Thursday, December 9, 2010


nampak nya PAS makin lama makin terserlah dengan perangai nya kerana Pendirian barisan pemimpin tertinggi Pas yang bertentangan antara satu sama lain mengenai beberapa isu sejak kebelakangan ini mencerminkan wajah sebenar parti itu yang mengamalkan politik 'sesumpah'.


saya terbaca laporan dari UTUSAN menyebut Bekas Felo Pusat Syariah Undang- Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata,ini kerana mereka tiada prinsip yang betul,maksud nya Perbezaan pendapat pemimpin tertinggi PAS mengenai cadangan Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri ibarat membuka pekung di dada kerana ia jelas memperlihatkan mereka tidak sehaluan.Selain itu,pendirian berubah-berubah dalam beberapa isu terdahulu yang membabitkan prinsip parti itu membuktikan teori saya bahawa pendekatan Pas semakin mirip dengan 'sesumpah' yang boleh bertukar warna.dulu kata lain,tak boleh bekerjasama dengan selain dari islam.sekarang boleh pulak.

contoh nya macam Nik Aziz,dia kata bersetuju Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri,sama juga dengan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Ahmad Yaakob mempertahankan Nik Aziz apabila menyatakan persetujuannya tapi Ketuanya,Datuk Harun Taib tidak bersetuju.


Kredibiliti parti itu semakin diragui apabila Mursyidul Nik Aziz sendiri mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak konsisten mengenai satu isu yang sama.Nik Aziz kini kerap mengeluarkan pendapat yang berbeza mengikut keadaan.Jika hari ini,di hadapan orang ini, beliau berkata begini.Esoknya,di hadapan yang lain,Nik Aziz berkata begitu pula.Nik Aziz juga dilihat kerap tidak bersetuju dengan Presiden Pas dan barisan pemimpin lain dalam beberapa isu.Kalau berterusan,bagaimana orang bawah hendak yakin dengan kepimpinan mereka.kepada ahli PAS,anda sendiri dah tengok kan macam mana pemimpin tinggi anda.1 jer pesan saya,jangan terperangkap dengan keadaan dan fikir lah cara yang terbaik utk islam dan melayu....

RENUNG-RENUNG KAN LAH....

POST BY WAYNE

0 comments: