Saturday, January 22, 2011


GWM cukup tergamam dengan perilaku media sampah PAS, Harakahdaily yang sememangnya hebat memutarbelitkan peristiwa dan fakta pemergian Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung.

Sudahlah memutarbelitkan cerita, fakta yang diberikan turut salah! ...

Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air dan bukannya Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang.

Amat memalukan kerana 'tagline' Harakahdaily Tepat Dari Sumber sudah menjadi Tepat Berdasarkan Fitnah!


Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.


"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Walaubagaimanapun, blogger Pisau.Net pantas menangkis fitnah terbesar Harakahdaily dengan penjelasan dan fakta yang kukuh.



YB Ahmas Maslan turut menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din bersama pemangku Ketua Bahagian Labis, Cikgu Rosdin dirumahnya Taman Bandar Putra Segamat.



Jenazah arwah dikebumikan oleh Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor hadir di masjid pada jam 2.45ptg.

Blogger MIM turut mendedahkan fitnah terbesar dari media 'the so called Islamic' Harakahdaily melalui video klip kenyataan Ketua Penerangan Johor.



Cukup mengaibkan ... calon PAS Normala Sudirman turut bersekongkol dalam Drama Minggu Ini terbitan parti PAS, demi menagih simpati dan undi wahid di PRK Tenang!





Lakonan cemerlang Normala Sudirman ini patut dipuji, malah editor Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman perlu juga mendapat pujian sewajarnya sebagai Pengarah Cemerlang dalam melahirkan Cerekarama Fitnah Terhebat PAS!

Saranan Tuan Ibrahim Tuan Man nyata silap! ... Beliau sepatutnya menasihatkan media PAS, Harakahdaily untuk menjauhi penulisan fitnah sebenarnya.



Tuan Ibrahim tidak perlu membuang masa menasihati blogger PAS ... kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai pencacai dan pemfitnah! Dan peranan ini sudah turut diambil alih oleh media teragung PAS ... Harakahdaily! Penyebar Fitnah Rakyat!


GWM : Tanda kekalahan PAS semakin bersinar di PRK Tenang ... fitnah sudah menjadi makanan ruji juak juak PAS dan pembangkang!


sumber / pautan :
http://www.pisau.net/2011/01/tenangcalon-pas-di-sundalkan.html


http://novandri.blogspot.com/2011/01/gempar-video-pengakuan-saksi-kesedihan.html


http://ahmadmaslan.blogspot.com/2011/01/al-fatehah-kepada-allahyarham-abd-latif.html


5 comments:

Anonymous said...

Memang betul apa yg di kata tuan dan Sdr Aminoor tu. PAS memang selalu amik pluang nk spin berita. Saudara Admin, kalau nak tau byk perkara pasal Cikgu Normala, sila tanya sdr Aminoor anak ckgu Alit. Tolong ceritakan yg benar. Jgn nak spin. Nanti org tau. Tak elok. Ikhlas dari Orang LABIS.

Sudir said...

PAS pas.. ntah apa-apa la.. pasal mati pun nak putarbelit berita..

Razaq Saleem said...

salam Tuan
kitorang geng lepas spm
kitorang tak pandai macam Tuan
tapi kitorang nak tulung lawan
mak kitorang suruh lawan gak pembangkang ni
tq

TESLAMARIN said...

TESLAMARIN said...
calon bn 4 isteri......

mala, wanita yang dinodai.....

pilih satu antara dua....

view my blog

Anonymous said...

wei korang, tak perlu nak buat cerita murahan tentang Pas kalau semata2 nak memfitnah Pas yg didokongi ulama. korang apa tahu, ilmu agama pun tak cukup mana. banyakkanlah bertaubat. sesungguhnya, korang tidak akan selamat kat akhirat dengan fitnah dosa yang dibuat, ingat bahawa Allah lebih mengetahui niat korg semua.Ya Allah, kau turunkanlah bala ke atas pemfitnah2 blogger ini.