Friday, January 13, 2012


"SPBA hanya dibuat oleh segelintir pegawai atasan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas arahan KSN tanpa berunding dengan CUEPACS dan tanpa pengetahuan YAB PM. Dasar baru ini memang telah menjatuhkan imej kerajaan"

Skuad Kuda Trojan dan Skuad Berani Mati Teman memohon supaya KSN yang berjawatan kontrak bersambung-sambung selama 6 tahun berturut-turut ini DITAMATKAN SEGERA dari jawatannya kerana beliaulah bertanggungjawab atas kemelut dalam perkhidmatan awam selama 6 tahun memegang jawatan termasuklah menjadi liabiliti kekalahan BN pada PRU12 yang lalu atas isu kenaikan gaji dan tiada pemberian bonus dalam budget 2008!!!!!.

Kempen pecat KSN akan bermula oleh orang-orang BN dan PR. Sila ambil PERHATIAN!!!!!!

Teman hanya menyampaikan denyut nadi masyarakat marhain!!!



Cukup pedas dan berterus terang (straight to the point) komen yang ditinggalkan dalam artikel yang diterbitkan jam 8.00 pagi tadi. Yang nyata, isu SBPA bakal menjerut leher DS Najib jika tidak ditangani dengan teliti dan secara bijaksana.

Soalnya kini bukan hanya bertumpu kepada soal meraih undi, namun lebih terarah kepada keadilan secara sejagat dalam melaksanakan skim baru ini. Mustahil penjawat awam mengamuk jika SBPA tidak memberikan keadilan dalam kenaikan gaji dan penyusunan jawatan.

GWM nampak sebenarnya isu ini lebih menjurus kepada ketidakadilan terutamanya bagi peringkat Jawatan Sektor Utama Awam (JUSA). Kenaikan gaji dan elaun yang cukup tidak munasabah adalah faktor utama suara-suara penjawat awam semakin hingar bingar mula menjentik telinga Perdana Menteri.

Ini baru dijentik, bagaimana jika ditendang 'pintu Putrajaya'? Mahu roboh dibuatnya ...



Isu pokok adalah tangga gaji, pelarasan gaji dan pemindahan tangga gaji tidak berlaku secara adil, JUSA dilihat lebih mendapat keuntungan berlipat kali ganda ... Ini menyamun namanya!

Contoh paling mudah, perlaksanaan SBPA akan memberikan pelarasan gaji lebih kurang RM5,000 kepada pegawai JUSA C, berbanding dengan pegawai gred 54 (gaji mati P1T8) yang hanya mendapat pelarasan gaji RM308.64 ... Barangkali ini adalah adil bagi pembuat polisi!

Kerana itulah DS Najib cukup pantas melakukan 'damage control' peringkat awalan sebelum merebaknya 'pemberontakan' dikalangan penjawat awam. Apabila timbul pemberontakan, dua biji mata dan satu akal sudah tidak nampak lagi segala kebaikan yang telah diterjemahkan oleh pihak kerajaan.

Pihak JPA seolah-olah cuba menyembunyikan pelarasan gaji JUSA dari pengetahuan CEUPACS, dan khususnya kepada Perdana Menteri. Sudah mula timbul unsur-unsur tamak haloba dikalangan penjawat awam peringkat atasan.



Namun isu SBPA membuatkan GWM terfikir sejenak ... betapa besar untungnya nasib penjawat awam jika dibandingkan dengan golongan yang bekerja di sektor swasta.



30 comments:

Anonymous said...

syabas KSN dan JPA!kerana ketidaktelusan korang yg membuatkan penjawat awam hingar bingar dan penuh kekeliruan psl SBPA terutamanya dlm hal penyelarasan gaji kerana inilah semakin ramai penjawat awam memberontak/tak puas hati terhadap kerajaan BN.tunggulah PRU 13 nih..

Anonymous said...

yg kaya,berjawatan tinggi..makin kaya dgn pelarasan gaji dlm SBPA...yg gred rendah,semakin tertekan akibat ketidakadilan ini.petanda akan tersungkurnya kerajaan BN semakin dekat..amin..

Al Mahdipanjihitam said...

