Thursday, May 2, 2013

"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang," - Mejar Azmee Buang



Seorang pegawai tentera menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengaitkannya dengan tuduhan dakwat kekal pada jarinya hilang selepas mengundi awal semalam.

Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.

"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang.

AZMEE Buang (tengah) bersama rakan-rakan setugas menunjukkan dakwat kekal yang dicalit di jari mereka masih ada ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan merupakan individu yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali.


Read More, ANAK PELIWAT DAN PEMIMPIN GIGIT POLIS



Rasanya Peguam Negara dan pihak polis sudah mempunyai MOTIF DAN BUKTI yang cukup kuat untuk MENAHAN Nurul Izzah dan Tian Chua kerana MEMBUAT DAKWAAN PALSU dan cuba MENCETUSKAN PROVOKASI serta KETENTERAMAN AWAM.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) LAYAK digunakan terhadap dua EKOR MAKHLUK PKR ini ...

Pihak berkuasa disarankan agar tidak berlengah untuk keluarkan WARAN TANGKAP terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua.






9 comments:

Anonymous said...

PDRM dan SPR jangan tunggu lama-lama sangat bukti da ada untuk tangkap 2 ekor monyet PKR tu....Membuat laporan palsu dan fitnah terhadap SPR...Lokapkan mereka dulu baru monyet-monyet PR lain sedar diri...

Anonymous said...

kalau Tian Chua berbohong, kita masih boleh faham kerana bagi dai berbohong bukanlah berdose, kan, kan.

kalau seorang muslimah, terpelajar dan status Yb boleh terlibat dalam apa yang disyakki sebagai laporan palsu, amatlah tidak manis.

Anonymous said...

dah nampak nyata ciri ciri dia orang nak buat hura hara time pilihanraya nanti nie...hati hati semua

Muslim said...

Sape kate org kapir bohong tak dose, setiap maksiat berdose Islam atau kapir, bezanya org Islam yg berdose jika tak bertaubat atau tak terampun dosenye bila dah habis dibalas ade harapan ke Syurga. Kalau kapir, nak ke mane lagi, Neraka aje le tmptnye.

Unknown said...

LAWATI JUGAK > http://bnbesut.blogspot.com/ TQ ADMIN BLOG TUAN SAYA DAH LINK KE BLOG BN BESUT TQ

Anonymous said...

Masaalahnya kita ni terlampau lembut.terlampau nak bertolak ansur.kalau betul si Malaun jantan dan betina tu dah buat fitnah,apa tunggu lagi..saman aje.biar padan muka.

Unknown said...

2 eko tu memang penipu... kuat fitnah. jadi kite kena hati2.. apo lai??? tangkap je!

Anonymous said...

Depa sj buat provokasi dan cr psl dkt pru ni.klu kena tangkap dua ekor ni maka segala pencacai akan bangun dr kubur utk buat huru hara konon utk keadilan tp sbnrnya tlh dirancang jln ceritanya

Anonymous said...

Si Izah tu memang bongok pun.apa apa nak buat bukan dia nak fikir panjang.aku tau le perangai dia pasal sama tempat belajar.org lain bagai nak rak antar assignment tapi dia buat dont know aje.lecturer pun tak berani nak tegur.ialah anak TPM katakan.tau2 bolih graduate pulak.