Friday, January 7, 2011


Sebenarnya tiada yang mustahil bagi seorang peguam bernama Karpal Singh. 'Nothing is impossible' ... sehinggakan kenyataan beliau dalam ceramah DAP di Federal Hotel tahun 1998 boleh di 'u turn' kembali!

Pelik ... beliau sendiri yakin dan mempunyai bukti Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual dalam ceramah tersebut.

Secara umum, Karpal Singh tentu mengetahui impak negatif membuat tuduhan palsu secara terbuka kerana pertama ... beliau adalah seorang peguamcara dan peguambela (dan kini mengendalikan kes Anwar Ibrahim).

Keduanya, beliau adalah seorang ahli Parlimen yang mana beliau wajib bertanggungjawab dengan apa yang telah diucapkan sama ada didalam atau diluar Parlimen ... MP must standby what he has uttered within or outside Parliament.



GWM mempertikaikan bagaimana Karpal Singh, seorang ahli parlimen juga seorang peguam cukup terlatih, boleh membuat tuduhan tanpa mengesahkan apa yang telah diberikan oleh Azizan Abu Bakar.


Paling jelas, Karpal Singh cukup yakin dan berpuas hati dalam menilai sepenuhnya fakta fakta yang diberikan oleh Azizan bin Abu Bakar berkata kepadanya adalah benar.

Mana mungkin Karpal Singh sanggup bertempik dalam ceramah DAP dengan tegas 'Saya mempunyai bukti di tangan saya bahawa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam liwat' di Federal Hotel tahun 1998
.


Beliau juga yang mendesak Pendakwaraya Tan Sri Mokhtar Abdullah untuk segera melakukan siasatan ke atas Anwar Ibrahim!

Dan rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 di mana Karpal Singh mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda, sebagai mengakui kebenaran Anwar Ibrahim memang terlibat dengan aktiviti meliwat.




Apakah Karpal Singh buta huruf atau tidak membaca keputusan penuh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 (diterbitkan dalam Malayan Law Journal)?


Jika apa ynag dikatakan oleh Karpal Singh pada ceramah DAP di Federal Hotel adalah tidak benar (untrue), beliau perlu membuat satu Akuan Bersumpah untuk diberikan kepada mahkamah.


Karpal Singh juga perlu memberitahu mahkamah ucapan sebenar pada ceramah tersebut, yang mungkin boleh membantu Anwar Ibrahim dalam perbicaraan.

Jika tidak, GWM bersetuju degan gesaan Wee Choo Keong, pihak Pendakwaraya perlu mempertimbangkan dan mengeluarkan subpoena untuk memaksa Karpal Singh memberi bukti sekiranya Karpal PuSingh menolak untuk menawarkan dirinya menjadi saksi di Mahkamah kelak.


GWM : Benar juga bidalan ... Lawyer is A Great Liar!

0 comments: