Monday, October 18, 2010

Tidak adil bagi GWM tidak membangkitkan isu ini, jika sekiranya masih ada pihak yang berulang kali menganggap dan menjadikan para blogger pro kerajaan sebagai musuh setiap kali ditegur.

Bukan bermaksud mahu bermusuh, jauh sekali membenci. Namun jauh di sudut hati, acap kali para blogger sering diperlekehkan dan dipandang remeh oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Agak sukar jika teguran dan pendedahan yang melibatkan pihak pemerintah terus dianggap sebagai musuh dalam selimut. Lantas, lebih afdal blogger berkenaan yang mengkritik ini terus dimatikan sahaja karektor dan imej atau dihumban ke dalam penjara.

Majoriti blogger pro kerajaan tidak pernah meminta baik UMNO mahupun Barisan Nasional mengangkat martabat para blogger ke satu tahap yang perlu diagung agungkan. Walaupun terdapat beberapa picisan blogger yang kemaruk bertuhankan wang dan kuasa, namun jumlah mereka ini adalah minoriti.

Lebih teruk lagi apabila blogger pro kerajaan ‘di angkat’ sebagai sampah oleh sesetengah pihak. Walaupun pernah di anggap sampah, namun tidak pula para blogger ini merajuk atau memboikot parti pemerintah.

Cukup besar peratusan di kalangan blogger pro kerajaan yang bergerak secara solo atas dasar sayangkan parti dan kerajaan yang memerintah. Dan mereka ini bergerak dengan menggunakan dana sendiri dan hasil pendapatan pekerjaan harian atas nama perjuangan.

Bukan mahu mengungkit, tetapi para pejuang alam maya ini sentiasa aktif mendominasi alam siber sejak dari tahun 2008 dan mungkin lebih awal lagi barangkali. Tidak pernah terdetik sekalipun didalam hati mereka ini mahu memboikot atau menjahanamkan imej dan sokongan kepada parti pemerintah.

Para blogger berjuang kerana percayakan kepada kerajaan yang memerintah, percayakan kepada falsafah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Terlalu banyak masa dan tenaga yang dikorbankan demi mengembalikan imej dan maruah UMNO dan Barisan Nasional. Maaf disebut, para blogger pro kerajaan lebih banyak membuat kerja dan homework jika dibandingkan dengan mereka yang selesa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Mengapa GWM menganggap sedemikian rupa ...

Kerana hakikatnya, para blogger ini juga terdiri dari mereka yang berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Mereka ini juga terdiri dari golongan yang berada di atas ‘pagar’ UMNO dan Barisan Nasional. Dan mereka ini yang masih skeptikal terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka ini berjuang melalui alam siber ! Mereka ini adalah pejuang di alam siber !

Para pejuang alam siber ini sentiasa bergerak secara konsisten. Setiap hari wajib ada artikel yang dikeluarkan berdasarkan liputan yang dibuat secara langsung (live). Artikel yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, kaji selidik (research) malah ada yang menjadi ‘private investigator’ semata mata untuk mendapatkan kesahihan berita sebelum dikeluarkan.

Ada juga blogger yang hebat melakukan ‘psy war’ terhadap pihak pembangkang sehingga termakan umpan! Sudah ramai blogger pro kerajaan yang menghasilkan artikel yang ternyata mantap dan berkaliber sehingga dipaparkan di ruangan akhbar dan media pro kerajaan.

Dan setiapkali berlangsungnya pilihanraya, para blogger inilah yang juga membuat tinjauan awal di kawasan tersebut tanpa di suruh oleh parti pemerintah. Dan setelah tamat pilihanraya, mereka ini juga yang paling akhir meninggalkan kawasan pilihanraya untuk membuat post mortem !

Walaupun serba serbinya kekurangan, tanpa ada bantuan dana dan sebuah ‘war room’, hakikatnya, para blogger ini adalah mereka yang cukup patriotik dan mempunyai semangat dedikasi yang cukup tinggi.

Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk belaka ... Tidak dinafikan, ada juga artikel yang dikeluarkan oleh sesetengah blogger lebih bersifat provokatif dan menjaja kepentingan peribadi.

UMNO dan Barisan Nasional perlu melihat dengan lebih jauh harapan dan cabaran yang digalas oleh para blogger. Terlalu banyak cacian dan makian yang diterima oleh blogger pro kerajaan. Lihat sahaja dalam ruangan komen oleh para pembaca.

Tidak ada satu pun komen dari pembaca yang ditapis bulat bulat. Walaupun diisytihar dan di’cop’ sebagai barua kerajaan, namun inilah hakikat perjuangan yang perlu dilalui. Setiap komen di anggap sebagai satu medan dan cabaran untuk menarik sokongan pengundi terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Berikanlah sedikit ruang kepada para blogger untuk menegur dan memberi pendapat terhadap parti pemerintah. Berbeza pendapat adalah kawan yang cukup baik. Bukan menjadi tabiat semulajadi para blogger untuk mensensasikan isu hangat parti pemerintah. Ini tidak benar !

Tidak ada gunanya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengilhamkan dan melaungkan ‘Model Politik Baru’ jika sekiranya UMNO dan Barisan Nasional masih belum demokratik mindanya.

Anggaplah teguran dan kritik dari para blogger pro kerajaan sebagai seorang adik yang mahukan ‘Abang Long’nya lebih bersifat terbuka, telus dan berani menghadapi kenyataan.

Anggaplah teguran dan kritikan sebagai cetusan rasa ‘generasi muda’ yang mahukan anjakan paradigma minda parti pemerintah.


MELAYU ATAS PAGAR

8 comments:

Anonymous said...

BRO !
Sayu hati bila membaca luahan yang dipaparkan.
Mengapa harus terjadi pekara yang sedemikian.?
Adakah blogger pro PR ada imunity dan blogger Pro kerajaan dianggap pembelot/sampah...

Huk huk huk sedeh lah bro...

Bagaimanapun kita jangan lemah semangat.
Kita akan bangkit dengan lebih GANAS lagi....



"blogenstarz"

izinkan copy:

Anonymous said...

saya adalah pembaca blog dan bukan penulis blog tetapi sy kerap mengutarakan komen yang boleh dikongsi. sy merasa amat sedih dalam hal ini. sikap double standard sepatutnya tiada lagi dalam alam maya ini. kalau bloger peracun pembaca sebenarnya pembaca tahu memilih yang mana benar atau salah dan juga unsur jenaka. kami bukanlah bodoh sgt tetapi laman blog ini memberi kami input yang berguna berkaitan politik masakini. kami tidak berpolitik tetapi mencari kedudukan politik matang masakini. sekiranya ini pihak BN mengatakan menyusahkan mereka sepatutnya blog2 mereka mestilah lebih aktif dalam mengutarakan perkara yang baik. mana perginya blog BN dari semua daerah DUN dan Parlimen. boleh bilang dengan jari dan kalau yang ada berapa ramai yang aktif untuk memberi kami maklumat. tiada langsung. tiada input pun. kalau ada pun nun tarikh tahun 2009 yang kami masih dok baca dan tiada langsung yang terkini. nak harapkan bloger BN tu.. malang sungguh. PM macam nak putus urat tekak supaya gunakan media baru apa yang bloger BN buat kalau bukan bloger2 ini yang memberi input kepada kami. kepada Menteri yang bertanggungjawab.. kami pembaca blog berharap kalian semua jangan bermimpi sahaja.. nak harapkan kamu datang ke kampung xde langsung. Bila PM turun baru kamu turun so input terbaik adalah blog2 ini. membebelpun xde guna so untuk bloger pro kerajaan berikan kepada kami input yang terbaik untuk kami dapat menilai siapa yang patut kami sokong

kontolan said...

