Thursday, January 27, 2011

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan berang dengan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Mala yang mengelirukan isu salam sehingga menjadi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Malaysia amnya. Ini merupakan sumber yang diperolehi dari jentera PAS Perak sendiri. Hasil temubual, mereka mengatakan Nizar akan berjumpa Cikgu Mala agar mendesak Cikgu Mala menarik semula kenyataannya berkaitan isu salam.



Nizar merupakan antara Pemimpin PAS yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang isu salam. Nizar dalam kenyataannya (sumber jentera PAS Perak) mendakwa dalam zaman serba moden ini Salam dibenarkan di dalam Islam dan tidak perlulah Cikgu Mala menggamatkan soal hukum hakam Agama ini kerana ianya sedikit sebanyak menberi tempias perli dan penghinaan terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang ini.

Cikgu Mala dikatakan sedikit sebanyak menghina beberapa Pemimpin Wanita Islam di dalam PKR yang juga seringkali bersalaman dengan lelaki. Nizar dikatakan mempersoal adakah seseorang wanita akan dianggap ahli neraka jika bersalaman dengan seorang lelaki?

Isu salam ini nampaknya juga akan menggoncang PAS dan Pakatan secara tidak langsung. PAS selepas bekerjasama dengan DAP dan PKR kelihatan lebih terbuka dalam soal Agama dan tidak lagi merujuk kepada Majlis Syura yang dibentuk dalam menjatuhkan sesuatu hukum.

Selain Nizar, beberapa pemimpin PAS sendiri kelihatan mudah bercampur gaul dengan wanita tanpa segan silu. Malah, beberapa pemimpin PKR yang beragama Islam sendiri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berjabat tangan walaupun berbeza jantina. Melayu CinDia menegaskan tuduhan PAS bahawa UMNO gagal menerangkan kepada MCA mengenai isu Islam terkena pada parti ini sebenarnya. PAS bukan sahaja gagal melaksanakan dakwah terhadap DAP, malah juga di kalangan pemimpin PAS sendiri seperti Nizar. Di canang 1Dunia bahawa PAS bersih dari dosa.

Adakah PAS selepas ini akan meminda fatwa mengenai isu Salam? Fatwa Haram Jadah.



Blogger Gelombang Rakyat

3 comments:

Panglima7 said...

Ko menghina Rasulullah SAW tak per...??? lantak pi laa kalau Nizar nak salam...yang ko nak heret cikgu Mala tuu apahal...ada akai ke?? Cakaplah mengikut nafsumu....kelak ditimpa azab Allah yang tak terperi sakitnya.

Anonymous said...

Bro, si Mala tu kan ke orang PAS? Orang2 PAS kan ke kuat menipu? So, gua rasa tindakan blogger tu betul. Teruskan Blogger yang budiman...

Anonymous said...

blogger yg budiman?? teruskan lah penulisan mu wahai blogger.. kerana setiap perkataan yg ditulis, fitnah yang tersebar.. kelak akan di hitung..