Sunday, October 10, 2010


GWM mencabar Wee Ka Siong untuk berterus terang siapakah yang beliau maksudkan dengan “pulau dan hukum lelaki primitif”.

Pada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA ke 46 malam tadi di Wisma MCA, beliau menghamburkan gesaan untuk memulaukan kumpulan pelampau yang disifatkan sebagai “lelaki primitif”.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari portal Malaysian Insider:
“Sebenarnya, mereka melakukan semua itu untuk kepentingan peribadi dan semua itu dilakukan dengan mengorbankan perpaduan rakyat yang boleh menjejaskan pembangunan dan masa depan negara,” katanya sambil melabelkan kumpulan itu sebagai “lelaki primitif”.

Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.

GWM cukup berani mengatakan ucapan beliau ini ditujukan secara spesifik kepada PERKASA yang memperjuangkan Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu. Secara tidak langsung, momokan beliau ini ditujukan khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Penaung PERKASA.


GWM sifatkan kenyataan beliau sebagai celupar, kurang ajar, kurang pendidikan dan bersifat rasis. Tun Dr Mahathir turut diheret beliau sebagai primitif atau dengan kata lain tidak bertamaddun!


PEMIKIRAN YANG PRIMITIF

Orang Melayu belum tentu melupakan betapa celuparnya mulut Wee Ka Siong yang mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar pelajar Melayu yang dianggap sebagai tidak sehaluan dengan konsep 1 Malaysia.

Bagaimana mungkin seorang Timbalan Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan sebodoh itu. Ini jelas menunjukkan tahap pemikiran beliau masih lagi bersifat primitif (tidak bertamaddun ) dan kurang pendidikan.

Kebiadaban Wee Ka Siong bukan sahaja mempersoalkan hak orang Melayu malah turut sama sekali mempersoalkan dan memperlekehkan apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Wee Ka Siong juga terlupa dengan kenyataan primitif Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen “memang celaka betul” terhadap PERKASA. Pernahkah PERKASA berkata sedemikian rupa kepada MCA, Suqiu, Dong Ziong dan Jiao Zong ?

Betapa dangkal dan dungu tahap pemikiran pemimpin pemimpin MCA ini sepatutnya tidak layak untuk berada di dalam Barisan Nasional. Mereka ini lebih layak untuk berada di dalam parti DAP !


SIAPA SEBENARNYA LEBIH PRIMITIF

Barangkali Wee Ka Siong terlupa dengan pertubuhan NGO Cina yang bersifat primitif, eksterimis, rasis dan chauvinis seperti Dong Ziong dan Jiao Zong.

Apakah tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang terus terang menolak Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep vernacular mereka bukan bersifat primitif ?

Kerajaan berhempas pulas mahu menyatukan dan memupuk perpaduan di antara kaum melalui Sekolah Wawasan tetapi Jiao Zong dan Dong Ziong masih berfikiran primitif menolak sama sekali usaha murni Kerajaan. Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki.

Apakah 83 tuntutan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia) yang tidak munasabah ini bukan bersifat primitif ?

Pertubuhan inilah yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.


Apa yang nyata, ketiga tiga pertubuhan NGO Cina ini mempunyai pemikiran orthodoks dan kekampungan. Lebih tepat pertubuhan NGO Cina ini adalah dari golongan kaum primitif kerana masih lagi mempunyai pemikiran seperti manusia Zaman Batu tidak terbuka dan tidak mahu menerima Perlembagaan Persekutuan.

Tiada yang lebih layak untuk digelar primitif selain dari ketiga tiga pertubuhan NGO Cina kerana mereka inilah kumpulan kumpulan pelampau sebenarnya.


SIAPA LELAKI PRIMITIF ?

Melabel PERKASA sebagai kumpulan pelampau dan primitif bermaksud melabel negarawan seperti Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak bertamaddun. Atau sememangnya ayat mengatakan “dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara”.ditujukan kepada Tun Dr Mahathir.


Bukankah skandal seks dan video terlampau Presiden MCA itu lambang sebenar pemikiran dan perbuatan kaum primitif dan tidak bertamaddun. Hanya mereka yang bertamaddun sahaja yang mampu berfikir dengan baik dan tidak mencemar nama baik keluarga dan parti ?

GWM sekali lagi mendesak dan mencabar Wee Ka Siong untuk menyatakan dengan tepat siapakah yang beliau maksudkan dengan “lelaki primitif”. Jangan berselindung di sebalik kata kiasan.

Itupun jika beliau anak jantan dan berani berbuat demikian.


Sumber rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/144833
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=2417
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=2436


MELAYU ATAS PAGAR

16 comments:

Anonymous said...