Go on bro..aku akan sentiasa menyokong bro & rakan2 bro yg lain..teruskan perjuangan...ayuhh!!!!!

hilbert said...

Salam GWM,

Saya setuju sangat dengan tulisan anda ini..hrap Rais Yatim fikirkan perkara ini..

Unknown said...

TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN DAN SOKONGAN DARI SAUDARA SEMUA.

UNTUK MAKLUMAN, GELOMBANG WANGSA MAJU TIDAK PERNAH PUTUS ASA WALAU SESAAT SEKALIPUN. PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN SEPERTI BIASA.

GELOMBANG WANGSA MAJU BERGERAK SELARAS DENGAN CABARAN DATUK SERI NAJIB YANG MAHUKAN LEBIH BANYAK SOKONGAN DARI RAKYAT DAN MEMBONGKAR PERMAINAN WAYANG PEMBANGKANG.

APA YANG DIUTARAKAN ADALAH KELUHAN BLOGGERS PRO KERAJAAN YANG MAHUKAN SEDIKIT SAHAJA PENGHARGAAN JIKA SEKALIPUN TIDAK SETIMPAL DENGAN USAHA KERAS YANG DIBERIKAN.

UCAPAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA RAKAN RAKAN YANG MEMBERI KOMEN.

ANDA SEMUA ADALAH PEMBAKAR SEMANGAT GWM UNTUK TERUS BERJUANG.

SALAM PERJUANGAN ...

BLOGENSTARZ ... WE ARE HONOURED BY YOUR REQUEST!

Anonymous said...

Bro..... siapa kata, Para blogger berjuang kerana percayakan kepada kerajaan yang memerintah, percayakan kepada falsafah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Tu bukan blogger kata. Tu lu yg cakap. Blogger tulis dari luahan hati mereka kepada apa yang mereka fikirkan. Terpulang kepada pembaca blog menilaikan samada betul, jenaka, lucu, lucah (mcm lu),membina atau membangkang

Lu silap tulis le BRO.....

Idealismalaysia said...

salam perjuangan

sayas setuju ramai bloggers di luar sana bergerak secara solo dan tidak mengharapkan apa-apa balasan... dan niat kami kerana Allah SWT...

UMNO tak ada usaha untuk gabungkan KESELURUHAN kekuatan bloggers pro kerajaan... sebaliknya CENDERUNG KEPADA BEBERAPA BLOGGER yg menagih 1001 balasan... ko tau la sapa! itu SILAP BESAR...

Pakatan Rakyat semasa bulan syawal lalu telah mengadakan perjumpaan tertutup pasukan "cyber-war" mereka dan mereka merancang dengan tersusun dan disokong jaringan yg baik serta serba "sedikit" bantuan unttuk gerakan meracun pemikiran rakyat...

Kalau UMNO rasa "cyber-war" sudah tidak lagi penting... jelas iu KEBODOHAN YANG AMAT oleh UMNO... so jgn nangis sbb pasti berulanglah peristiwa 2008 kerajaan kehilangan majoriti 2/3... lepas ni hilang majoroti mudah pulak pada 2012 he he he...

Apapun medium penerangan terbaik kini adalah internet kerana bagi kami ia akses mudah, tepat dan pantas... RTM dan Akhbar sudah jatuh di rating ke 2 dan 3...

Perjuangan adalah demi kebenaran... bloggers bukan lembu UMNO untuk dcucuk hidung... so tirulah syaidina Umar yang terbuka meminta teguran bukan pujian...

teruskan perjuangan

Anonymous said...

bro anon 1.44am

gua pun blogger gak. dan gua tulis kerana percayakan umno dan bn patut terus diberi mandat memerintah. kalau lu tak percaya sama gomen, buat apa lu tulis blog. abis lu bersandarkan kepercayaan lu pada sapa. kalau lu blogger pembangkang pun, lu akan sandarkan kepercayaan lu pada pembangkang.

i think lu silap bagi ulasan la bro!