GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/14/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PRESS CONFERENCE WEE CHOO KEONG ... SATU BOM MELETUP UNTUK PKR !

| Thursday, October 14, 2010

Berikut adalah kenyataan rasmi sidang akhbar Wee Choo Keong yang dibuat di Parlimen.

Now that Latheefa Koya has implicated me in the scandals surrounding the circumstances under which the Statutory Declaration (SD) of En Muhammad Rahimi bin Osman (Rahimi), one of the young former aides of YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, was obtained. I am compelled to respond to the immature and thoughtless acts of this desperate PKR young upstart who was trying so hard to implicate me in order to save herself from being prosecuted under the Penal Code for the subsequent SD of Rahimi purportedly sworn on July 1, 2008, two days after the first SD was sworn before me on June 29, 2008.

I shall call for a press conference today in Parliament to clarify this matter as I am now compelled to tell all.

I wish to categorically state that prior to the early hour of June 29, 2008 I have never met or spoken to Rahimi. At all material times I was never involved in the escorting Rahimi to upper floor of Quality Hotel, where YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Datuk Sallehuddn, the then PKR Secretary-General, Aser, an American, several others and I were.

Upon Rahimi arrival at the upper floor of the said hotel, he was immediately escorted by several others and YB Datuk Seri Anwar Ibrahim to another room on the same upper floor of the said hotel. After some time Rahimi was escorted out to the main hall where we were all stationed. En Saiful Izham Ramli, a lawyer and PKR leader in Kedah, introduced him to me. At that material time, he appeared to be nervous.


Rahim affirmed his first SD, which has been alleged by certain quarter to have been lost, before me at the early hour of June 29, 2008. In his first SD, he was only concerned about his security and there was no mention of the involvement of others before En Saiful Bukhari Azlan lodged the police report against YB Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomising him.

Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia :

Latheefa Koya telah melibatkan nama saya dalam skandal di mana Akuan Bersumpah (SD) En Rahimi Muhammad bin Osman (Rahimi), salah seorang mantan pembantu kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terdorong untuk memberi respon kepada tindakan kurang matang dan tidak bertanggungjawab beliau (Latheefa Koya) yang cukup berusaha keras untuk melibatkan saya demi menyelamatkan dirinya dari didakwa di bawah Penal Code bagi Akuan Bersumpah kali kedua Rahimi dimana Rahimi telah bersumpah pada 1 Julai 2008 , dua hari selepas Akuan Bersumpah pertama dibuat dihadapan saya pada 29 Jun 2008.

Saya memanggil sidang akhbar hari ini di Parlimen untuk memberi penjelasan sebenar setelah didesak untuk berbuat demikian.

Saya ingin menyatakan bahawa sebelum 29 Jun 2008, saya belum pernah bertemu atau bercakap dengan Rahimi. Pada awal kejadian, saya tidak pernah terlibat dalam membawa Rahimi ke tingkat atas Quality Hotel, di mana YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Datuk Sallehuddin, bekas Setiausaha Agung PKR, Aser, seorang rakyat Amerika, beberapa orang lain dan termasuk saya.

Setibanya Rahimidi tingkat atas hotel, beliau telah dibawa oleh beberapa orang termasuk YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ke bilik lain di tingkat yang sama hotel tersebut. Rahimi kemudiannya dihantar ke dewan utama di mana kami semua ditempatkan. En Saiful Izham Ramli, seorang peguam dan pemimpin PKR di Kedah, memperkenalkan Rahimi kepada saya. Pada saat itu , Rahimi tampak ketakutan.

Rahim menegaskan Akuan Bersumpah pertama beliau, yang didakwa hilang oleh sesetengah pihak, kepada sayapada 29 Jun 2008. Dalam Akuan Bersumpah tersebut, beliau amat khuatir mengenai keselamatan dirinya dan tidak ada menyebutkan penglibatan orang lain sebelum En Saiful Bukhari Azlan memfailkan laporan polis terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meliwatnya.

