Monday, October 25, 2010

Siapa sangka, seorang calon yang hanya mempunyai kelayakan SPM seperti saudara Abdul Aziz Yusoff sebenarnya cukup mahir dan celik IT. Malah beliau cukup mudah didekati oleh rakyat marhaen dan mendengar setiap permasalahan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik.

GWM sempat bersama dengan saudara Abdul Aziz Yusoff di 'command center' BN bertempat di pejabat UMNO Bahagian Gua Musang pada jam 2.00 petang tadi.

CALON YANG PRIHATIN DAN BERKETRAMPILAN


Kebetulan, kehadiran beliau sememangnya di tunggu dengan penuh pengharapan oleh ketua ketua orang asli di sini.

Saudara Abdul Aziz bergegas menghulurkan tangan berjabat mesra sambil meminta ketua ketua orang asli meluahkan masalah yang dihadapi mereka.

Beliau kelihatan amat terkejut dan terkilan setelah mendengar keluhan ketua ketua orang asli bahawasanya parti PAS telah mengambil tanah mereka dan merobohkan gereja gereja orang asli.

GWM turut bersimpati kerana kaum orang asli telah diberi umpan berisi racun oleh parti PAS selama memerintah 20 tahun di Kelantan.


Saudara Abdul Aziz berjanji akan mengketengahkan masalah ini kerana ia dianggap cukup serius dan perlu diambil tindakan secepat mungkin.


IT SAVVY !!!




Apa yang membanggakan adalah calon BN ini bukan sahaja calon pilihan rakyat, malah beliau cukup mahir dengan IT. Saudara Abdul Aziz Yusoff nyata menyahut cabaran kerjaan agar rakyat mahir dan celik IT.

Beliau sempat meluangkan masa di Bilik UMB untuk mengemaskini (update) facebook beliau. Ternyata beliau seorang calon cukup berkebolehan dan terpelajar walaupun diperlekehkan oleh juak juak parti PAS!

Siapa sangka ... hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, saudara Abdul Aziz Yusoff memang 'versatile'.

Memang Tengku Razaleigh seorang yang berkaliber untuk menilai calon yang paling layak untuk DUN Galas. Saudara Abdul Aziz Yusoff sememangnya memenuhi kriteria sebagai calon pilihan BN.

Malah, lebih tepat lagi calon pilihan rakyat bagi DUN Galas.

PAS ... EAT YOUR WORDS !!!


MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Anonymous said...

IT. tu kalau rajin godek dengan bertanya atau pun cari kat yahoo/google boleh pandai punya, yang utama kena paham sikit-sikit english lah, tak pun kalau di ajar secara praktikal mesti pandai punya, kadang-kadan yang belajar IT kat unversiti pun bukan pandai gak sebab kertas kerja dia, orang lain yang tolong buatkan.

tulah sebab budak yang keluar U ada yang bengong.

Jeepers Creepers said...

akupun spm je tapi celik it.

Anonymous said...

bro..... kalau sekadar buka FB dan YM anak aku yg TADIKA lg pandai. Mcm tu kira dia (anak aku) pandai sama standard le dgn wakil rakyat lu.

Anonymous said...

waaa!!!! anon 9.07pm !!!

dasat la anak lu, genius !!! dia makan apa !!! pandai buat facebook umur 5-6 tahun !!! rekod dunia ni bang !!! boleh paham yek benda benda teknikal mcmmana nak create facebook account !!! nik aziz bagi minum air selipar dia ke !!! sbb tu la anak ngko pandai yek !!!

apasal tak minta nik aziz calonkan anak ngko je jadi calon hamPASPISPUS kat galas !!! mesti menang besar punya !!!

bodo piang !!! nak tipu ... tengok la kiri kanan atas bawah bang !!!

Anonymous said...

11.23... budak sekarang umur 6 tahun dah pandai ber FB dah... tak hairan dah... tu gunanya pembelajaran perinkat awal.... tau membaca mengeja dan menulis... belajar yang simple2 je lama2 pandai gak... Celik IT lah bagus....