Salah satu perbuatan gunting dalam lipatan , duri dalam daging bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN dari dalam melalui dasar dasr yg tak sewajarnya . DSN kena ada satu Thinks Tank yg menyemak dasar dasar yg dibuat olih setiap jabatan kerajaan agar apa yg dilakukan bukan betujuan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara menguris dan menyusahkan kerajaan.DSN berilah perhatian perkara ini.." Gunting Dlm Lipatan "

CT K said...

Pentaksub PR semakin ramai di Jabatan2 Kerajaan.
Mereka semakin berani, sombong dan bongkak. Mereka begitu yakin kerajaan BN akan tumbang.
Anai2 ni perlu dihapuskan.

Anonymous said...

GWM,
KSN mmg dah lama expired,mintak tolong ganti.Dia buat keputusan mcm penjawat2 awam sekolah darjah 3.Buat decision tak consult kemudian nak main sumbat kat dlm mulut penjawat2 awam mcm komunis.Suruh sign mcm nak gadai diri.

Anonymous said...

Ini semua kerja binatang Babi KSN dan kuncu2 haramjadahnya yang ingin menjatuhkan PM.
Binatang bai haramjadah ini kalau disimpan lama makin beranak pinak yang boleh menggugatkan sektor perkhidmatan awam.
Apakah tidak cukup imbuhan2,layanan kerajaan dan side income yang mereka terima selama ini.
Binatang babi haramjadah ini mesti dihapuskan sebagaimana kedatangan Nabbi Allah Isa nanti menghapuskan Babi yang sebenar antara tugasnya.
Tugas kita sebagai rakyat Malaysia ialah menghapuskan Binanatang babi manusia yang mempunyai nafsu BABI yang ada dalam kerajaanterutama yang menjadi gunting dalam lipatan.

Anonymous said...

Yang SPAD Buat tengok tengok lah sikit, lesen Manual Dan Otomatik tu sayas rasa ia menusahkan rakyat gak..

Anonymous said...

Satu lagi yang akan menysahkan Najib, ni lesen apa lak ni.. nak buat berapa kali lagi ujian memandu, sudah sudahlah susahkan rakyat dan DSN.. kementerian mana ha.. Pengangkutan Jalan.. cuba Cek sikit...

Anonymous said...

Lumrah Beb. Tiap kali dekat Pilihan Raya maka macam2 akta, macam2 peraturan baru, macam2 syarat dan denda, macam2 penarikan balik subsidi dan kelonggaran, macam2 sabitan dan tanggkapan, macam2 cukai tambahan, macam2 alasan naikkan harga barang keperluan dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan sektor jabatan awam. Cubalah bagi keseronokan dan kegembiraan sikit pada masyarakat awam. ITULAH JIKALAU JABATAN KERAJAAN DIMONOPOLI OLEH ORANG2 PR ... SABOTAJ BN SEMAHUNYA. RENONGLAH.

Anonymous said...

Camne dengan tali pinggang keleda belakang...kata kena saman klu tak pakai...tolong2 hebahkan

Anonymous said...

Menahan Mat Rempit Konon, beratus Moto ditahan dan diseksa pemuda pemuda ni berjalan menolak moto, itu bukan satu pengajaran tetapi mendera namanya, mereka akan ingat sampai bila -bila itu pasal benci kepada polis makin membiak....banyak cara lain yang positif boleh dibuat.. pikirkan lah polis.. ini juga akan membuat Najib dibenci.. kesianlah kat najib..akau tak pernah tengor seksaan ini dinegara-negara lain..

Anonymous said...

Saman pelbagai cara saman ada sman ekor, ada saman sain, ada saman berekor - ekor last last bayar separuh pun OK, ini bukan menguntungkan Individu yang disaman. Tapi toke - toke lori pasir gelak besar.. mereka ada beratus ratus saman,, setel beb.. ni yang buat individu itu lagi benci najib.. Najib buat pelbagai kebaikan tapi yang lain punahkan.. pikir pikirkan lah Najib

hangkedee said...

Saki baki species Tun dun Bodohwi

Anonymous said...

terlalu ramai manusia dalam era Najib ni bertopengkan pangkat dan kekuasaan , dalam diam mereka adalah barah dan racun kepada PM Najib !

mungkin mereka adalah legasi peninggalan Tun Abdullah tidur !! mungkin jugak mereka adalah orang2 pembangkang yang tanpa kita sedari adalah agen perosak dari dalam !!

