Wednesday, December 1, 2010


Jika alim ulama dan UMNO menegur tindakan parti PAS menghalalkan ayat suci Al Quran dipergunakan seperti sampah dalam ceramah oleh bukan Muslim, di tuduhnya mereka ini fasiq, jahil dan tidak berilmu.

Apakah PAS juga akan bertindak bertindak sama dan menuduh Mufti Kelantan sebagai jahil dan talibarut UMNO? Tidak mustahil juak juak dalam PAS akan melabel Datuk Mohamad Shukri Mohamed dangkal ilmu jika dibandingkan dengan Tok Guru Teragung PAS, Nik Aziz.

Dengan jujur, Mufti Kelantan berkata pemimpin politik bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan ayat Al Quran dalam ceramah politik. Perbuatan ini jelas penyelewengan terbesar digunakan oleh parti pembangkang setiap kali ceramah diadakan.

Masalahnya, beranikah Mufti Kelantan menegur parti PAS secara berhadapan dan terbuka.



PAS adalah pelopor melacurkan ayat suci Al Quran digunapakai oleh bukan Muslim. Apakah beliau tidak takut dengan Nik Aziz dan ahli PAS. GWM tidak sanggup melihat tempias adegan kapak melayang seperti yang berlaku kepada blogger Kicdefella dahulu, terkena pada Mufti Kelantan pula. Siapa tahu ...?


Nga Kor Ming, Chan Ming Kai, Gobalakrishnan, K Subramaniam ... adalah nama nama bukan Muslim yang telah mendapat ‘Lesen Agung’ dan ‘endorsement’ besar dari pemimpin PAS untuk melacurkan ayat suci Al Quran.

Untuk makluman, persidangan Mufti Mufti Malaysia telah memutuskan tindakan bukan Muslim membaca dan menghuraikan ayat ayat Al Quran dalam ceramah adalah sama seperti tindakan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab Allah ini.

GWM percaya tidak ada umat Islam yang tidak suka jika bukan Muslim tertarik dengan ayat suci Al Quran dan semakin mendalami Islam. Al Quran adalah mukjizat terbesar untuk seluruh umat manusia. Tetapi cara dan tindakan melacurkan ayat ayat suci dalam ceramah politik adalah perbuatan paling hina dan amat keji. Namun inilah yang paling digemari oleh juak juak PAS.


Atas nama undi ‘wahid’ dari bukan Islam, semuanya menjadi halal … beres bos!

Mufti Kelantan bertindak betul melarang bukan Islam menggunakan ayat ayat suci Al Quran dalam ceramah politik. Ini adalah isu kesucian Islam. Baguslah jika Mufti Kelantan berani mengatakan yang hak dan batil. Tetapi bagaimana pula dengan tuduhan Nik Aziz umat Islam dalam UMNO tidak masuk syurga.


Beranikah Mufti Kelantan menyanggah kenyataan Nik Aziz? Atau turut bersekongkol dengan parti PAS ...


sumber / pautan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm



MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

Anonymous said...

Mufti Kelate . .ngan Ustaz Haroon Din . . .Depa lebih segan dengan Nik Aziz daripada malu dengan Allah . . .Hakikat . . berani cakap secara umum saja . . Tak ada gunanya . .Cakap secara terus dan berdepan baru terbukti menegakkan kebenaran . . .

Unknown said...

AKU RASA SI SHEIKH MUFTI NI MALU MALU ALAH DGN NIK AZIZ. KANG SALAH CAKAP KENA TUDUH KAPIAQ PLAK!

DUDUK NEGERI SAMA, TAPI HATI LAIN LAIN BRO... GERENTI TAK BERANI TEGUR WALI SELIPAR LAH!

Al Amin said...

Mufti-mufti Malaysia bertindak mengikut Al Quran dan Hadis, tanpa kepentingan politik, kuasa malah kepentingan kroni-kroni. Mereka berkhidmat kerana Allah, berbanding ulamak politik Pas di mana tindakan dan fatwa mereka menjurus kepada nafsu syaitan, ingin berkuasa hingga dicabut malikilmaut.
Mufti Kelantan tak perlu berdepan dengan juak-juak pas ini, kerana mereka sudah sebati dengan fahaman
karut-marut yang tidak boleh diterima sebagai seorang muslim.
Kalau diamati fatwa-fatwa pas banyak bercanggah dengan akidah, tetapi pengikutnya teramat jahil, terlalu taksub, mereka ikut membuta-tuli. Pendapat orang lain tidak diterima langsung oleh mereka. Kita hendaklah mendoakan mereka kembali kepada Islam Al Din. Amin Ya Rabbal 'A lamin.