Thursday, May 23, 2013

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Rafizi Ramli untuk mengetepikan tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA).


Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit.

“Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti,” katanya.

Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.


Pada pendengaran rayuan itu hari ini, peguam R.Sivarasa, yang mewakikili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam.

Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja.

Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi.


Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar ‘The Star’, Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.

Pada 10 Sept tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.

Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 Nov tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.



sumber : BERNAMA



Artikel berkaitan PERLU DIBACA
Rafizi 'The Great Lembu PKR' Bakal DISEMBELIH KALI KEDUA






2 comments:

Anonymous said...

Kata pengarah Stretegi,tapi otak taroh kat kepala lutut.Akautan apa kalau tak tau apa itu BAFIA.Padan muka,ada kemungkinan hilang kelayakkan menjadi MP,dan kalau ia nya terjadi,pecah rekod MP yang terpendek jangkamasa tempohnya.Kes dgn Sharizat masih menunggu.Jangan ingat awak tu terror,masih ada orang yang terror lagi.Contoh terdekat Bos dia Rear Admiral mengelentongkan kaum mata sepet pada PRU 13.

Anonymous said...

Kata lawan tetap lawan ..tp....kenapa mohon batalkan pertuduhan ..takut tak terjawab kt mahkamah kerrr!!!.pas ni jawablah yerrr jangan x jawab.