Saturday, January 22, 2011


Akhirnya Mazlan Aliman akur dengan kehebatan Datuk Seri Najib dalam mengendalikan kebajikan peneroka FELDA.

Sebagai Presiden ANAK, beliau akan membantu kerajaan memantau setiap pengumuman kerajaan untuk memastikan segala janji yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau berkata tindakan itu untuk memastikan janji Perdana Menteri akan menjadi kenyataan demi kepentingan dua (2) juta warga FELDA.


Mazlan Aliman sempat mengingatkan DS Najib untuk menyelesaikan isu penempatan generasi kedua warga FELDA agar dapat direalisasikan seberapa segera sebagai bukti keprihatinan Perdana Menteri.

Beliau turut memberi pandangan dan mengemukakan satu cadangan lain sebagai tanda penghormatan kepada DS Najib yang ikhlas membantu warga FELDA.


Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menambahkan lagi peruntukan RM 8.5 juta untuk program prasarana 500 lot untuk generasi kedua FELDA seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

Sambil menyifatkan peruntukan yang sedia ada kecil, beliau berharap Perdana Menteri terus memujuk FELDA untuk menambahkan lagi dana dan peruntukan bagi program tersebut.


Emmm ... sesuatu yang diluar dugaan. Disebalik hentaman dan kecaman, Mazlan Aliman rupanya cukup berharap DS Najib untuk campurtangan bagi melakukan penambahbaikan peruntukan untuk warga FELDA.

Mazlan Aliman ! Mungkin you patut bertanya Anwar Ibrahim ... mengapa selama hampir 6 tahun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, nasib warga peneroka masih ditakuk lama?



GWM : Aik ... Mazlan Aliman dah buat 'u turn' ke ? Nanti kena pancung dengan parti PAS PIS PUS ...

sumber / pautan : SINAR HARIAN

4 comments:

karl said...

mohon link /banner
http://wicararumi.blogspot.com

Gelombang Wangsa Maju said...

Salam Karl ...

Blog saudara telah kami linkkan bersama dengan blog kami. Wasalam

usin said...

kalau u turn, aku tau sebabnya. x dpt jd calon di tenang. ikut kolah lan. buatlah apa yg patut...

Gelombang Wangsa Maju said...

SETUJU ... BRO USIN !