
Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu menyaksikan calon DAP memenangi kerusi seterusnya memecah monopoli BN dengan undi sebanyak 18,845 undi mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew yang memperolehi 18,447 undi.
Perbezaan undi sebanyak 398 undi sebenarnya mencerminkan BN perlu mengubah strategi jika mahu merampas kembali Parlimen Sibu pada PRU 13.
Penulis ingin memberi analisis secara relatif kekalahan BN pada pilihanraya ini. Penulis sebenarnya merasakan isu isu hangat 'Kalimah Allah', 'Kaum Cina akan dipinggirkan' dan sebagainya hanya memainkan peranan lebih kurang 10% hingga 20% dalam DAP berjaya memenangi kerusi Parliemn Sibu.
Isu isu di atas kurang 'emphasis' sebenarnya berbanding dengan isu isu yang akan diutarakan di bawah, pada pendapat penulis lah!!!
ISU CALON


Mungkin apa yang diutarakan oleh penulis kurang benar tapi perlu dititikberatkan kerana perkara yang sama berlaku seperti di pilihanraya Parlimen Hulu Selangor tempoh hari.
Robert Lau Hui Yew sebenarnya bukanlah calon tempatan sedangkan calon DAP Wong Ho Leng adalah pengundi tempatan. Beliau yang sebelum ini adalah ADUN Bukit Assek merupakan pengundi tempatan dan faktor ini sedikit sebanyak memainkan peranan penting untuk rakyat mudah berjumpa dan berkomunikasi.
Mendiang Robert Lau Hoi Chew juga dikatakan sudah terlalu lama memegang jawatan MP Sibu. Pengundi dilihat mahukan perubahan dari segi calon yang akan menggantikan beliau dan seorang anak tempatan. Calon DAP Wong Ho Leng lebih dilihat sesuai kerana telah bertanding di Sibu pada PRU lalu pada tahun 1995, 2004 dan 2008. Mungkin ini 'advantage' yang ada pada Wong Ho Leng kerana telah lama bertanding dan mungkin lebih memahami isu isu setempat.
PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD

Pendapat penulis mungkin agak kurang tepat namun ini adalah hakikat bahawa para pengundi di Sarawak mahukan 'new face' dan 'new talent' kerana beliau dilihat sudah terlalu lama menerajui Sarawak.
Tidak ada cacat cela pada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau dilihat sebagai peneraju Sarawak sekian lama. Beliau telah membawa Sarawak ke mercu kegemilangan di bawah tampuk pemerintahannya. Rekod beliau cukup cemerlang ... cukup cemerlang !!!
1) GDP Sarawak dari 1981 - RM 6.5 bilion kepada RM 19.7 bilion tahun 1995.
2) Kadar Kemiskinan Tegar dari 1995 - 31.9% turun kepada 7.5% tahun 1997.
3) Bekalan Air dari 1990 - 31.8% kepada 85% pada tahun 1995.
Namun sejak Allahyarhamah Laila Taib meninggal dunia akibat kanser pada 29 April 2009, beliau dilihat kurang bertenaga untuk mengendalikan politik dan ekonomi di Sarawak pada masa kini. Isu isu yang dimainkan oleh DAP sepanjang pilihanraya kali ini ( selain dari di atas ) seperti 'Logging Industry', 'Nepotism' dan 'Economic Domination' dilihat memainkan peranan penting kepada DAP berjaya memecahkan monopoli BN di Sibu.
BANGSA ULTRA KIASU

Seperti yang telah penulis utarakan sebelum ini selepas pilihanraya Parlimen Hulu Selangor, inilah sebenarnya faktor kekalahan BN yang besar dan sebenarnya !!!
(lihat posting UMWM Isnin, May 3, 2010 - PROFESSOR AMY CHUA BUKTIKAN MELAYU BERHAK TUNTUT ATAS DASAR MAJORITI dan posting Selasa, April 27, 2010 - PRK HULU SELANGOR : POST MORTEM 2 ... APA LAGI PENGUNDI CINA MAHUKAN !!!)
Cuma BN diingatkan supaya mengurangkan aktiviti 'entertain' puak puak kiasu ini. MCA dan Gerakan sepatutnya mengambilalih gerak kerja setiap kali pilihanraya kecil yang akan diadakan. Bukan UMNO !!!
MCA dan Gerakan sepatutnya 'tackle this issue right from the beginning ... not UMNO'. Adalah lebih baiknya BN lebih menumpukan kepada kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak dan juga kaum India kerana kaum kaum inilah yang akan memberi kelebihan cukup besar undi kepada BN. Bukan bangsa Ultra Kiasu !!!
MELAYU ATAS PAGAR.