PM kena dengar, PM kena lihat , PM kena fikir masalah ni , inimasalah bukan kecik anak , tapi adalah masalah hidup mati BN dan melayu umumnya , 60% pejawat awam adalah dari bangsa melayu !

singkirkan saja KSN tu ! KSN ibarat sokong membawa rebah , ibarat api dalam sekam , ibarat pagar makan padi !

wahai PM malaysia ..wahai PM Najib , dengarlah , SINGKIRKAN KSN TU sebelum nasi menjadi bubur !!!

Anonymous said...

Kenapa golongan jusa mendapat kenaikan yg banyak.....salah satu cara agar golongan ini tidak meninggalkan perkhidmatan awam setelah mendapat tawaran yg tinggi dari swasta....seorang pensyarah PHD mendapat gaji perkhiodmatan awam hanya lebih kurang RM10,000 sebulan, tetapi pihak swasta boleh memberi RM 20,000 sebelum di Malaysia dan RM 40,000 sebulan diluar negara....begitu juga dengan doktor-doktor pakar.......contohnya.jika seorang guru Gred 44 berhenti kerja hari ini, tidak menjadi masalah pada kerajaan menggantikannya kerana ramai lagi yg ada dipasaran, tetapi bagaimana pula dengan seorang professor yg berhenti, terlalu terhad yg ada dipasaran dan terpaksa membawa dari luar negara dengan kos yg tinggi....jangan ditanya pula seorang kerani kerajaan, tepi jalan pun bersepah yg boleh buat kerja mcm mereka....

Anonymous said...

Bukan SBPA sahaja tetapi juga berkaitan guru-guru yang sambung belajar beribu-ribu tidak dilantik dari tahun 2010 kerana bahana KSN ini. Konon dalam SPBA 20,000 lagi peluang sambung belajar ceh.. yang dah habis belum selesai. Minta TPM yang juga Menteri Pendidikan tengok kes ini jangan dok gila nak buat dasar baru sedang isu yang ada tak selesai bakal jadi bom pada BN.

Anonymous said...

kami dr kumpulan sokongan yg bekerja bagai nak gila..yg sudah puluhan tahun menunggu penyelarasan gaji yg agak boleh menanggung keluarga dlm menghadapi serba serbi mahal dan tinggi sekarang hanya sekadar 70.00 hingga 200.00 kenaikan,bayangkan puluhan tahun,ada kah relevan dgn sekarang?sekarang bukan zaman 60an....lg.yg tinggi dn kaya mau ditambah kaya lgi.yg rendah biar mampus..KSN bukan tau keperitan org2 bawahan..sebab dia dah serba serbi d tanggung kerajaan.Syabas PM perihatin utk ini...

Anonymous said...

Kemelut SBPA perlu diselesaikan sebelum PRU 13. Antara masalah SBPA adalah seperti berikut:

1. Kenaikan gaji yang terlalu berjurang ibarat langit dengan bumi bila kumpulan pegawai atasan naik sampai beribu-ribu ringgit sedangkan penjawat awam pangkat rendah naik beberapa puluh ringgit saja.

2. Tarikh pergerakan gaji tunggang langgang hingga kakitangan yang sepatutnya naik gaji bulan Januari tiba-tiba dalam SBPA, TPG (tarikh pergerakan gaji) pada April atau Julai malah lebih teruk ada yang paa Oktober, dalam tempoh 3, 6 dan 9 bulan itu berapa ratus dan ribu penjawat awam rugi setahun, malahan dalam tempoh sepanjang perkhidmatan ada yang akan rugi berbelas ribu ringgit akibat TPG macam orang gila.

3. Kekananan perjawatan tunggang langgang apabila kakitangan yang diselia, iaitu gred 17 tiba-tiba naik gred 27, sedangkan gred 22, 26 dan 27 sedia ada tak ada kenaikan apa pun, macam mana nak selia kalau kakitangan yang diselia sudah naik pangat lebih tinggi atau setaraf dengan penyelia? Ini akan merosakkan rantaian arahan di jabatan, entah siapa nak selia, siapa jadi penyelia, siapa yang kena selia, siapa keluar arahan, siapa yang terima arahan, entahlah, sebab kakitangan yang diselia sudah lebih tinggi atau setaraf dengan penyelianya. Operasi jabatan akan tunggang langgang, masyarakat akan mengamuk, kakitangan akan berang, semuanya ini nak memburukkan perkhidmatan awam dan memburukkan keadaan saja.

