GST ... IDRIS JALA MAHU BUNUH NAJIB DAN BN SEBELUM PRU-14
Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.
"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.
Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.
GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.
"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.
"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).
Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.
Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.
"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."
"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).
Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.
Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.
"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.
Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.
Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU. - ANTARAPOS, 17 MEI 2013
Sebelum kita MELOMPAT TAK TENTU HALA dengan lebih jauh, GWM paparkan dahulu SERANGAN PERTAMA Red Bean Army DAPigs melalui facebook dalam MENAKUT-NAKUTKAN rakyat mengenai Goods and Services Tax (GST) ini.
Lihat apa HARAM JADAH Red Bean Army DAPigs ini CUBA MENIMBULKAN PERSEPSI JAHAT untuk memburukkan kerajaan. Klik DAP BODOH
Inilah masalah jika tidak tahu membezakan diantara Goods and Services Tax (GST) dan Government Service Tax. Resit TESCO ini tertera Government Service Tax, dan bukannya Goods and Services Tax (GST). Goods and Services Tax (GST) BELUM DIIMPLEMENTASIKAN LAGI ... BAHLOL PUNYA CINA KIASU. (Kalau ada sesiapa yang rajin, tolong balun facebook Cina Kiasu ni).
Government Service Tax (GWM namakannya sebagai SST) sudah berpuluh tahun lamanya digunapakai oleh kerajaan. Cukai Jualan (Sales Tax) ini telah lama BERKUATKUASA sejak dari tahun 1972 (link SALES TAX ACT 1972). Begitu juga dengan Cukai Perkhidmatan (Service Tax) telah lama BERKUATKUASA sejak dari tahun 1975 (link SERVICE TAX ACT 1975).
Untuk makluman, kadar Cukai Jualan paling terkini adalah 10% (kemaskini sejak April 2008) dan kadar Cukai Perkhidmatan terkini adalah 6% (kemaskini sejak Januari 2011).
Bayangkan ... berapa ramai rakyat negara ini yang TIDAK MENYEDARI bahawa mereka telah MEMBAYAR 10% hingga 16% bagi barangan yang dibeli sejak berpuluh tahun lamanya. Kerajaan mahu mengimplementasikan Goods and Services Tax (GST) pada kadar 6% hingga 7%.
Masuk akal atau tidak ... Rakyat TIDAK PERLU LAGI MEMBAYAR LEBIHAN KADAR cukai ini.
Masih belum faham ...
GOODS AND SERVICE TAX (GST)
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala RAKYAT sudah pastilah tentang KENAIKAN HARGA BARANG disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Rakyat yang MATANG haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita MEMBANGKANG apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan. Salah kerajaan juga sebenarnya ... GAGAL MEMBERIKAN PEMAHAMAN sebenar mengenai Goods and Services Tax (GST).
Rakyat juga tidak seharusnya DIPERSALAHKAN, memandangkan MEDIA-MEDIA PERDANA GAGAL CEMERLANG memberikan penerangan yang sewajarnya. MEDIA-MEDIA PERDANA lebih banyak bermain dengan berita-berita politik.
GWM minta rakyat TINGGALKAN DAHULU politik partisan ... buka mata dan hati supaya mudah memahami apa itu sebenarnya Goods and Services Tax (GST). Tarik nafas panjang-panjang dan baca ...
CUKAI DI MALAYSIA
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. Goods and Services Tax (GST) terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).
APA ITU GST DAN SST?
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Rakyat sebenarnya selama ini membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.
Fakta yang perlu difahami ...
1) GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%.
2) Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia.
3) GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer).
4) Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi.
5) Cukai GST 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes).
6) SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda.
7) Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama dan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
PELAKSANAAN GST
IDEA melaksanakan GST ini mula DIBINCANGKAN pada tahun 2007 dan dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009. DITANGGUHKAN atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. juga DITANGGUHKAN atas dasar MENJADI BAHAN MOMOKAN PEMBANGKANG dalam menakutkan rakyat. Rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama.
Rujuk artikel Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST DI SINI.
Fakta yang perlu difahami ...
1) GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 6%-7% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan.
2) WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya.
3) Dengan PENGECUALIAN ini KESAN kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah MINIMA (atau tiada).
Perkara ini TELAH DINYATAKAN di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST. Klik DI SINI.
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
Fakta yang perlu difahami ...
1) GST perlu dilaksanakan untuk MELUASKAN kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung.
2) GST juga akan MENUTUP KELEMAHAN PENGURUSAN CUKAI cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion - BANGSA KIASU YANG BANYAK LARI DAN MENGELAT CUKAI INI) dan sebagainya.
3) Untuk makluman, 28 juta rakyat Malaysia KURANG daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%.
Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara:
Individu atau perseorangan yang membayar cukai pendapatan adalah SEDIKIT JIKA DIBANDINGKAN dengan mereka yang menerima MANFAAT DARIPADA KERAJAAN melalui BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain.
GST akan menjadikan SETIAP LAPISAN masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk MENYUMBANG kepada pendapatan kerajaan.
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
Fakta yang perlu difahami ...
1) Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar.
2) Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat.
3) Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka.
4) Program bantuan tunai daripada kerajaan ( seperti BR1M ) akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.
KESAN GST
Fakta yang perlu difahami ...
1) Contoh paling mudah, GST yang dilaksanakan di negara lain contohnya Singapura ( KLIK ), apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat.
2) Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan.
3) GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
4) Tiada lagi cukai SST 10% hingga 16% DIKENAKAN (kadar GST adalah 6% hingga 7%) yang MEMBEBANKAN pengguna berpendapatan rendah.
5) Konsep GST BUKANLAH menaikkan harga barang.
6) Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan.
Cuma GWM mahu MENEGUR SIKAP kerajaan yang GAGAL MEMBERIKAN PENERANGAN sewajarnya kepada rakyat mengenai Goods and Services Tax (GST) ini. Seperti yang telah dinyatakan di atas, MEDIA-MEDIA PERDANA JUGA GAGAL CEMERLANG memberikan penerangan yang sewajarnya. MEDIA-MEDIA PERDANA lebih banyak bermain dengan berita-berita politik.
Apa yang penting adalah KERAJAAN perlu melaksanakan Goods and Services Tax (GST) melalui satu tempoh percubaan (trial period).
Dalam pada itu, KERAJAAN perlu menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada Goods and Services Tax (GST).
Goods and Services Tax (GST) adalah dasar yang baik namun KERAJAAN perlu memastikan RAKYAT akan MENDAPAT FAEDAH ke atas cukai yang dibayar nanti.
Rakyat juga perlulah memahami konsep Goods and Services Tax (GST) sebelum kita MEMBANGKANG membuta tuli tanpa fakta dan asas ... macam MACAI-MACAI PR.
GWM juga ingin menegur sikap SESETENGAH BLOGGER PRO KERAJAAN yang tampak TIDAK MEMAHAMI Goods and Services Tax (GST) ini. Jangan takutkan rakyat jika tidak memahami fakta dan asas. Cukuplah MACAI-MACAI PR memberikan persepsi yang salah terhadap GST.
Kita perlu MENGKRITIK kerajaan. Mengkritik bukan bermaksud MENJAHANAMKAN dasar kerajaan kalau ianya BETUL dan MENGUNTUNGKAN kerajaan dan TIDAK MEMBEBANKAN rakyat pada masa hadapan.
Mengapa Singapura MAMPU melaksanakan Goods and Services Tax (GST) sejak dari tahun 1994 ? Tahun 2010 menyaksikan kerajaan negara itu MENGUTIP GST 84.2% daripada ORANG LUAR, 40% GST daripada mereka yang berpendapatan tinggi.
Takkanlah KERAJAAN begitu BODOH mahu melaksanakan sesuatu polisi YANG BOLEH MEMBUNUH DIRI ...
