POST MORTEM ... MCA MASIH LAGI LIABILITI BESAR KEPADA BN ?
Tidak sah jika GWM tidak membangkitkan isu prestasi rakan baik BN, MCA setiap kali pilihanraya kecil diadakan.
Peratusan pengundi masyarakat Cina yang berpihak kepada BN amat kritikal dan trend merudum ini semakin ketara selepas PRU 12. GWM acapkali menghentam MCA sejak kegagalan parti tersebut menarik sokongan sejak PRK Hulu Selangor.
PRK HULU SELANGOR
PRK Hulu Selangor yang berakhir pada 25 April 2010 pembangkang menguasai 75% pengundi Cina walaupun risikan awal 50% akan menyebelahi BN.
Sokongan dan undi masyarakat Cina seringkali 'swing' pada saat saat akhir pengundian.
Bedah siasat yang paling 'simple' adalah krisis MCA tiada noktah mengakibatkan akar umbi muak dan jelak akhirnya memboikot parti tersebut. Ini adalah punca utama kerana pemimpin pemimpin kurang turun padang menangani masalah akar umbi ... Sibuk Berpolitik!
BN hanya menang dengan majoriti 1,725 undi ... majoriti undi adalah dari orang Melayu dan India!
PRK GALAS
Pengundi Cina mula beralih arah merupakan faktor penting di mana dianggarkan MCA berjaya menarik 40 hingga 50 peratus pengundi Cina untuk kembali menyokong BN.
Realitinya, pilihanraya DUN Galas pada kali ini cukup cemerlang kerana BN telah berjaya memperolehi kembali kepercayaan dan sokongan orang Cina yang bertapak di bandar Gua Musang.
Antara faktor adalah pemimpin MCA seperti Ng Yen Yen, Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin lain cukup rajin melakukan 'walkabout' di kawasan pengundi Cina.
Hampir kesemua peti undi (bertanda kuning) di kawasan Cina kembali menyokong dan mengundi BN kecuali di peti undi SJKC Gua Musang Saluran 3 dan SK Gua Musang Saluran 1.
PRK TENANG
MCA kurang menyerlah kerana lambat 'warm up' dan lambat turun padang! UMNO dan MIC terlebih dahulu melakukan gerak kerja di Labis.
Faktor selesa dengan kemenangan di PRK Galas mungkin salah satu faktor 'over confident' MCA dengan situasi yang agak unik di PRK Tenang.
DAP dilihat jauh kehadapan menerobos kawasan pengundi Cina bersama parti PAS. MCA agak terlewat masuk untuk menarik sokongan dan undi masyarakat Cina.
Gelombang Merah sekali lagi menjadi penyelamat maruah MCA di Labis ... Wanita UMNO!
KESIMPULAN
Walaupun ini pandangan peribadi GWM, namun trend pengundi Cina agak unik mengikut kawasan dimana pilihanraya diadakan.
GWM rasa kurang adil jika diletakkan 100% kesalahan tewasnya sokongan dan undi masyarakat Cina di PRK Tenang. PRK Galas telah membuktikan sokongan dan undi kaum Cina cukup memberangsangkan!
Cuma, MCA perlu 10 kali melipatgandakan usaha untuk kembali menarik sokongan dan undi masyarakat Cina ... sebelum PRU 13!
MCA tidak lagi boleh membiarkan UMNO dan MIC menjadi 'frontliner' dalam menarik sokongan dan undi rakyat ... Maaf ... Ini tidak adil!
Mau Menang kena kerja kuat Maa !!!
6 comments:
UMA berpendapat MCA takut bertemu pengundi Labis. Rata rata mereka akan menyindir MCA di sana. Sebab itu tiada gerakan berjumpa pengundi di tempat umum. Aktiviti hanya di buat dalam kawasan bilek gerakan sahaja. Walau bagaimana pun dua peti undi Cina, menang. Tak boleh juga memperkecilkan peranan mereka.
Jika di bandingkan MCA dengan DAP & PKR, rata rata pengundi cina senang dengan mereka.
PKR telah mulakan aktiviti sejak hari kematian allahyarham Dato Sulaiman Taha lagi. Sedangakan jenazah belum lagi sampai kerumah mereka dah mula buka kaunter berjumpa masyarakat cina melalui semakan pengundi baharu dan daftat pengudi. Dap mengunakan belia cina melawat kedai ke kedai. Belia belia ini mendapat senyuman dan galakan mesra dari peniaga di sana. MCA hanya orang tua tua aje bro? Dap bergerak setiap hari. MCA langsung tak nampak batang hidung.
Malam akhir UMA balik dari Air Panas. Pada pukul 11:30 malam, ceramah DAP & PKR di Paya merah masih lagi rancak. Khemah MCA dah siap kemas kerusi dan meja. Ceramah MCA hanya di hadiri petugas dalam 50 orang manakala ceramah DAP melebihi 500 orang hingga sesak sampai ke jalanraya. Mereka sanggup berpayung di dalam hujan.
UMA ... GWM SETUJU!
SBB TU GWM KATA MCA KENA 10X LIPAT GANDA USAHA!
MATI LA BRO KALAU UMNO DGN MIC JER!
Kelebihan DAP adalah mereka rajin turun padang. Namun ia terhad di kawasan padang sebelah pekan. MCA juga rajin, iaitu rajin berjumpa sesama sendiri.
Antara Pas dan UMNO, Pas bukan tak rajin turun padang tetapi padangnya adalah seluas kangkang kera -- kebanyakannya padang maya.
Umno mungkin lambat berubah tetapi kerajinan mereka sukar ditandingi. Malah apabila Umno turun padang, keluasan yang diliputi sukar dikopi oleh mana-mana parti.
Parti Keluar Ramai2 (PKR) adalah lain dari yang lain. Meskipun paling remaja dan cerdas tetapi paling cepat kemuncak. Sudah tentu fenomena seperti ejeksi pra-matang (keluar beramai-ramai) tidak menghairankan mana-mana pihak.
Kah-Kah-Kah
Sebenarnya ramai cina tak suka dengan jaguh porno Johor tu lah sebabnya kalau buang jaguh tu sure undi meningkat.
Seperti kata ahli alim DAP.
Harta mau cari yang halal Maaaa
Jauhi dari zina. :)
HUREY HUREY HIP HIP HUREY.. YAAAHOOOOOOO
Cukai GST (Government Service Tax )=RM4.02 setiap bulan
Hoi!... korang perasan tak yang Najib dah main-mainkan korang... Yang dia umum tol tak naik tu untuk orang ulang-alik ke negeri Najib dan Pantai Timur jer!... Berapa ramai pengguna tol yang menggunakan perkhidmatan ke pantai timur berbanding lebuhraya PLUS, LDP, Kesas dan sewaktu dengannya. Apasal Najib tak umum sekali tiada juga kenaikan serta dikecualikan bayaran kepada pengguna jalanraya dari Labis ke Segamat.
Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik.
Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti.
Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro.
Lu orang pikirlah sendiri bagaimana liciknya pentadbiran Najib perdaya korang. Patut pun Najib mampu sogok setiap kali diadakan pilihanraya kecil kerana Najib ada wang tersembunyi. Dia turunkan yang itu tetapi dia naikkan yang ini.
GST naik 4.02 setiap bulan pun nak kecoh. Tapi kalo dpt imbuhan or wang ihsan dari kerajaan , xpenah lak nak cakap terima kasih ker or syukur.. Kerja ngn kerajaan, blakang dok maki hamun kerajaan.. At least syukur la GST x naik melambung seperti negara2 lain.. PODAH!!!
Post a Comment