4. Kenaikkan untuk skim-skim tertentu saja, bagaimana pula dengan skim lain? kelayakan masuk sama, iaitu sijil, tak kiralah sijil apa pun janji sijil. Malahan kalau naik sama dengan gred penyelia seperti gred 27, macam mana pula dengan kakitangan gred 27 sedia ada yang ada diploma, malahan ada yang ada ijazah? Apahal gred 27 sedia ada ini tidak dinaikkan ke gred 32, dan gred 32 naik gred 36 serta gred 36 naik gred 40? Malahan gred 22 dan 26 apahal tak dapat kenaikan apa-apa sedangkan mereka adalah penyelia, patutnya gred 22 dan 26 kena naik lebih tinggi dari gred 27. SBPA memang tunggang langggang dan menyusahkan operasi jabatan saja. Sudahlah sebelum ini gred 22, 26, 27, 32, 36 tak dapat apa-apa kenaikkan pun sedangkan gred lain ada kenaikan itu dan ini, sekarang buat hal lagi nak hina gred penyelia dengan keadaan sebegini, ini apahal? Gred 17 yang naik 27 ini tak selia sesiapa pun, dia buat kerja dia saja, jadi mengapakah nak disamakan dengan gred penyelia yang menyelia ramai kakitangan di bawahnya? Tanggungjawab penyelia besar, tapi diperlakukan dengan hina, apa cerita? Perkara ini adlah penghinaan kepada penyelia peringkat rendah, sudahlah sebelum ini diperbuat macam-macam pada golongan ini, sekarang buat hal lagi, apa ingat kumpulan penyelia peringkat rendah ini tunggul ke apa nak diperbuat sesuka hati?

5. Kemudian exit policy berkenaan PDKA (Penamatan Demi Kepentingan Awam), mengapakah dalam perkara 9 hingga begitu kejam tidak membenarkan penjawat awam untuk hadir bagi membela diri? Mungkin dia diaianaya, kalau buat keputusan tanpa ada bela diri, teruk benar, macam diktator. Sekarang ini pun ramai orang yang bukan penjawat awam, bila tak dapat rasuah penjawat awam, mereka buat dajal dengan fitnah atau letak duit dalam kereta dan sebagainya, kalau tak dapat bela diri, seronoklah tukang fitnah jahanam itu sedangkan penjawat awam jadi mangsa. Lihat pekeliling perkhidmatan awam bilangan 13 tahun 2011. Patutnya yang kena exit policy adalah pegawai atasan yang buat SBPA ini, mereka menyalahgunakan kedudukan dan kuasa dengan membuat dasar untuk mempelahap semua manfaat dalam SBPA hingga dah penuh masuk dalam perut, isi dalam kocek, dah penuh kocek, bawa karung lagi, sisanya diberikan pada penjawat awam, mereka telah langgar aku janji, mereka patut kena exit policy.

Ada banyak lagi, isu dalam SBPA ini, nanti ada masa saya akan senaraikan lagi.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.
Penjawat Awam.

Anonymous said...

SBPA selagi tidak diselesaikan sebelum PRU 13 akan jadi bom jangka yang akan memusnahkan Barisan Nasional, PM patut ambil tindakan terhadap KSN, KPPA dan pegawai atasan di JPA yang buat dasar pandir seperti SBPA ini kerana mereka adalah petualang yang nak melingkupkan perkhidmatan awam, nak memburukkan nama baik kerajaan.

Dakwa KSN, KPPA dan pegawai atasan di JPA yang buat dasar untuk kepentingan diri mereka ini. Mereka telah langgar aku janji, iaitu melakukan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan manfaat secara tidak adil dan salah hingga boleh memburukkan imej perkhidmatan awam. Baca balik aku janji, tak tahulah kalau KSN, KPPA dan pegawai atasan di JPA tak tandatangan aku janji.

Apa pun KSN, KPPA dan pegawai atasan di JPA yang buat SBPA ini sengaja membakar sumbu bom di tepi Barisan Nasional, sekarang kerajaan kena cari jalan untuk padamkan sumbu bom berkenaan. Tugas yang sukar, kerajaan akan berhadapan dengan perkara yang getir kerana sikap melampau KSN, KPPA dan pegawai atasan di JPA yang buat SBPA perosak ini.