Wee Ka Siong lebih primitif dan dayus,,, BACUL...

amieiezam said...

nampak mcm berani dan tegas tapi MENANGIS JUGAK HARI TUH... balik tongsan la WKS

Melayu Pasir Gudang said...

Pengundi di Parlimen Ayer hitam akan menghukum We Ka Siong dlm PRU 13 nanti. Ingatlah kau menang kerusi Parlimen itu atas ikhsan orang Melayu.....so PRU 13 selamat belayar Ka sial.

Anonymous said...

tu arrr...puak puak ni patut di sunatkan je...baru faham mana primitif..mana tak primitif....

Anonymous said...

pimitif? sial gila setan ni..
ye tun mmg berfikiran primitif..klau x dek org tua yg berfikiran primitif tu x merasa lah dia dok shopping2 kat klcc tu..x merasa lah dia nak jejak kaki kat putraja dan byk lagi lah..celaka la kau.

Pemerhati said...

Najib rombak kabinet dan gugurkan Wee Kah Siong!

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah

Maaf PAB berkata2 :

The Baby Boy MCA menyalak lagi..

PAB nk ingatkan sesuatu kpd 'The Baby' Ka Siong. Jgn sentuh isu perkauman lagi krn ia akan meudahkan lagi 'The Baby' Ka Siong tersungkur di Ayer Hitam.

Ingat..yg menangkan kamu di PRU12 adalah undi melayu...so..lu fikirlah sendiri

Anonymous said...

jangan di harap dengan MCA. mereka dalam PRU dulu kalah teruk. oerkara ini akan berulang lagi. MCA bukan kuat pun. melayu kena bersatu.MCA kena prove that they are strong to help BN, kalau tidak jangan percaya cakap2 rhetorik sebab takut melayu bersatu. kalau melayu bersatu atau tak bersatu, MCA tetap buat apa yang DAP pn nak buat.

Anonymous said...

WKS suaranya macam DAPig..,talian hayatnya akan tamat pada PRU 13,orang Air Hitam akan terajangnya macam anjing kurap...!!!!

Anonymous said...

pastikan dalam pru akan datang melayu hanya mengundi melayu. jangan sekali-kali mengundi bangsa asing yang kapir.
2. kenapa kerajaan masih memanjakan pemimpin2 mca & mic yang telah kalah banyak kerusi dalam pru yang lalu.
3. kerajaan perlu menumpukan peruntukan yang banyak kepada kawasan2 yang merupakan penyokong kuat mereka sahaja. jangan lagi memberi susu kepada kera dihutan sedang anak sendiri mati kelaparan.

takapalah

Anonymous said...

hai Ka Siong ni dh lupa kot....sapa yg primitif tu? MCA tu x primitif ke? selalu lupa ya....ORG MELAYU YG ADA JATI DIRI TAK AKAN LUPA Ka Siong ooii. hang mmg cari pasal lg le.tak cerdik langsung, mcm mana boleh jd timb. menteri ni???????

Harap sgt PENGUNDI2 AIR ITAM, JOHOR ajar si cina kurang ajar ni masa PRU 13 nanti.....amboi sedap mulut nuuu.hang ingat org melayu lupa ya keceluparan mulut hang tu.nanti le ko tau le.......mau je aku sepak kepala cina bangang sekor ni...

Anonymous said...

Salam Semua,
Cuba katakan pada dia sekolah 1 aliran saja sek kebangsaans dan satu bahasa saja tak ada sek cina dan india.tengok WKS jadi primitif tak?

Anonymous said...

najib ada berani keeeeee....tun je selama ni yg suruh bangsa yg tak bleh terima keistimewaan melayu ni balik negeri asal msg2...laen org???takde nyaaaa...semua jaga poket msg2..nazri??lagi gilaaa...
apapun,,,jiwa dn raga ku akn ku korbankan..jika tak daya,,siku akn ku layang kn,,,

bacokbugis

Anonymous said...

Sapo Wee Kah Siong ni nak mencampuri urusan kaum lain???? Lu jaga kaum lu dulu lah APEK!!! Lu menang pun dulu atas UNDI ORG MELAYU... tlg ingat tuh sampai bila2...

Baiki dulu MCA tuh....

- Anak Jati Wangsa Maju -

Anonymous said...

mca tiala sokong menyokong oleh banyakan olang2 cina.taukey2 pelut buncit membuncit sahaja menyokong meleka. meleka melanding di kawasan2 pemundi melayu. olg2 melayu sulah 50 tawun sokong menyokong mca untuk minang kelusi2 negeli dan negala.
lain tawun janganlah memundi mca, tapi memundi menikut calon mencalon kaum masing2.
solilah wa punya bahasa tatak cun.

hangkedee said...

cina tetap cina,india tetap india, melayu belum tentu MELAYU