Friday, January 21, 2011


Suka benar Lee Kuan Yew melihat Tun Dr Mahathir ( TDM ) dibelasah oleh Melayu Singapura yang semakin bodoh dan mudah dibeli dengan Dollar Singapura!

TDM menjadi bahan pukulan dan topik hangat hanya kerana ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr. Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu,seorang pembaca, Sallim Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Tun Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.


"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Tun Mahathir. Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," katanya.



Beliau berkata,Tun Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh. Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," katanya.


Seorang lagi pembaca, Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr. Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau menyelidik dulu keadaan orang Melayu di sini.

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada bercanggah, malah sejajar dengan ajaran Islam. Kamariah berkata, kemungkinan Tun Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.


Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis, Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura, bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.


Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau,Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat kaum Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Tun Mahathir.

Katanya, alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah tersebut.



Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan kontroversial dan tidak semestinya semua dinyatakan beliau adalah benar. Namun, katanya, setiap manusia ada kelemahannya dan beliau amat terkejut apabila melihat surat mengutuk Tun Mahathir, malah ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya sebagai 'seorang tua yang nyanyuk'.

Walid berkata, walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.Katanya,Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.



"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam. Sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin Islam di mana-mana sahaja seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya,Tun Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.



"Setahu saya,beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," kata Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Tun Mahathir,Walid bertanya, tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri?



Bahkan, katanya, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai 'Harimau Asia' oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.Walid berkata, Dr. Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia.

"Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam. "Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar. Kita tidak melihat masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," katanya.—BERNAMA

SUMBER DARI BERNAMA

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG MELAYU SINGAPURA INI ???


Posted by ... WAYNE

10 comments:

Marwan said...

Inilah Melayu Singapura yg tidak sedar diri. Bukan Tun Det menghina tetapi mau mendedahkan 'grand-plan' Lee Kuan Yew.

Sy mau berkongsi pengalaman sy bekerja di Singapura tahun 1989 dgn Keppel Engineering (S) Pte Ltd anak syarikat gergasi Keppel Shipyard atau Keppel Group. Maaf bukan utk bangga diri atau sombong dan bongkak ya!

Di hari pertama sy telah dapat makan tengahari di 'Control House' atau 'Executive House' di mana rata-rata semuanya org Cina tiada satu pun Melayu, jadi sy pun bertanya kepada staf Melayu, petang itu. Jawapannya amatlah sedih sekali, kata staf sy org Melayu layak jadi buruh kasar sahaja bukan eksekutif di Singapura ini.

Jadi hingga ke hari ini siapakah yg beruntung? Yg dari Malaysia atau Singapura?

Itulah kuasa politik sesebuah negara! Fikirkanlah saudara2ku di Singapura. Bangunlah dgn cara apa sekali pun. Insya Allah kami selalu di belakang anda!!!

Anonymous said...

Melayu Singapork? Bukankan diorang ramai yang murtad?

Megat Alam Gempita said...

Tak semua Melayu di Singapork anti Mahathir, hanya mereka yg tak sedar diri dan karat pemikiran akibat terlalu banyak minum air kumbahan Newater saja yg rasa selesa di Singapork. Inilah yg dikehendaki oleh LKS dan sosialis harbi DAP.
Tak percaya tanya artis-artis n profesional Melayu Singapork yg dah berhijrah jadi rakyat Malaysia!

SMVAG 93 - 94 said...

melayu tak sedo diri...

Anonymous said...

mmg betoi tu melayu singapore tak sedar diri. byk minum air kumbahan

aku memang melayu said...

aku dah agak dah, dapig mesti minta tolong ciPAP untuk buruk buruk kan mahathir.

ini sume dah dirancang untuk bela anu berahi jer.

ciPAP dan DAPig memang bangsa yahudi kecil.

Ya Allah, engkau patahkanlah rancang musuh islam ini.. amieennn.

dzimba said...

"Melayu singapura adalah kasta kelas ke 3 di Singapura selepas cina dan india. Ada la sorang dua yang bagus.. yang lain lain haprak". kata teman saya dari Johor.

Akan tetapi melayu singapura berlagak walaupun cuma kerja sapu sampah. Citt melayu. LKY dah berjaya sempitkan minda mereka dan takutkan dengan ISA.

Anonymous said...

Melayu Singapura,
Puak2 melayu di singapura yg condemn TDM ini sebenar dari generasi bulu jembot yg sekangkang kera dan blh jadi org tua mereka tidak pernah ajar mereka tentang makna melayu atau mereka ini keturunan melayu kristian.Saya masih ingat akan wasiat ayah saya yg berpesan supaya jgn sekali kali undi PAP kerana melayu tak akan untung apa2 malah melayu akan mangkin binasa.Setuju dgn TDM yg bercakap pasal melayu singapura. KALAU MELAYU SINGAPURA INI BENAR2 ORG MELAYU PASTI MEREKA TAU PERIBAHASA INI HANYA JAUHARI YG KENAL MANIKAM.HIDUP TDM.

Anonymous said...

Usah peduli Melayu Singapura lagi cuma melayu Malaysia perlu tahu kebodohan mereka kena tipu dengan PAP. Melayu Malaysia mesti belajar taktik jahat DAP diMalaysia

Unknown said...

Ma'af" ckp ya,aku S7 bngt dngn kata terahir Penulis Encik Walid. (Jngn lah kita dibutakn kbncian etc...)