14 comments:
SAYA SALAH SEORANG APPROVED GST TRAINER DI MALAYSIA. SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN SAUDARA. SAUDARA SEMEMANGNYA FAHAM MENGENAI GST. KITA BERTANGGUNGJAWAB MEMBANTU KERAJAAN MENJELASKAN TENTANG KEKELIRUAN MENGENAI GST.
Salam tuan punya blog
Saya cadangkan saudara dan semua blog penyokong kerajaan selain dari menyiarkan atlrtikel dalam blog blog saudara.saudara dan pengkomen pengkomen yang menyebelahi kerajaan masuk ke blog blog puak puak pakatan yang banyak buat artikel finah beri komen dengan fakta yang saudara ada ini lebih baik biar penyokong mereka dapat fakta yang sebenar.apa yang saya lihat x dak satu pon yang buat macam tu.bila kita masuk patahkan fitnah dengan fakta lama lama penyokong totok mereka akan fikir dua kali.ini lebih baik insyaallah....
Saya berpendapat sekiranya blog-blog pro kerajaan gunakan kaedah viral spreading mengenai GST sama seperti yg digunakan oleh cyber-troopers red been army, anda boleh atasi atau at least sama par dgn pembangkang. apa yg perlu dilakukan adalah membentuk satu pasukan yang komited dan bersetuju untuk satu pandangan.
Bila nak GST ni? kurang la sikit cukai income tax.. idup BN!
Napa Kastam senyap je ni? Jangan takut kat puak2 DAP ni..Kalau diaorg menang pun, depa pun implement GST gak
Steady DS Idris Jala!
X kenal maka x cinta.. Itu la ungkapan yang biasa kita dengar. Kenali dulu, fahami dulu ape itu GST, sy pasti anda pasti suka. Jgn melatah tanpa kite betul2 faham ape itu GST. Sekian...
Nukilan - ****t
Sepatutnya Kerajaan perlu menampakkan usaha ke arah perlaksanaan GST bagi menggantikan sistem cukai tidak langsung sedia ada.
Kefahaman bukan sahaja perlu kepada rakyat, tp juga kepada wakil-wakil rakyat baik daripada parti pemerintah atau pakatan rakyat.
WE WANT GST!!! i love PM
Saya sgt setuju...saya pun mula2 tak faham gak ..tp geng2 pr kat ofis sy siap tepuk tgn lg kononny inilah hadiah kemenangan bn utk rakyat iaitu perlaksanaan gst..hakikatny mereka sgt percaya tohmahan n penerangan blog pr...sy harap utusan n berita harian dpt jelaskn spt diatas ttg gst..kalo boleh letak muka dpn..biar jd headline..sbb gst ni isu besar bg pembangkang...
Klau mcm ni saya sokong sngt2 psl GST ni ,mmang patut di hebahkan sprti iklan berbentuk animasi sekarang bukan saje org tua faham ank 2 pun tahu mcm iklan brim1,rumah pertamaku,ank2 sekarang bertanya.saya pun baru tahu ni,ya la bukan smua org kmpung mcm kami ni faham bahasa koprat ni klau tak diterangkan apa kerajaan nak buat .
Biar puak pembangkang nampak sangat bodohnya bila mereka menentang GST tak tentu pasal....kononnya pandai ekonomi...lepas tu bankang benda yang elok dan lebih adil....sebab apa? Sebab mati hidup mereka membangkang saja yang mereka tahu....
Gst menyusahkan rakyat miskin
GST x perlu d malaysia sebuah ngra yg kaya hasil bumi yg blh mnjana pndptn kerajaan dan hasilnya utk pmbngunn negara srta rkyt..
Kenapa kerajaan tidak jelaskn pd rkyt??? knapa diam ble pmbgkng mainkn isu gst ni?? tv1 tv3 susah sgt ke nak jelaskn? or kerajaan nk bt gst lain n ko trgkn gst lain?? pkirlah sndri rkyat malaysia..
Post a Comment