

Cerita basi yang kerap diulang pembangkang hampir setiap kali pembentangan belanjawan negara oleh kerajaan adalah Bajet pilihan raya. Mereka juga akan mendakwa belanjawan yang memberi manfaat kepada rakyat sebagai ’ gula-gula’ bagi memenangi hati rakyat supaya mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 13 nanti.



“Ooo...Bajet pilihan raya kecil...kita tak tahulah (berseloroh). Memanglah sebelum belanjawan diumumkan, kita ada pilihan raya. Apa diumumkan Perdana Menteri bukan tujuan lain (untuk pilihan raya) ,” ujarnya ketika wartawan membangkitkan soalan mengenai dakwaan pembangkang pada sidang media di Lobi Parlimen, Jumaat. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri itu, semua peringkat tahu nikmat dan faedahnya. “Apa diumumkan Perdana Menteri tadi bukan atas tujuan lain selain memberi tahap kemajuan dan memberi kehidupan lebih selesa di masa depan,” katanya.
Menurut Muhyiddin, Bajet 2011 mencakupi masyarakat bandar dan di luar bandar termasuk sekotr-sektor sektor utama. “Kita merasa yakin bahawa belanjawan ini adalah belanjawan rakyat dan faedah maksimum akan diperolehi dengan pelaksanaan lebih ifisien oleh jabatan dan agensi kerajaan. Katanya, ini petanda pimpinan BN prihatin terhadap kehendak semua peringkat masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangkang memang takut dengan kupayaan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara untuk rakyat sebab itu isu bajet pilihan raya kerap timbul.
“Tarikh akhir pilihan raya pada 2013, ini Bajet 2011. Pembangkang memang risau keupayaan kerajaan apabila dapat keluar negatif pertumbuhan kepada tujuh peratus. Bagaimana kita cari RM 212 bilion untuk perbelanjaan kerajaan dan semua rakyat dapat manfaat. Jika bajet seumpama ini yang menjangkau semua pihak diteruskan setahun dua lagi, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada pembangkang,” sindirnya.
Katanya, pembangkang tidak boleh terima apabila kerajaan memikirkan yang terbaik setiap tahun sebab itu menuduh semua adalah bajet pilihan raya.
Post by... Melayu CinDia
4 comments:
Mmg di akui pengumuman "Belanja Wang Negara" 2011 oleh Najib semalam ada kebaikan dan keburukan nya. Apakah manfaat nya NAJIB memberi pelepasan kepada cukai "seluar dalam, baju dalam dan baju tidur". Adakah rakyat dan para peneroka selama nie membeli seluar dalam baju dalam (coli) dan baju tidur dengan harga yang melebihi Rm 500 sehelai saperti yang di nikmati oleh Rosmah Mansur (RM) dan isteri2 Menteri Kabinet yang lain. Selama nie rakyat sedar dan mampu membeli seluar dalam, baju dalam dan baju tidur mengikut kemampuan mereka saja. Tidak kah NAJIB boleh menurunkan harga bersa, gulu dan tepung yg merupakan keperluan asas rakyat MALAYSIA. Rakyat memerhati dan akan menilai apa yang di buat oleh para PEMIMPIN. Jangan satu hari nanti kerajaan marah pada rakyat kerana tidak bersyukur kepada apa yang rakyat beri selama nie. PENGUMUMAN sedap di dengar. Tapi bila perlaksanaan nya rakyat yang tanggung akibat nya. Bynk yang terlepas kepada kroni dan harga projek automatik akan melanjak naik dgn tiba2. Fikir2 kan lah semua ini selagi kita rakyat Malaysia. Jika betul, rakyat tidak marah, jika salah rakyat akan memberontak
betul kata anonymous
nak salahkan orang memang senang. cuba kita duk kat tempat PM boleh ke? kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dah dapat. soal kroni selagi dinamakan manusia ianya takkan bernoktah. terpulang kepada keimanan. hatta dalam PAS sekli pun. sebab semua tak pk akan balasan di SANA dek kerana tidak amanah di dunia. tepuk dada tanya selera. tak boleh nak sokong 100% anon 10:53 sebab bajet 2010 menunjukkan keperhatianan kerajaan pada semua. kalau semua nak murah kalau boleh nak free g cari negeri lain.
yeezy boost
supreme clothing
longchamp handbags
vans shoes
moncler coat
yeezy boost 350
retro jordans
kyrie 5
curry 6 shoes
converse shoes
Post a Comment