Monday, January 24, 2011


Salam buat Negarawanku Tun Dr Mahathir [ TDM ] ...

GWM merasakan sudah tiba masanya TDM perlu menginsafi diri dan menghentikan sebarang pertikaian dengan Lee Kuan Yew ...

Mengapa TDM masih lagi berdendam dengan Lee Kuan Yew sehingga tidak mampu menerima kenyataan Melayu Singapura amat menyukai Mentor Minister mereka.

Mengapa perlu diganggu gugat? Hentikan semua ini ...

Apakah TDM masih lagi terbuai terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh?

Melayu Singapura mempertahankan kedudukan mereka tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi!


Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana Lee Kuan Yew menjalankan amanah dengan telus!

Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.


Mengapa TDM mengatakan tiada orang Melayu dalam Kabinet Singapura ... Siapa kata!

Apakah TDM tidak menyedari usaha murni Lee Kuan Yew sebenarnya telah memujuk Perdana Menteri Lee Hsien Long untuk melantik 3 Anak Melayu ke dalam Kabinet Singapura!

Lihatlah TDM ... lihatlah dibawah ini ... bukankah mereka ini Melayu Singapura! Apakah TDM masih lagi mahu mempertikai Lee Kuan Yew ... mengapa TDM?






Nama sahaja bukan nama Melayu ... kerna sudah di'Singapork'kan !

Buangkan sifat dendam TDM ... dan sebenarnya, terdapat 4 Anak Melayu dalam Kabinet Singapura.

Apakah TDM masih lagi mahu GWM membuktikannya ... lihat TDM ... lihat lagi!



Apakah TDM masih lagi mahu membutakan mata ... Lee Kuan Yew sebenarnya adalah jelmaan Nik Aziz Nik Mat! Cuma tidak berserban ... Itu sahaja!

Sudahlah TDM ... hentikan perbuatan sia sia ini ... Biarkanlah Melayu Singapura dengan identiti mereka. Biarkanlah ...


Yang benar,


Bukan Melayu Singapura,

7 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Nyaya punye saranan. He...he...Tapi, kat mana mana, mahfuz tetap ada...Ha...ha..ha...

agbr47: TDM mesti demam malam nie.

Unknown said...

HE HE HE ...

SORI LA ! TAK DPT JUMPA UMA DI TENANG! BERTUGAS DI PERBATASAN!

Pejuang Revolusi 1957 said...

haha.. layan..
golongan elit singapuro berapa sangat?? boleh la cakap besaq..

tapi yang duk duduk rendah2 xnk pikir??

Anonymous said...

melayu singapork tu jelas2 dah jadi tunggangan pap mcm melayu pas yg ditunggang dap ler..........dah lama boleh faham feel mereka tu.

Anonymous said...

tu belum lagi pegawai tinggi kerajaan, >90% melayu, pegawai tinggi tentera, para peniaga, pegawai bank dan yang setaraf dgnnya. memang ramai melayu singapork yg maju. depa dengar saranan LKY, agar lebih kurang dlm agama, dah jadi mufti bagi org melayu singapork. sepatutnya TDM kena faham dan ingat, melayu singapork sangat berjaya di sana. lebih berjaya daripada melayu di malaysia. menjadi paderi, tidak terdapat di malaysia.

ISAC said...

Salam bro,

Siapa cakap hanya orang Melayu yang dapat subsidi di Malaysia???

Bila kerajaan tarik bali subsidi barangan kawalan secara beransur, bukan Melayu pulak yang lebih bersuara!!!

Yang curi subsidi dan sorok barangpun kebanyakkannya bukan Melayu...

Bingai @ Bangang said...

yang ramai-ramai sibuk pasal Melayu Singaporak tu apehal? TDM sebut sebab nak buat perbandingan jer. Bukan nak membela nasib Melayu Singaporak pun. Tak kuasa baiiii...

"lantak kita orang laaa..."

hehehe