Anonymous said...

KSN dan KPPA serta pegawai atasan yang buat SBPA ini akan ketawa riang melihat Barisan Nasional tumbang pada PRU 13 nanti, puas hati mereka.

Anonymous said...

SBPA = Bom Jangka PRU 13 kepada Barisan Nasional.

Tukang bakar sumbu = KSN, KPPA dan kuncu-kuncu mereka.

BN dan kerajaan = terpaksa bersusah payah untuk padamkan sumb bom bekenaan untuk mengelakkan BN tersungkur pada PRU 13 kelak.

Tindakan = Pecat KSN, KPPA dan kuncu-kuncu mereka dan dakwa mereka di mahkamah kerana telah bertindak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan manfaat secara salah hingga bukan saja merosakkan perkhidmatan awam, malah memburukkan nama baik kerajaan.

Anonymous said...

Anonymous at: January 13, 2012 5:05 PM said...

Menahan Mat Rempit Konon, beratus Moto ditahan dan diseksa pemuda pemuda ni berjalan menolak moto, itu bukan satu pengajaran tetapi mendera namanya, mereka akan ingat sampai bila -bila itu pasal benci kepada polis makin membiak....banyak cara lain yang positif boleh dibuat.. pikirkan lah polis.. ini juga akan membuat Najib dibenci.. kesianlah kat najib..akau tak pernah tengor seksaan ini dinegara-negara lain..

------------------------------------

Patutnya panggil mak bapak budak-budak rempit itu sekali untuk sama-sama sorong motor ke balai polis sambil bergari, tak reti ajar anak, bila anak anda kena tangkap dan anda tuduh polis jahat dan kejam, sedarlah kalau polis tak tangkap, anak anda mungkin dah mati kemalangan, malah lagi teruk dia juga akan menyebabkan orang lain mati bila dia melanggar orang lain. Penjarakan ibu bapa mat rempit ini sekali sebagi pengajaran, supaya semua ibu bapa lain tak lepas tangan biarkan anak bekeliran macam anak tak ada ibu bapa. Anak yatim pun tak berperangai sebegitu, duduk elok-elok dirumah anak yatim, apahal anak yang ada mak bapak ini pula boleh bekelakuan macam tak ada mak bapa pula, bekeliaran macam tak ada rumah.

Ibu bapa sila ambil perhatian, sila jaga anda dengan elok, nanti jadi apa-apahal anda akan salahkan orang pula kononnya orang kejam pada anak anda sedangkan anak anda perangai macam hantu menyusahkan orang ramai.

Anonymous said...

Anonymous said...

Saman pelbagai cara saman ada sman ekor, ada saman sain, ada saman berekor - ekor last last bayar separuh pun OK, ini bukan menguntungkan Individu yang disaman. Tapi toke - toke lori pasir gelak besar.. mereka ada beratus ratus saman,, setel beb.. ni yang buat individu itu lagi benci najib.. Najib buat pelbagai kebaikan tapi yang lain punahkan.. pikir pikirkan lah Najib

January 13, 2012 5:17 PM

-----------------------------------

Undang-undang kena lebih tegas, tak boleh bagi muka sangat kepada pesalah, nanti makin naik lemak, saya cadangkan selepas kena saman buat kali ke tiga, mereka ini bukan saja didenda, malahan dihumban ke penjara selama 1 bulan sebagai pengajaran, tak serik dan tak insaf lagi, kena tangkap sekali lagi penjarakan 2 bulan dan beri 1 sebatan dan begitulah seterusnya hingga mungkin bertahun-tahun dalam penjaran dan dikenakan sebatan maksimum 20 sebatan biar tak boleh naik motor, naik kerusi roda di rumah saja.

