Friday, January 21, 2011


Sedang asyik bersiap sedia untuk mengharungi peperangan cyber PRK DUN Tenang, Melayu CinDia terfikir semula kenyataan blogger Papa Gomo mengenai kejutan yang akan dibongkar beliau pada Hari Lahirnya iaitu hari ini. Apakah kejutan tersebut?

Benarkah ura2 mengatakan Papa Gomo akan bersama PAS melalui perutusan bersama YB Salahuddin Ayob atau Din Puduraya?

MUSTAHIL ... Jika benar ianya berlaku, dunia politik Malaysia akan musnah. Papa Gomo, antara blogger terawal muncul selepas era pasca PRU 12 merupakan blogger yang lantang membongkar unsur2 jahat dan kotor yang diperlakukan pemimpin2 Pembangkang demi menjatuhkan Kerajaan BN. Beliau yang dahulunya dikenali hanya dengan nama pena GOMO juga telah mengungkap beberapa isu yang ternyata menggoncangkan kekuatan bersifat sementara Gabungan parti DAP, PKR dan PAS.

Papa Gomo juga antara blogger yang sentiasa mendapatkan isu2 terbaru dan terkini sebagai informasi buat pengunjung blog. Pembongkaran yang dilaporkan beliau dengan pengisian dan bukti yang jelas telah membuka mata majoriti rakyat Malaysia yang kian sedar akan pembohongan dan taktik kotor yang dilakukan Anwar serta kroni2 nya demi mendapatkan kuasa politik.



Tidak dapat dinafikan, isu yang diketengahkan beliau sangat berterus terang, penulisannya dilihat agak kasar dan berbisa. Tapi dengan berani melakukan apa sahaja demi membunuh misi jahat insan yang digelar beliau sebagai Anwar Al Juburi. Dan jika dibandingkan dengan fitnah dan tuduhan Pembangkang, ternyata ungkapan dan penulisan Papa Gomo amat berbaloi. Kerana belum pernah mana2 blogger Pro Pembangkang yang mengeluarkan isu dan pembongkaran salah laku pemimpin BN beserta bukti yang jelas dan lengkap. Artikel mereka hanya mengiyakan apa yang didakwa pemimpin2 Pembangkang yang asyik menghina maruah pemimpin2 BN.


Kisah Khalwat dan Zina ADUN Selising antara isu hangat yang diketengahkan Papa Gomo. Ianya merupakan cabaran yang amat berat buat beliau. Risiko yang akan beliau hadapi amat besar. Isu dan penyiasatan ini benar2 mempertaruhkan nyawa dan keselamatan beliau.


Akan tetapi, ianya dilakukan dengan ikhlas bagi mengukuhkan lagi bukti bahawa PAS hanya menggunakan Islam sebagai alat senjata dan perlindungan politik, tetapi membiarkan pemimpin2 mereka mencemarkan nama suci Islam dengan melakukan perbuatan2 yang menjatuhkan maruah Agama. Papa Gomo tekad akan membuktikan bahawa ianya adalah benar. Dan Melayu CinDia percaya, blogger berpengalaman luas seperti beliau akan mampu mengharungi perjaungan getir ini.

Ada kita lihat blogger Pembangkang yang sebelum ini lebih agresif menuduh dengan tuduhan2 kotor dengan siasatan dan bukti yang tersusun? Mereka hanya tahu mengapi2 kan semangat benci melalui tuduhan2 palsu yang diketengahkan pemimpin2 mereka. Contoh mudah Kes Pembunuhan Antantulya. Adakah tuduhan ini disertakan dengan bukti yang kukuh? Ada buat penyiasatan rapi?


Gambar DS Najib yang kononnya bersama Altantuya akan didedahkan di blog2 Pro Pembangkang yang kononnya akan menggoncang maruah DS Najib. Ianya dicanang semasa kempen PRU 12 Akan tetapi, sehingga hari ini tidak dipamerkan. Alih2, gambar yang disiarkan secara terang2 direkasemula dan bukannya gambar sebenar. Terserlah kebodohan mereka. Ini baru dikatakan PENIPU. Hanya mengiyakan apa yang dituduh pemimpin mereka. Atau dalam erti kata lain, ikut jubor Anwar.. Opsss...

