Wartawan yang membuat liputan pembentangan Bajet setiap tahun sudah tahu apa yang nak tulis apabila minta komen pembangkang . Kata orang cuma ubah lirik,nada dan iramanya tetap sama – hentam apa saja. Datuk Seri Anwar Ibrahim masih hidup, Lim Kit Siang masih lagi Ahli Parlimen, begitu juga Karpal Singh dan Datuk Seri Hadi Awang.
Cuba tanya Anwar sepanjang lapan tahun menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1990 sampai 1998 pernah tidak puak-puak pembangkang memberi secebis puji Bajet yang dibentangkannya apa lagi nak kata ia cukup best dan mantap.
Macam Ketua Pembangkang tu tibai Bajet 2010 sebagai ‘bajet yang tidak bertanggungjawab’ macam tu Kit Siang semasa jadi Ketua Pembangkang dulu tibai depan belakang bajet yang pernah dibentangkannya. Sebagai ‘saudagar mimpi’ – istilah yang digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang penutup pembentangan bajetnya Jumaat – yang jelas merujuk kepada janji kosong pembangkang yang kini ditabur di sana sini,mereka tahu macam-macam pengumuman baru yang menarik dalam bajet 2010 pasti 'kasi rosak program.'
Cerita basi yang kerap diulang pembangkang hampir setiap kali pembentangan belanjawan negara oleh kerajaan adalah Bajet pilihan raya. Mereka juga akan mendakwa belanjawan yang memberi manfaat kepada rakyat sebagai ’ gula-gula’ bagi memenangi hati rakyat supaya mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Beberapa hari lalu sudah mula kedengaran suara-suara sumbang tohmahan begini. Lojiknya mana-mana kerajaan yang memerintah pasti akan membentangkan bajet seperti pilihanraya akan diadakan esok. Kalau Anwar,Kit Siang,Karpal Sing dan Haji Hadi duduk di Putrajaya itu juga matlamat bajet mereka.
Adakah bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” yang dibentangkan oleh Najib itu memenuhi kriteria yang dibimbangi pembangkang PRU ke 13 sudah terlalu dekat. Malah untuk bikin gempak mereka sudah meminta semua bersedia pada kemungkinan ‘ snap poll’ 2 pilihanraya umum mengejut.
Bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet dari rakyat hasil respons Perdana Menteri itu terhadap pandangan rakyat negara ini.
“Ooo...Bajet pilihan raya kecil...kita tak tahulah (berseloroh). Memanglah sebelum belanjawan diumumkan, kita ada pilihan raya. Apa diumumkan Perdana Menteri bukan tujuan lain (untuk pilihan raya) ,” ujarnya ketika wartawan membangkitkan soalan mengenai dakwaan pembangkang pada sidang media di Lobi Parlimen, Jumaat. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri itu, semua peringkat tahu nikmat dan faedahnya. “Apa diumumkan Perdana Menteri tadi bukan atas tujuan lain selain memberi tahap kemajuan dan memberi kehidupan lebih selesa di masa depan,” katanya.
Menurut Muhyiddin, Bajet 2011 mencakupi masyarakat bandar dan di luar bandar termasuk sekotr-sektor sektor utama. “Kita merasa yakin bahawa belanjawan ini adalah belanjawan rakyat dan faedah maksimum akan diperolehi dengan pelaksanaan lebih ifisien oleh jabatan dan agensi kerajaan. Katanya, ini petanda pimpinan BN prihatin terhadap kehendak semua peringkat masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangkang memang takut dengan kupayaan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara untuk rakyat sebab itu isu bajet pilihan raya kerap timbul.
“Tarikh akhir pilihan raya pada 2013, ini Bajet 2011. Pembangkang memang risau keupayaan kerajaan apabila dapat keluar negatif pertumbuhan kepada tujuh peratus. Bagaimana kita cari RM 212 bilion untuk perbelanjaan kerajaan dan semua rakyat dapat manfaat. Jika bajet seumpama ini yang menjangkau semua pihak diteruskan setahun dua lagi, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada pembangkang,” sindirnya.
Katanya, pembangkang tidak boleh terima apabila kerajaan memikirkan yang terbaik setiap tahun sebab itu menuduh semua adalah bajet pilihan raya.
Post by... Melayu CinDia
4 comments:
Mmg di akui pengumuman "Belanja Wang Negara" 2011 oleh Najib semalam ada kebaikan dan keburukan nya. Apakah manfaat nya NAJIB memberi pelepasan kepada cukai "seluar dalam, baju dalam dan baju tidur". Adakah rakyat dan para peneroka selama nie membeli seluar dalam baju dalam (coli) dan baju tidur dengan harga yang melebihi Rm 500 sehelai saperti yang di nikmati oleh Rosmah Mansur (RM) dan isteri2 Menteri Kabinet yang lain. Selama nie rakyat sedar dan mampu membeli seluar dalam, baju dalam dan baju tidur mengikut kemampuan mereka saja. Tidak kah NAJIB boleh menurunkan harga bersa, gulu dan tepung yg merupakan keperluan asas rakyat MALAYSIA. Rakyat memerhati dan akan menilai apa yang di buat oleh para PEMIMPIN. Jangan satu hari nanti kerajaan marah pada rakyat kerana tidak bersyukur kepada apa yang rakyat beri selama nie. PENGUMUMAN sedap di dengar. Tapi bila perlaksanaan nya rakyat yang tanggung akibat nya. Bynk yang terlepas kepada kroni dan harga projek automatik akan melanjak naik dgn tiba2. Fikir2 kan lah semua ini selagi kita rakyat Malaysia. Jika betul, rakyat tidak marah, jika salah rakyat akan memberontak
betul kata anonymous
nak salahkan orang memang senang. cuba kita duk kat tempat PM boleh ke? kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dah dapat. soal kroni selagi dinamakan manusia ianya takkan bernoktah. terpulang kepada keimanan. hatta dalam PAS sekli pun. sebab semua tak pk akan balasan di SANA dek kerana tidak amanah di dunia. tepuk dada tanya selera. tak boleh nak sokong 100% anon 10:53 sebab bajet 2010 menunjukkan keperhatianan kerajaan pada semua. kalau semua nak murah kalau boleh nak free g cari negeri lain.
yeezy boost
supreme clothing
longchamp handbags
vans shoes
moncler coat
yeezy boost 350
retro jordans
kyrie 5
curry 6 shoes
converse shoes
Post a Comment