagangan dua hala antara US dan Israel.

APCO International Advisory Council (IAC) ditubuhkan sebagai penasihat bebas (external advisors) untuk memberi khidmat nasihat kepada kerajaan di dunia berkenaan perniagaan dan hal hal berkaitan pembangunan perniagaan. IAC tidak mempunyai pegangan (control) terhadap APCO.

IAC terdiri dari penasihat bebas terdiri dari negara Kanada, Cina, German, Hong Kong, India, Israel, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, Poland, Rusia, Sri Lanka, Netherland, UK dan US. 3 dari 50 ahli di dalam IAC adalah bekas pegawai kerajaan Israel iaitu Doron Bergerbest Elron, Shimon Stein dan Harmar Robinovich. Ketiga tiga individu ini tidak mempunyai apa apa hubungkait bagi kontrak di antara APCO dan kerajaan Malaysia.





Mengenai ASERO, sebuah syarikat sekuriti bebas dimana APCO adalah pelabur dalam syarikat tersebut yang ditubuhkan pada 2005 tidak mempunyai hubungkait dengan tuduhan liar Anwar Ibrahim berkaitan gagasan One israel.

APCO dilantik sebagai perunding professional bagi perhubungan dan pengurusan awam bagi kerajaan Malaysia bagi memastikan meningkatkan perkhidmatan penyampaian maklumat kepada awam, berkomunikasi dengan cepat, telus dan memanfaatkan teknologi online baru. kontrak APCO tidak melibatkan dalam merumuskan dasar polisi kerajaan Malaysia.

0 comments: