Monday, January 3, 2011


PAS boleh dikategorikan sebagai haiwan Musca Domestica (dengan kata lain ... lalat) kerana lalat akan makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan tahi ayam!

Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Cara paling mudah untuk mengenalpasti serangga ini adalah dengan melihat bendera berwarna hijau bertompok putih!


GWM yakin ini adalah definasi paling sesuai untuk parti PAS melihatkan dasar dan prinsip yang sering berubah mengikut cuaca politik semasa.

GWM cukup bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed.

Konsert Wali Band pada malam tahun baru mengesahkan PAS sebagai lalat yang akan makan, memuntahkan air liur dan menyerap kembali makanan ke dalam perutnya ... sama bukan!

Memang dasar tidak konsisten PAS yang pada suatu masa mengharamkan 100% konsert, kini dihalalkan mengikut acuan politik semasa. Termasuklah pergaulan lelaki dan wanita ... boleh terhenjut henjut dan main buka baju lagi ... dahsyat u!

Inilah Islam ala PAS. Lalat yang alim alim kucing memang sukakan benda yang kotor seperti tahi ayam walaupun cuba untuk menidakkan sifat semulajadi parti tersebut.

Tiada satu dasar yang tidak konsisten bagi PAS yang sering mendabik dada dan mendakwa PAS itu Islam, Islam itu PAS, dan lebih Islam daripada mana-mana dalam dunia ini.

Bukan GWM sahaja yang mempertikaikan dasar PAS, malah pencacai pencacai blogger PAS turut sama menempelak parti PAS. Dan ini salah satu darinya.


GWM tidak menyalahkan Wali Band kerana lagunya memang berunsurkan dakwah dan mengajak kepada kebaikan. Dan sudah menjadi dasar dan sifat semulajadi parti PAS. Apa yang dilakukan oleh BN adalah haram semata mata melainkan PAS, suci dan halal.

Konsert yang dianjurkan oleh Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan PAS Kelantan bertujuan membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Konsert itu diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin dan dihadiri kira-kira 5,000 orang. GWM puji langkah tersebut atas dasar untuk mengumpul dana dan membantu saudara sesama Islam kita yang dizalimi hampir 40 tahun.


Persoalan mudah ... mengapa konsert konsert amal yang dianjurkan BN bagi mengutip dana membantu saudara Islam kita diherdik, ditempelak, dicaci, dimaki hamun oleh lalat lalat PAS ini.

Apa beza konsert Wali Band dengan kerjasama PAS Kelantan berbanding dengan konsert konsert amal yang dianjurkan oleh BN? Wadahnya sama ... mengumpul dana dan membantu mangsa. Pun begitu memang tidak terlepas dari percampuran lelaki dan wanita asalkan tidak melampaui batas.

Bagaimana pula dengan aksi keterlaluan dan pergaulan lelaki dan wanita yang berlaku pada konsert Wali Band ... apakah PAS Kelantan sudah mendapat 'wahyu dari langit' ianya sudah menjadi halal ... hebat lalat lalat PAS ini!

Biarpun terikat dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998, aksi melampau seperti penonton membuka baju dan bercampur lelaki serta perempuan walaupun telah ditetapkan tempat duduk mengikut jantina, jelas kelihatan.

Inilah yang GWM pertikaikan dasar dan prinsip bolak balik parti PAS. Jadi memang benar dasar dan prinsip PAS selama ini sebagai 'hangat hangat tahi ayam'. Lalat lalat PAS memang gemarkan tahi ayam ... panas katanya.


Bukan itu sahaja ... PAS juga boleh diumpamakan sebagai lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (nama saintifiknya Hermetia Illucens). Lalat lalat askar hitam PAS umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.


Perumpaan yang paling hampir adalah dalam isu ADUN Selising. Lalat lalat askar hitam PAS ini gemar mengawan dan sudah menjadi tabiat semulajadinya.

Mengawan, lari, tak mengaku ... mengawan lari dan tidak mengaku ...


GWM : PAS itu lalat ... dan lalat itu adalah PAS! Bukan begitu!

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm


1 comments:

melayurayadaily said...

blog sdr telah dipautkan ke melayurayadaily.terima kasih kerana sdr telah memautkan mrd teruskan perjuangan jangan patah hati.