GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/26/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PECAT AZIZAN, PECAT HADI AWANG - Professor ParasHit

| Thursday, January 26, 2012



Pakatan Rakyat seharusnya mendengar nasihat dan pandangan dari pakar undang-undang cukup berkaliber Professor Kongkang Aziz Bari. Dan parti PAS jangan segan silu untuk mengikut perintah am dari parasit Anwar Ibrahim, pecat sahaja Azizan Abdul Razak dari jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Lebih cantik lagi, pecat terus dari parti!

Azizan Abdul Razak sudah mempunyai suara dan nada yang serupa dengan Datuk Dr Hasan Ali, ingkar terhadap semangat Pakatan Rakyat. Mengingkari semangat Pakatan Rakyat juga bererti mengingkari suruhan dan perintah wajib dari Ketua Umum Pembangkang, Anwar 'Kote Bengkok' Ibrahim.


PAS seharusnya sejak dari dahulu lagi wajib mengikut nasihat intelektual Professor Kongkang Aziz Bari, pecat Hadi Awang dari jawatan Presiden parti atau terus dibuang keahlian parti. PAS sudah tidak mempunyai sebarang opsyen atau pilihan. Hadi Awang juga sebahagian daripada parasit-parasit yang semakin membusuk dalam parti tersebut.

Dan barangsiapa sahaja yang mula melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat, PAS juga wajib mengambil tindakan pecat dari parti.

Perlu diingat, PAS sudah tidak lagi mempunyai prinsip perjuangan parti. Dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, PAS sudah menjadi parti yang berprinsipkan 'caca marba' ... seasonal principle.

Lebih elok lagi ... tutup terus parti!

NOTA : 'KONGKANG' merupakan salah satu dari spesies haiwan bergerak perlahan yang terdapat di Borneo, Filipina, Bangladesh, Indonesia, India dan Thailand (tidak terdapat di Malaysia). Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, dan didaftarkan dalam spesis terancam.

'PROFESSOR KONGKANG' merupakan satu-satunya spesis jarang terdapat dalam dunia akademik di Malaysia. Haiwan ini juga didaftarkan dalam spesis terancam. Bakal terancam selepas tamat pilihanraya umum kelak. 



"Saya Akan Dedahkan SKANDAL TERLARANG Hasan Ali" - Azmin Ali

|



PETALING JAYA, 26 Jan - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dan fakta yang kukuh siapa penganjur siri jelajah ceramah bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Hasan Ali jika beliau terus menerus menyerang pembangkang.

Beliau turut meminta Pas mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh bekas pemimpin parti tersebut berdasarkan maklumbalas akar umbi dan Kerajaan Negeri.

"Jangan cari salah orang lain, bukan saya atau Datuk Seri Anwar yang memecat Hasan dari parti. Ini keputusan yang dibuat oleh Pas.

"Keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan parti tersebut. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut," kata Azmin. KLPOS, 26 Jan 2012




SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau.
“Pas Selangor tidak bimbang kerana setiap kali beliau buat roadshow, rakyat akan lagi kenal siapa beliau. Makin banyak bercakap, makin banyak perkara negatif akan keluar. SINAR HARIAN, 26 Jan 2012



Umpama David vs Goliath ... Hasan Ali dipaksa berhadapan dengan kekuatan parasit-parasit peliharaan Anwar Ibrahim. Hampir keseluruhan Pakatan Rakyat dikerah untuk mematahkan serangan Hasan Ali.

Hasan Ali seakan sudah menjadi 'Fenomena Baru' ketakutan muktamad Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang bakal terkeluar dari mulut Hasan Ali seolah-olah membakar hangus keseluruhan tubuh Anwar Ibrahim.

Lucunya ... Azmin Ali mahu PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pemimpin parti tersebut. Apa yang PAS boleh lakukan terhadap bekas pemimpinnya?

Bukan beliau yang memecat Hasan Ali dari PAS, kata Azmin ... Bukankah mulut parasit beliau yang mendesak PAS memecat Hasan Ali?





 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU