Saturday, January 1, 2011


GWM agak musykil mengapa Mahfuz Omar secara tegesa gesa meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd.

Terdetik dihati GWM untuk merungkai apa yang tersirat disebalik kenyataan Mahfuz Omar yang meminta kerajaan Kedah menjelaskan perletakan jawatan beliau.

Sebuah syarikat yang mendapat kemudahan pembiayaan secara Islam (Syndicated Islamic Financing) dari Bank Islam berjumlah RM 330 juta untuk pembangunan dan pembangunan kampus kekal untuk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Baling, Kedah dinafikan hak untuk meneruskan projek.


Permainan teka teki 'tak tahu' Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semakin merosakkan reputasi dan kredibiliti beliau. Jawapan beliau yang tidak tahu apa apa mengenai perletakan jawatan Mahfuz tidak boleh diterima dan perlu dipertikaikan.

Dan punca perletakan jawatan Mahfuz Omar berkait rapat dengan penganugerahan projek pembinaan kampus KUIN kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Emmmm ... direct negotiation deal rupanya.


Namun, jika hanya dengan tidak bersetuju dengan cara penganugerahan projek maka Mahfuz Omar tidak sepatutnya meletakkan jawatan. Ini menunjukkan beliau sememangnya tidak berketrampilan dan mempunyai kredibiliti sebagai pengurus sesebuah syarikat.

Wujud perselisihan besar di antara Jahubar Sathik (Managing Director, Bina DarulAman Berhad - BDB) dan Mahfuz Omar (Pengerusi, Kedah Sato Sdn Bhd - KSSB) dalam penganugerahan projek secara direct negotiation.

Khabarnya Jahubar Sathik telah lama melobi Lembaga Pengarah BDB dan Wisma Negeri untuk menyingkirkan Mahfuz Omar sebagai Pengerusi KSSB. Mahfuz Omar menentang usaha BDB yang berdegil untuk menganugerahkan projek KUIN kepada IJM, (secara direct negotiation) tanpa melalui proses tender.


Diberitakan juga Pengerusi Mahfuz Omar ini turut mempunyai 'group elite' kontraktor Cina yang berada di belakangnya, standby dan bersiap sedia untuk turut merebut peluang bagi projek KUIN.

Sudah wujud dua kem berbeza dalam pengurusan negeri kerajaan Kedah yang berlumba untuk mendapatkan anugerah projek bernilai RM 330 juta.


Malangnya, Mahfuz Omar tidak tahan tekanan dan melepaskan jawatan beliau akibat desakan dari Jahubar Sathik yang mempunyai hubungan baik dengan Azizan Abdul Razak.

Mahfuz Omar juga mengetahui Azizan Abdul Razak adalah 'Godfather' disebalik perlantikan IJM dan juga beberapa keputusan lain adalah atas arahan dan persetujuan beliau.



GWM cuma teringatkan filem 'The Usual Suspects' lakonan Kevin Spacey. Bagaimana watak bodoh bodoh alang dan tempang Kevin Spacey yang sama seperti Azizan Abdul Razak (cuma tak tempang). Kevin Spacey berjaya membohongi polis dengan mengolah cerita mengenai Kaiser Soze hanya dengan melihat benda benda yang berada di sekitarnya.

Hebat sebenarnya Azizan Abdul Razak ... berlakon seperti bodoh bodoh alang.

Disebaliknya lakonan, nyata beliau cukup bijak dan cerdik menipu rakyat yang mempercayai manusia yang bernama Azizan Abdul Razak sebagai bersih, tulus dan suci dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Syabas Azizan Abdul Razak ... lakonan anda cukup mantap.

GWM : Mahu belajar teknik bodoh bodoh alang dari Azizan Abdul Razak ... mantap, cerdik dan penipu. Dahsyat sungguh parti PAS ... Peluang Aku Sapu (Dulu)!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-biar-kedah-jelaskan-mengapa-saya-letak-jawatan/


4 comments:

Anonymous said...

Jenis Azizan Razak panadai menipu. Kesalahan yang dia buat dengan bersetuju kapada kehendak Syatiq memberi projek KUIM kapada IJM secara 'runding terus' dan menyebabkan Mahfuz Omar letak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd anak syarikat PKNK, Azizan Rak MB Kedah kata "semua tu dia tak tau".

Peghangai Azizan niii... betoi macam kominis yang kena tangkap, picit teloq dia puan dia akan cakap "tak tahu tak tahu....". Tembak mati hidup balik pun dia akan tetap kata """tak tau tak tauu....".

Ini bijak kaaaa...?. Ini pemimpin Islam kaaaa....?. Sebenarnya, Azizan pakai ajaran Lim Guan Eng, apa pun tuduhan kapada, dia tetap akan cakap "TAK TAU TAK TAU....". Macam ni bijak kaaaaa....?????

Anonymous said...

Hangpa janganla marah ke dia.. Ostat cukup bela pa puak Umno dalam GLC. Dia sayang sungguh kat kucing kurap yang orang Umno tak mau dah. Ok la tu..dia bela kucing kurap, bagi makan friskies, mandi syampoo, tidoq sekatil.. Tarbiyah cara dia la.. Kurang-kurang dia dia nak bela. Puak PAS pulak, tak kan hangpa tak tau..bangang sejak lahir.. Depa la ni..sakit hati sungguh la..pasai depa pun tak dapat layanan macam tu..
Duit company Jahubar duk tibai.., bukan nya depa tak tau..Tapi, dah jenis puak teloq separuh masak..pakat-pakat pekup teloq la.. Tegoq sat gi.., melayang plak jawatan...

Anonymous said...

betui......betui.... kalau tanya azizan, apa komen dia, dia cuma hafal skrip ........... saya tak tau, nak kena tanya depa.

Anonymous said...

AZIZAN NI MEMMANG LAH MCM USTAD


TAPI DIA BUKAN USTAD PUN..TAPI MALAUN LAGI ADALAH..DOK IKUT CAKAP PUAK BDB PKNK HARAM JADAH TU..

NI SEDRA AKU BAGI TAU..LA NI DEPA NI..PUAK PKNK DAN BDB ..APA NAMA TAK PARIA TU..JAHUBAR SATHIK TU...

DAH NAK JUAL TANAH WAKAF TU ...PADA CINA KAFIR TU..DAP PENANG PULAK TU BELLVIEW..

TANAH WAKAF TU ORANG ISLAM PUNYA..HARAM JADAH DEPA NI..

DUIT PUNYA PASAL...BOLEH JADI PENGKHIANAT AGAMA ISLAM..PAS NI PARTI ISLAM KA KAFIR?

KES PLAZA TUNKU YAACOB DAN MADRASAH SALIHIAH JALAN TAMBANG BADAK....HARAP HARAP DEPA NI KALAH PILIHANRAYA NAK MAI NI...

SAPA YANG PI SOKONG PAS...MEMANG TELAH DIPERBODOHKAN..SEBELUM MENANG HARI TU..MEMANG CERAMAHSANA SINI...DOK CARI SALAH ORANG...

BILA DEPA BUAT BENDA HARAM JADI HALAL...DEPA DOK DIAM..

SAPA DOK PERTAHAN TANAH WAKAF TU?

EXCO SEMUA ORANG ISLAM....DOKTIDOQ
MAKANGAJI BUTA SAJA.....BODOH BETUL..

NANTI AKU AKAN BAGITAU SEMUA ORANG!!

sapa nak tau..bacalah kisah plaza tunku yaacob....di alor setar

berita lanjut ....akan datang