GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/03/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS ... KRISIS IDENTITI PAS ... LALAT MEMANG GEMARKAN TAHI AYAM !

| Monday, January 3, 2011

PAS boleh dikategorikan sebagai haiwan Musca Domestica (dengan kata lain ... lalat) kerana lalat akan makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan tahi ayam!

Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Cara paling mudah untuk mengenalpasti serangga ini adalah dengan melihat bendera berwarna hijau bertompok putih!


GWM yakin ini adalah definasi paling sesuai untuk parti PAS melihatkan dasar dan prinsip yang sering berubah mengikut cuaca politik semasa.

GWM cukup bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed.

Konsert Wali Band pada malam tahun baru mengesahkan PAS sebagai lalat yang akan makan, memuntahkan air liur dan menyerap kembali makanan ke dalam perutnya ... sama bukan!

Memang dasar tidak konsisten PAS yang pada suatu masa mengharamkan 100% konsert, kini dihalalkan mengikut acuan politik semasa. Termasuklah pergaulan lelaki dan wanita ... boleh terhenjut henjut dan main buka baju lagi ... dahsyat u!

Inilah Islam ala PAS. Lalat yang alim alim kucing memang sukakan benda yang kotor seperti tahi ayam walaupun cuba untuk menidakkan sifat semulajadi parti tersebut.

Tiada satu dasar yang tidak konsisten bagi PAS yang sering mendabik dada dan mendakwa PAS itu Islam, Islam itu PAS, dan lebih Islam daripada mana-mana dalam dunia ini.

Bukan GWM sahaja yang mempertikaikan dasar PAS, malah pencacai pencacai blogger PAS turut sama menempelak parti PAS. Dan ini salah satu darinya.


GWM tidak menyalahkan Wali Band kerana lagunya memang berunsurkan dakwah dan mengajak kepada kebaikan. Dan sudah menjadi dasar dan sifat semulajadi parti PAS. Apa yang dilakukan oleh BN adalah haram semata mata melainkan PAS, suci dan halal.

Konsert yang dianjurkan oleh Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan PAS Kelantan bertujuan membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Konsert itu diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin dan dihadiri kira-kira 5,000 orang. GWM puji langkah tersebut atas dasar untuk mengumpul dana dan membantu saudara sesama Islam kita yang dizalimi hampir 40 tahun.


Persoalan mudah ... mengapa konsert konsert amal yang dianjurkan BN bagi mengutip dana membantu saudara Islam kita diherdik, ditempelak, dicaci, dimaki hamun oleh lalat lalat PAS ini.

Apa beza konsert Wali Band dengan kerjasama PAS Kelantan berbanding dengan konsert konsert amal yang dianjurkan oleh BN? Wadahnya sama ... mengumpul dana dan membantu mangsa. Pun begitu memang tidak terlepas dari percampuran lelaki dan wanita asalkan tidak melampaui batas.

Bagaimana pula dengan aksi keterlaluan dan pergaulan lelaki dan wanita yang berlaku pada konsert Wali Band ... apakah PAS Kelantan sudah mendapat 'wahyu dari langit' ianya sudah menjadi halal ... hebat lalat lalat PAS ini!

Biarpun terikat dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998, aksi melampau seperti penonton membuka baju dan bercampur lelaki serta perempuan walaupun telah ditetapkan tempat duduk mengikut jantina, jelas kelihatan.

Inilah yang GWM pertikaikan dasar dan prinsip bolak balik parti PAS. Jadi memang benar dasar dan prinsip PAS selama ini sebagai 'hangat hangat tahi ayam'. Lalat lalat PAS memang gemarkan tahi ayam ... panas katanya.


Bukan itu sahaja ... PAS juga boleh diumpamakan sebagai lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (nama saintifiknya Hermetia Illucens). Lalat lalat askar hitam PAS umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.


Perumpaan yang paling hampir adalah dalam isu ADUN Selising. Lalat lalat askar hitam PAS ini gemar mengawan dan sudah menjadi tabiat semulajadinya.

Mengawan, lari, tak mengaku ... mengawan lari dan tidak mengaku ...


GWM : PAS itu lalat ... dan lalat itu adalah PAS! Bukan begitu!

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm


PROTON PERDANA 2012 ... MERC & BMW MAKAN ASAP LA !

|

PROTON kini sedang mengadakan koloborasi bersama NISSAN untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana, bagi segmen kereta mewah.