Perjuangan Papa Gomo turut menjadi inspirasi kepada Melayu CinDia untuk terus berjuang melalui Media Maya ini. Perkenalan kami bermula sejak Melayu CinDia mengendali blog UMNO Cawangan 3 tahun yang lalu. 1 kejayaan besar yang Melayu CinDia dapat lihat hari ini apabila beliau berjaya melahirkan 7 orang blogger pada satu jangka masa yang sangat singkat.


Kelahiran 7 blogger dari Wangsa Maju membuktikan bahawa beliau peka dalam melahrikan blogger2 generasi baru. Inilah misi beliau yang sangat murni. Peluang demi peluang diberikan kepada semua pihak bagi menyahut perjuangan beliau melalui Media Maya. Bukan itu sahaja, beliau juga antara individu yang melahirkan beberapa facebooker yang begitu mantap dan jitu kekebalan perjuangan di bawah naungan Nadi Rakyat.

Taringan berbisa perjuangan Papa Gomo turut dibarisi beberapa Otai Blogger yang tidak kurang hebatnya seperti Gerakan Anti PKR, Pisau.net, The Flying Kick, Media Permatang Pauh, House PK, RBF, Darul Ehsan Today, Taiping Mali, Arwah Yang Gambi dan ramai lagi.

Gabungan ini sudah semestinya akan memusnahkan misi jahat pembangkang menakluki Negara ini.


Melayu CinDia, blogger Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAPA GOMO. Maaf tiada hadiah istimewa yang mampu diberikan. Hanya sekadar sebuah artikel ini sahaja sebagai hadiah tanda terima kasih atas galakan dan sokongan terhadap blogger2 kecil seperti Melayu CinDia ini... Doa agar beliau sentiasa dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik demi meneruskan perjuangan ini.

Mengungkap kata2 akhir beliau sebagai penutup di setiap artikel di blog Papa Gomo : -

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT .


Post by... Melayu CinDia

GWM : Semoga Diberkati, Dimurahkan Rezeki ... buat Papa Gomo ... Pssst ... Bila Nak Taubat! He He He!


8 comments:

PAPA GOMO said...

amin...tq Mat..he he he..
terima kasih kepada team Media Wangsa Maju yang menyokong Papa Gomo selama ini...

apa pun misi kita masih jauh dan kita akan terus Fokus membantu kemenangan BN pada pru13 ini.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan korang wahai pembela negara.. Hancurkan kebatilan dan tegakan kebenaran.. Aku sentiasa sokong korang,walaupun aku jauh dari malaysia.. -perantau melayu-

ikes said...

terima kasih tak terhingga atas perjuangan kalian.. nampaknya rakyat mula sedar tipu helah pembangkang, terutamanya anwar jubos..

selamat hari jadi..utk papa gomo

cybertropper

Anonymous said...

slmt berjuang sampai terbuang
slmt ut kelahiran pasti usia makin singkat kerana kehidupan semakin menuju ke garis penamat=akhir hayat.Tiada kehidupan yang makin panjang selepas bermulanya kelahiran.

Anonymous said...

Selamat Hari Jadi Papa Gomo, moga panjang umur dan murah rezeki. Tapi yang paling penting tolong lah jangan sekali-kali berundur...(bagi muka kat depa) Teruskan perjuangan korang Bloggers yang bermaruah. Pertahankan bangsa dan agama di negara tercinta ini, bersama kita hapuskan Gabungan PR haram tuh...

Anonymous said...

Papa jangan papa jangan tinggalkan kami yg setia bersama mu setiap penulisan papa kami hormati dan percaya teruskan perjuangan papa rezeki papa bolih dapat dimana mana perjuangan suci susah nak dicari apa apa pun happy birthday papa murah rezki dan panjang umur 'jangan tinggal daku'.

Khaled Jefri said...

Tahniah gomo, you are the next Khaled Jefri!

Anonymous said...

semoga allah melaknati sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mungkar..sesungguhnya sesama makhluk tidak berkuasa keatas makhluk..dan hadapi la seksaan allah yang sangat dasyat dan tiada bandingan..