Golongan yang melanggar peraturan ini hanya mendatangkan masalah kepada masyarakat saja, kepada golongan hak asasi manusia, tak payahlah nak kesian-kesian pada pesalah itu, kalau dikesiankan, tak kena pada anda sendiri tak apalah, kalau kena pada anda sendiri habis mati sekeluarga kecuali kamu, baru padan muka, baru nak minta polis ambil tindakan, pergi mampuslah, dulu tuduh polis kejam bila ambil tindakan terhadap pesalah, kalau sudah pesalah, buat jenayah, buat jahat, takkan nak layan elok-elok, bila dia buat jahat ada orang buat jahat secara sopan, rompak secara sopan, meragut secara lemah lembut, bertimbang rasa semasa membunuh, membelasah orang dengan penuh kasih sayang dan sebagainya ada begitu? Tak ada, orang jahat tak fikir hak asasi manusia pun bila buat jahat, bila kena tangkap biarkan mereka dihukum dengan sepatutnya, malahan penjara pun tidak setimpal dengan perbuatan mereka, patutnya mereka dihumban ke kandang singa dan dibiarkan dikeroyok hingga mati dengan tragis bagi orang-orang jahat yang terlalu kejam iaitu pembunuh, perogol, bapak ayam, pengedar dadah dan lain-lain penjahat yang kejam. Ini kerana penjara saja tidak sama dengan penderitaan mangsa pembunuhan, mangsa belasahan, mangsa dipaksa jadi pelacur, mangsa penagihan dadah yang mana keluarga mereka sekali jadi mangsa. Penagih dadah adalah golongan yang patut diselamatkan tetapi pengedar dadah adalah golongan yang perlu dimusnahkan kerana penagih dadah terainaya, sedangkan pengedar dadah adalah orang jahat yang tidak berhati perut.

Anonymous said...

Itu Pendapat saya sahaja supaya orang tidak berdendam dengan NAJIB, kalau kesalahan itu TIDAK Lazim Ditangkap jangan lah Tangkap. Kalau Cerita SAMAN itu semua bukan kesalahan yang lazim ditangkap,Bro..Saya hormati pendapat seiapa pun anda, tapi jangan memberi kesan Nagatif Kepada NAJIB sudahlah.. hati hati lah menggunakan kuasa anda... kita diperhatikan

Anonymous said...

Anon January 16, 2012 3:25 PM, kalau tak mahu orang berdendam dengan Najib pun, jangan sampai nak mempromosikan membela golongan yang melanggar undang-undang dan penjenayah, nanti kerana nak bagi Najib makin popular tapi negara akan punah ranah dan masyarakat akan lingkup serta tunggang langgang hingga negara menjadi kacau bilau dan tidak tenteram, kamu hendak ke anak cucu kamu hidup dalam keadaan yang tunggang langgang, kacau bilau dan huru hara hingga tidak dapat dikawal kononnya kerana hak asasi manusia yang tidak kena pada tempatnya itu seperti pemikiran kamu ini? Ada pemikiran, gunakanlah pemikiran dengan seeloknya, kalau tak reti bahasa akan menjahanamkan generasi akan datang saja.

Anonymous said...

bagus bagus bn jaga la yang mana kerja dgn kerajaan kami yang kerja di kilang dan sebagainya tak payah jaga la sebab undi kami bn tak nak kita tengok apa jadi lepas pilihan raya.aku dan kawanx dah benci dgn sikap kerajaan yg ada sekarang.bayak kemudahan semua untuk kerajaan sahaja

theprofessor said...

Amboi apa hebatnya kumpulan JUSA ni. Kalau tiada otak kerana menasihatkan pemimpin tidak memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun 2008, hinggakan BN kalah di lima negeri, bijak sangat ker mereka ini? Lulusan SPM pun boleh bekerja lebih cekap daripada geng JUSA ini. Jadi takkan mereka ini layak dapat kenaikan gaji RM5,000. Dah tu dapat elaun keraian sampai beribu dan bukannya dihabiskan untuk meraikan golongan yang layak tapi meraikan anak bini sendiri!

theprofessor said...

Saya rasa ejen-ejen dan talibarut Anwar Ibrahim durjana itu sudah bersarang di sektor-sektor penting dalam perkhidmatan awam. Mereka ini begitu yakin pakatan rakyat akan menguasai Putrajaya. Namun tinjauan di kalangan pakar-pakar fengshui sekata bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal menjadi Perdana Menteri. Kalau tak percaya, pergi tanya sendiri.

Anonymous said...

elok gak..koran2 buruk ni di simpan..nak baca tak boleh..nak buat tak tentu arah bedosa pulak..hehehe...memang ramai puak ni yg syok sendiri..hehehehehe

Anonymous said...

Hi there! I simply would like to give an
enormous thumbs up for the great data you’ve got right here on this post.

I can be coming again to your blog for extra soon.


My blog post - remington semi auto 22 cal