Sudah jelas disini bahawa Latheefa Koya cuba memalitkan najisnya sendiri kepada ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Latheefa Koya jelas membohongi rakyat dan cuba melarikan diri dari didakwa cuba memalsukan Akuan Bersumpah bertujuan mengheret Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah ke mahkamah.

Majlis Peguam (Bar Council) sehingga ke hari ini masih membisu dari membuat sebarang siasatan ke atas salah laku Latheefa Koya. Amat memalukan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga integriti para peguam dan Badan Kehakiman nyata menjadi pencacai, barua dan kuda tunggangan pihak pembangkang.

Perlukah kita mempercayai lagi kepada integriti Majlis Peguam? Majlis yang terang terangan sudah menjadi salah satu Funfair Pakatan Rakyat. Badan Peguam manakah yang perlu kita letakkan kepercayaan untuk menjalankan tugas secara adil, telus dan saksama tanpa ada campurtangan mana mana pihak.

Mungkin sudah tiba masanya Majlis Peguam perlu diubah namanya kepada Majlis Funfair Peguam Pakatan Rakyat!




Nota : Ada satu lagi bom atom yang akan dilepaskan oleh Wee Choo Keong. Tunggu berita seterusnya. ..


MELAYU ATAS PAGAR

PAS PERALAT ISTANA ... SEJARAH MEMBUKTIKANNYA !

|

”Raja dan politik tak boleh dipersatukan. Mengenai politik atau soal soal politik, Perlembagaan tidak membenarkan saya melibatkan diri” Sultan Azlan Shah, Disember 1985.

GWM bersimpati dengan nasib Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang dilucutkan anugerah DMSK oleh Sultan Kelantan. Pun begitu, Ibrahim Ali tidak pula merajuk malah meminta setiap ahli PERKASA supaya bertenang dan tidak mempertikaikan tindakan tanpa penjelasan lanjut dari pihak Istana.

Tengku Razaleigh (Ku Li) juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Kerajaan Negeri oleh Sultan Kelantan baru baru ini.

PAS awal awal lagi menafikan pembabitan parti tersebut dalam membuang para pemimpin yang berkebolehan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan sebelum PRU 13. Grand Design PAS kini adalah dengan menggunakan Istana sebagai langkah terakhir menjahankam imej UMNO di kaca mata Sultan Kelantan.


SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU

GWM ingin mengimbau kembali peristiwa malang yang berlaku pada 31 Mac 1989 mengenai perselisihan di antara Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, Datuk Mohammed Yaakub dengan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Datuk Mohammed Yaakub tidak dijemput untuk merafak sembah Sultan Kelantan dan menyampaikan taat setia sempena Hari Keputeraan baginda sedangkan beliau telah menyediakan teks ucapan berminggu minggu. Semua ini gara gara campurtangan PAS dalam Istana !

Sejak dari dahulu lagi, PAS lebih banyak mengajar orang Melayu mengenai Revolusi Islam dan tidak senang dengan Sistem Kesultanan yang dianggap Taghut dan Assabiyah kononnya.

Krisis bermula apabila Datuk Mohammed Yaakub menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad di mana Sultan Kelantan kurang senang dengan Perdana Menteri.

Parti PAS mengambil peluang terbuka ini sebagai modal politik dengan melagakan pihak Istana dengan menteri Besar Kelantan. Sokongan PAS kepada pihak Istana berpunca dari isu Majlis Muzakarah Islamiah yang telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kelantan serentak dengan Persidangan DUN Kelantan.

PAS mengambil peluang ini dengan membuat press statement dalam akhbar Watan 30 Mac 1989, yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Abdul Halim Abdul Rahman untuk tidak menderhaka kepada baginda Sultan Kelantan. PAS telah memfitnah bahawa UMNO telah memboikot Majlis Muzakarah yang dihadiri dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan.

