Thursday, December 23, 2010

Blogger2 Wangsa Maju ingin merakamkan ucapan Syabas buat Pemuda BN dan Giat Mara atas inisiatif menganjurkan program Jelajah One Malaysia (JOM) baru2 ini merentasi 5 buah Negeri. 3 blogger Wangsa Maju yang turun padang ke program ini iaitu Blogger Gelombang Rakyat, Badut Rakyat dan Malay Delima melihat ianya merupakan salah satu langkah efektif mendekati rakyat.


Sewajarnya program kerjasama ini diteruskan dan ianya dilihat dapat meningkatkan rekod dan krelibiliti Pemuda BN yang selama ini dilihat lemah oleh masyarakat luar. 3 blogger Wangsa Maju yang melihat sendiri gerak kerja pasukan ini telah terbukti bahawa Pemuda BN amat bertenaga dalam membantu membela nasib rakyat.


Giat Mara juga tidak kurang hebatnya. Program Baik Pulih Rumah yang merupakan salah satu agenda Jelajah JOM amat berkesan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat yang berada dalam kesimpitan hidup. Giat Mara yang merupakan salah satu penyumbang program ini mampu memantapkan lagi program Jelajah One Malaysia (JOM). Kehadiran CEO Giat Mara dengan panggilan mesra Kak Yam sedikit sebanyak memberi anjakan baru masyarakat terhadap agensi ini. Giat Mara sewajarnya diberi penghormatan atas usaha murni ini.

Masyarakat yang bersama melihat sendiri program JOM terharu dengan inisiatif Pemuda BN yang selama ini dipandang enteng sesetengah pihak akan tetapi ianya tidak seperti yang digambarkan. Pasukan Pemuda BN mampu menjayakan sebuah program Kemasyarakatan dengan jayanya tanpa mengira kaum dan kedudukan.

Semangat 1Malaysia dapat ditafsirkan melalui program JOM. Hampir kesemua parti komponen BN terlibat. Malah, apa yang lebih mengejutkan, Melayu, Cina dan India bersama2 menyambut kami dengan penuh semangat. Semangat perpaduan yang agak sukar dilihat sebelum ini. Ternyata JOM berjaya memenuhi hasrat Perdana Menteri Malaysia bagi menggalas gagasan 1Malaysia.

Kehebatan program ini sukar untuk digambarkan. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, Kami tidak dapat menafikan bahawa, program JOM berjaya. Atas kerjasama mantap Pemuda BN bersama Giat Mara, JOM berjaya mendekati rakyat. Ianya membawa maksud apa yang diperjuangkan BN selama ini diselami melalui program JOM. Dugaan sepanjang program ini berlangsung tidak semestinya menjadi alasan untuk Melayu CinDia menafikan hal ini. Malah Melayu CinDia berani mendakwa, program JOM merupakan nadi Pemuda BN.

Di kesempatan ini, Wangsa Maju Blogger Team ingin mengucapkan Syabas buat Pemuda BN di bawah pimpinan Saudara KJ. Buat Giat Mara, anda juga tidak kurang hebatnya. Kerana tanpa Giat Mara, program ini tidak mampu berjalan dengan lancar.

Syabas Pemuda BN.. Syabas buat Giat Mara. Teruskan usaha anda menjayakan Program Jelajah One Malaysia (JOM).



Post by...

Melayu CinDia (Blog Gelombang Rakyat)

Wayne (Blog Badut Rakyat)

Man Laksa (Blog Malay Delima)

2 comments:

Unknown said...

Salam, dan salam perjuangan. Wow!!...blog yg menarik sekali. Syabas dan tahniah!...jesteru itu, saya mohon utk tuan linkkan blog saya di sini. Terima kasih. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com

Unknown said...

Salam IBM ...

Blog saudara sudah kami linkkan bersama dengan blog kami. Salam Perjuangan.

Wasalam