Sumber dipetik mengatakan teknologi hibrid NISSAN iaitu Nissan Fuga Hibrid sebagai model pilihan untuk menggantikan Proton Perdana.










sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm


PAS KELANTAN DAKWA TINDAKAN ABD RAHIM SEBAGAI 'ISLAMIC' ...

|

Jika beginilah caranya, mungkin ada baiknya PAS Kelantan turut mempertahankan syeikh syeikh DAP yang telah mati sepertimana mereka mempertahankan kenyataan 'serangan bom bernai mati' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Kerana ... P Patto dan yang seangkatan dengannya di dalam kubur sepatutnya juga diiktiraf sebagai mereka yang telah berubah prinsip seperti Karpal Singh.


Setiausaha PAS Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim beranggapan ia adalah prinsip yang betul dan yakin Karpal Singh kini sudah berubah dan bertaubat. Benarkah begitu?


Mohd. Zaki Ibrahim menyokong kenyataan Wan Abd. Rahim berdasarkan prinsip tiada sebab bagi sesiapapun hendak menentang orang yang sedia berbincang dalam perkara pelaksanaan negara Islam walaupun dia bukan dari kalangan orang Islam.

Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan PAS terhadap pakatan pembangkang. Sekaligus mempertahankan Karpal Singh yang 'diserang' pelbagai pihak berhubung pendiriannya membela Anwar sedangkan Karpal ni yang mendedahkan kegiatan salah laku seks Anwar pada 1997 di Dewan Rakyat.

PAS SELANGOR MANTAP ... PROGRAM 'Generasi Idaman BERMAKSIAT Selangor' (GeMS) ... SUKSES!

|

PAS Selangor kini boleh berbangga dengan kejayaan program GeMS, program yang diwar warkan pada awal 2010 yang mengendalikan segala aktiviti dan isu gejala sosial di Selangor.



Dan sejak penubuhan GeMS, kegiatan maksiat semakin hebat bercambah di Selangor. Kaedah perlaksanaan yang menggunakan pendekatan 5P; Pembangunan, Pencegahan, Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan sudah menjadi tonggeng terbalik!

Khabarnya, PAS Selangor tersalah mengeluarkan 'blue print' bagi GeMS. Pendekatan 5P sudah menjadi PERTUMBUHAN (maksiat), PENGUKUHAN (maksiat), PEMBANGUNAN (maksiat), PENAMBAHAN (maksiat) dan PENYUBURAN (maksiat) ... dah memang biru jadinya!


Akibat terlalu banyak mengambil ubat kuat dan ubat tonik (seperti yang diiklankan dalam Harakahdaily), kewarasan kaum lelaki PAS Selangor menjadi kucar kacir akibat ketegangan penis dan buah zakar.

Semua pandangan menjadi kabur dan biru semata mata ... blue!

Fenomena seks luar nikah, sumbang mahram, video lucah, ketagihan arak dan dadah, lumba haram dan sebagainya semakin bertambah setelah terlaksana program GeMS.


Fenomena ini semakin parah selepas Pakatan Rakyat mengambil alih teraju kepimpinan negeri Selangor Darul Ehsan!

Yang pasti ... Exco Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah gagal sama sekali membendung gejala sosial yang semakin meningkat sejak 2 tahun lalu.


Penubuhkan Jawatankuasa Induk, Pusat Kecemerlangan Umah (Ummah Centre) dan GeMS adalah program yang cukup gagal dan retorik semata mata!

Program yang dibuat hanyalah sebagai penyedap halwa telinga dan mulut manis juak juak PAS Selangor yang sering meletakkan kesalahan kepada BN sebelum ini.


Dr. Halimah Ali perlu bertanggungajawab atas program program retorik PAS. Beliau tidak boleh lagi meletakkan masalah peningkatan gejala sosial di atas bahu BN.


Dr. Halimah Ali perlu menelan bulat bulat kembali kelancangan mulutnya yang memperlekeh BN sewaktu menerajui Selangor. Kerana PAS yang dimomokkan sebagai parti memperjuangkan Islam lebih hebat dalam memperjuangkan peningkatan maksiat di Selangor.

Bukankah sejak April 2009, setiap ADUN diperuntukkan RM 40,000 sebulan untuk pembangunan modal insan. Emmm ... banyak tu. Tetapi mengapa insan insan remaja dan dewasa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat semakin liar dan bermasalah.

GWM : Dr Halimah Ali perlu tegur editor Harakahdaily ... banyak sangat iklan ubat kuat! Kepala jantan jantan PAS semakin biru otaknya ...


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU