Siapa dia Penasihat DYMM Sultan Kelantan yang menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Beliau ialah Dato' Seri Dato' Paduka Haji Sukri bin Mohamed.Berita ini semakin heboh diperkatakan di negeri Kelantan. Haji Sukri Mohamed telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk menurap jalan tar diatas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah, Pasir Puteh.
Semuanya kerana majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011 di Banggol Mak Esah dengan menggunakan dana dari Pejabat Tanah dan Jajahan Paser Puteh. Kos menurap jalan tersebut bernilai RM 200,000.00.
Malah sebahagian kos perbelanjaan dan peralatan bagi majlis perkahwinan anaknya turut dibiayai oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Paser Puteh.
Khabarnya sudah ada surat rasmi dihantar meminta campurtangan pihak Istana untuk menyiasat perkara tersebut.
GWM tidak akan mengeluarkan artikel ini jika tidak melihat surat bantahan tersebut.





