Sunday, October 31, 2010

Janji tinggal janji. Janji PAS pada media yang mereka tidak akan menyerang KuLi kerana menghormati beliau tidak ditunaikan. Agaknya terdesak sebab itu terus balun KuLi.

PAS dalam ceramah-ceramah politik mendakwa KuLi makan gaji buat selama 40 tahun sebagai Ahli Parlimen dan mendakwa KuLi hanya kenyang makan hasil duit rakyat. WOW.. Betul-betul marah PAS ni. Mungkin marah sebab PAS target KuLi akan bersama mereka semasa mengumumkan PRK DUN Galas dahulu.

PAS juga tertekan dengan strategi KuLi mendekati rakyat dan seperti kita sedia maklum, masyarakat di Gua Musang kebanyakannya amat menyanjung KuLi sejak dahulu lagi. PAS seolah-olah ketandusan idea dalam menjawab pelbagai isu terutamanya mengenai isu Tanah Ladang Rakyat.

Bukan sahaja PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pun yang dahulunya nyaris-nyaris cium mulut dengan KuLi turut membalun KuLi. Dikata KuLi pengkhianat kerana menyokong UMNO selepas tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Memanglah KuLi menyokong UMNO kerana beliau pemimpin UMNO di Gua Musang.

Sudahlah PAS. Pengaruh KuLi di Gua Musang amat besar. Tanyalah pada penduduk KuLi apa jasa beliau pada masyarakat Gua Musang. Jika hendak dibandingkan jasa KuLi dengan Nik Aziz, umpama langit dan bumi. Nik Aziz nak turun perkampungan orang asli pun takut. Takut kena tanam hidup-hidup di tanah mereka.


Post by... Melayu CinDia


5 comments:

Anonymous said...

ayat yg last lawak la beb.. patut la nikiy aziz takut melawat org asli.. bukan tkt kena tanam takut kena sumpitan maut g haha..

Anonymous said...

HAHAHHA.............Kelakar betul GWM nie...........

Kalau betul UMNO-BN sanjung KU LI yang bnyk berjasa pada GUA MUSANG dan negara, MENGAPA ..... KU LI di pinggirkan dari KABINET BN. Sedangkan KU LI bnyk pengaruh dan pengalaman saperti yang di ketahui. Kepakaran KU LI dalam ekonomi lebih terserah dari AWANG ADEK, HUSSNI ANAZIAH DAN MAMAK MOHAMAD NOR YAKCOB.

Kenapa satelah KU LI di lantik sebagai PENGARAH PRK GALAS, pujian melangit di berikan pada KU LI. Sedangkan selama nie...... dalam perhimpunan UMNO sendiri KU LI duduk di tempat perwakilan sahaja.

Dimana kah maruah UMNO. Bila nak di pakai KU LI baru di puji dan diberi sanjungan dan kedudukan.

Bila PRK GALAS dah selesai KU LI pula di GANYANG.

KESIAN PADA KU LI.

paku paki said...

Ku Li bukan dipingirkan ku li yg tak mahu kerana faktor umur tu lah duduk lagi dalam lambang pas pasai negara pun tak tahu nik aziz takut masuk perkampongan org asli kerana ada sebab org asli digua musang dan sekitar nya dah buat keranda dari kayu balak untuk di beri pada nik aziz sebab tu dia tak berani masuk kalau masuk juga aku tak tahu lah.

Anonymous said...

tak mustahil Ku Li PM Malaysia yang ke tujoh...bukan mudah nak mengayang Ku Li jgn ingat dia dah jatuh dia hanya mengukohkan kedudukan sebagai ahli parlimen Gua Musang siapa lg tokoh dalam UMNO yg mempunyai pengalaman dan ketokohan seperti Ku Li,...?

Anonymous said...

biasala tu! sampai hari ni pas hantar juak juak kecik masuk perkampungan org asli sogok duit. diaorg ingat bagi rm 200-rm 500 org asli makan duit haram tuh!