Sunday, January 8, 2012




KUALA LUMPUR, 8 Jan - Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali adalah diantara tetamu yang hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan berikutan pemecatan beliau hari ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang mengumumkan pemecatan beliau sebagai ahli PAS adalah berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti dan berkuatkuasa serta merta.

Hampir 1,000 penyokong beliau membanjiri perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Dalam pada itu, Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan Ali.



Semakin jelas tanda penguasaan Puak Erdogan Anwar dalam menentukan hala tuju PAS yang sudah semakin hilang fokus dari matlamat asal perjuangan parti.

Apabila Haron Din dan Ismail Kamus dijangka hadir turun memberi tanda sokongan moral dan simpati kepada Hasan Ali, tidak ada satu pun tanda yang lebih besar melainkan Puak Ulama semakin hilang sabar dengan karenah Presiden Boneka Hadi Awang.

Siapa tidak mengenali Haron Din dan Ismail Kamus? ... kedua-dua tokoh ini jugalah yang menghentam Anwar berkenaan isu Kalimah Allah dan Pluralisme Tuan Haji Anwar.

Dan Anwar juga baru-baru ini sudah 'memberi isyarat' kepada Nik Aziz beliau perlu berundur apabila mula berbicara soal perlunya ada muka baru untuk diketengahkan dalam parti tersebut.

Tidak boleh ada kritikan kepada Anwar melainkan hilang jawatan atau dipecat dari parti. Siapa sebenarnya empunya dan pemilik parti PAS?

Anwar atau ahli dan penyokong PAS?





8 comments:

Anonymous said...

dato harun din, dato ismail kamus dan ustad nasha pun bakal menjadi mangsa pemecatan juga ke..?

Anonymous said...

org skg ni tidak suka pada kebaikan, lebih cenderung pada yg tak tentu kebenaran nya.ini adalah disebabkan kuasa dan politik.

Anonymous said...

MELAYU MUDAH LUPA!!

Mantan Ahli PAS said...

...so PAS is dead..PAS hanya wujud pada nama saja. Selepas ini Hj Anuar akan di lantik sebagai Penasihat PAS yg akan bertindak seperti Tuan Residen Inggeris yg menjadi penasihat Raja-Raja Melayu sebelum Perang Dunia Ke 2.

Orang Melayu kata PAS telah mampus..

Anonymous said...

Pas telah lama kojol dalam erti kata sebenar perjuangan Islam.


Pas hanya masih bernafas kerana Melayu Islam masih ramai yang bodoh tolol tentang apa itu parti Islam.

Parti Islam ialah parti yang memperjuangkan kepentingan Islam dan hukum Islam.

Bukannya parti yang meminta orang Islam menyokongnya kerana pada namanya ada perkataan Islam sedangkan perbuatannya bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam. Ramai...memutih seperti bueh-bueh di lautan seperti apa yang telah Nabi pesan.

musa3 said...

Dulu aku penyokong kuat Pas. Kini kekecewaan tak terucapkan lagi.
Setelah pulohan tahun Pas mengkafirkan UMNO kerana bekerjsama dengan bukan Islam kini dengan izin Allah terdedahlah niat sebenar.

Setelah perbagai peristiwa pahit dan sedih berlaku dalam masyarakat. Tiba masanya aku menggunakan akal untuk menolak sama sekali pembohongan penjenayah agama ini,walauapapun yang mereka kata dan rupa pakaian mereka.

Wallahuaklam

Anonymous said...

dulu aku pun suka dgn pas...tapi la ni aku kena keluar kerana Pas dah lari dpd perjuangan asalnya menegakkan Islam...sekarang ni aku lihat BN tu lebih memperjuangkan Islam disamping itu bangsa2 lain juga bebas gunakan agama mereka!..aku amat sedih dgn kes murtad di Selangor yg Pas terpaksa mengikut telunjuk DAP hingga Hasan Ali terpaksa dipecat walhal dia hendak menjalankan tugasnya menegakkan Islam dgn betul tetapi tindakannya dihalang Pembangkang di bawah telunjuk DAP!

Anonymous said...

sayang pas dah dikuasai parasit2 yg memang penyokong kuat si Anwar al-jub..penyokong kuat keselamatan srael laknatullah yg memperjuangkan politik Islam pluralisme-libralisme yg sekarang katanya sedang menular di Indonesia!...beringatlah rakan dan taulan!