PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI 1 MALAYSIA ... MALAYSIAN INSIDER PUJI WIRA PERKASA ... SYABAS !
GWM seringkali terfikir ... mengapa mana mana parti politik lebih cukup senang untuk menjauhkan diri dari remaja yang cukup memerlukan perhatian yang serius.
Baik parti pro kerajaan mahupun pembangkang, Cukup mudah bagi parti politik menuding jari menyalahkan sesama sendiri bila berhadapan dengan gejala sosial (social ills).
Hanya apabila pilihanraya muncul, maka kudrat dan sokongan remaja ini juga yang ditagih oleh parti parti politik.
Tatkala para remaja dilihat sebagai 'bermasalah' (problematic) oleh parti politik, WIRA PERKASA tampil menggapai tangan tangan remaja untuk memberi sokongan.
GWM menganggap program Perhimpunan Wira Negara Revolusi 1 Malaysia cukup berjaya, malah dapat menghimpunkan seramai 8,000 remaja untuk mengambil bahagian dalam program ini.
Berbagai program yang disajikan sememangnya memenuhi selera dan mood remaja!
Paling menarik adalah komentar komentar dari remaja sendiri yang menganggap program WIRA PERKASA bukanlah bersifat politik tetapi terbaik kerana menghimpunkan pelbagai bangsa untuk menjayakan aktiviti yang disediakan.
Tidak salah jika GWM mengatakan WIRA PERKASA sudah mula melakukan proses 'rebranding' yang sebelum ini banyak menyentuh soal politik dan polisi kepada program 'outreach' untuk para remaja.
GWM : Sekurang kurangnya, WIRA PERKASA sudah mampu menawarkan aktiviti dan kegiatan riadah untuk para remaja, dari menjadi lebih 'rebellious' tanpa sebarang kawalan.
2 comments:
salam, cukup terharu dengan apa yang di lakukan oleh wira perkasa ke atas program ini. semoga ianya dapat di anjurkan di lain waktu.
sayang saya tak dapat hadir kerana tinggal jauh
Salam Ama Ganu ...
Insya Allah ...
Perhimpunan Wira Negara Revolusi 1 Malaysia di Bukit Jalil adalah pencetus pertama program tersebut.
Berikutan sambutan yang menggalakkan, WIRA PERKASA akan menjelajah satu pelusuk negara untuk dikongsi bersama program tersebut.
Konsep dan perlaksanaan program itu juga sama seperti yang dilakukan di Bukit Jalil.
Post a Comment