”Kalau benar UMNO mempertahankan kedaulatan Raja Raja, kenapa mereka sanggup memboikot Majlis Muzakarah Islamiah yang disempurnakan oleh baginda Sultan” Abdul Halim Abdul Rahman, Watan 30 Mac 1989.

PAS menggunakan taktik cukup kotor dengan mengadakan Majlis Muzakarah Islamiah pada hari yang sama DUN Kelantan bersidang. Walhal keputusan hari berlangsungnya sidang DUN Kelantan telah dibuat dengan cop mohor beserta hitam putih sejak 2 bulan sebelum itu.

PAS menangguk di air yang keruh dengan membuat majlis tersebut beberapa minggu sebelum berlangsungnya sidang DUN Kelantan. Sepatutnya juaj juak ini mencari tarikh yang berlainan sebagai menghormati tarikh sidang DUN Kelantan yang telah ditetapkan.


Biarpun mereka tahu Mohammed Yaakub berada di tempat yang benar tetapi kerana kepentingan politik dan peribadi, imej dan nama baik Mohammed Yaakub perlu dijahanamkan secepat mungkin.

Dan pada hari tersebut, wakil dari pihak kerajaan Datuk Ahmad Rastom dipanggil untuk membaca ikrar taat setia sahaja dan tempat Mohammed Yaakub diambil oleh Datuk Mohammed Nasir.

Oleh kerana marah dengan senarai penuh jemputan anggota EXCO kerajaan negeri yang terdiri dari pemimpin UMNO tidak dijemput, maka 15 tokoh penting UMNO negeri telah mengambil keputusan untuk memboikot Hari Keputeraan Sultan Kelantan !

Mohammed Yaakub diaibkan dengan begitu teruk oleh parti PAS beserta dengan para pemimpinnya. Amat malang kerana mereka yang berjubah, berserban dan berjanggut ini boleh menggunakan cara Ala Yahudi ini semata mata memfitnah dan menjatuhkan imej Mohammed Yaakub didapan mata Sultan Kelantan.


SEJARAH KEMBALI BERULANG

PAS sebenarnya tahu bahawa sokongan terhadap parti semakin menyusut dan membimbangkan. Ditambah lagi dengan PRK Galas pada 4 November 2010.

Dalam masa beberapa bulan yang lepas, segala kepincangan parti PAS terutamanya PAS Kelantan dilondehkan oleh media massa dan para blogger pro Kerajaan satu demi satu. Nik Aziz dan para pemimpin dilihat sudah tidak mampu untuk menangkis segala bukti demi bukti yang tersiar di alam siber dan media bercetak.

Media wahid Pas, Harakah juga semakin banyak melampirkan cerita yang bercelaru fakta dan sifatnya. Editor Ahmad Lutfi Othman semakin lemas dan longlai dengan serangan bertalu talu dari UMNO. PAS sudah tahu bahawa mereka akan tewas besar pada pilihanraya di Galas.

Grand Design lama dipergunakan kembali untuk menjatuhkan para pemimpin UMNO malah Ibrahim Ali turut diseret ke kancah kandang fitnah dan pertarungan PAS. Hanya dengan menjahanamkan imej dan kaliber Tengku Razaleigh dan Ibrahim Ali, mudahlah bagi PAS mengekalkan momentum sokongan untuk parti

Bersabarlah Tengku Razaleigh dan Ibrahim Ali, kerana Allah Taala sedang menguji kesabaran mereka yang bergelar pejuang Melayu sebenar.

Bukan seperti pemimpin PAS yang berani memomokkan bangsa Melayu dan tidak bangga menjadi Melayu. Malah bersekongkol dengan bangsa yang tidak mengenang budi untuk menjahanamkan bangsanya sendiri. Cukup sadis !


Sumber rujukan :

AKHBAR WATAN (khazanah simpanan)
REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT, Syed Hussein AlAttas
BLOG PAPA GOMO http://www.papagomo.com/2010/10/live-temubual-bersama-tok-him-pas.html


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU