Sunday, October 31, 2010

"Kita akan alu-alukan kehadiran Sultan Kelantan. Mungkin kehadiran Baginda akan beri kesan kepada pengundi." Itulah kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya DUN GALAS mewakili PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika ditanya media.

Beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya akan mengheret Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad V untuk turut berkempen menyokong PAS. Tetapi, daripada kenyataan di atas, ternyata beliau akan cuba menghubungi Sultan Kelantan untuk turut berkempen bagi menyokong PAS.

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga mempengaruhi Sultan? Apakah PAS sudah hilang rasa hormat terhadap Institusi Majlis Raja-Raja Melayu yang tidak akan mencampuri sebarang bentuk kempen politik?

Tetapi inilah PAS sebenarnya. Apabila mereka terdesak, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat, walaupun cara itu salah. Ini sedikit sebanyak akan mengaburi mata dan hati pengundi tentang kezaliman yang telah dilakukan PAS terutamanya dalam merampas hak tanah yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Dahulu, PAS sering mengutuk UMNO dan BN kononnya menggunakan pengeruh Sultan dan Yang Di Pertuan Agong dalam mempertahankan kuasa Kerajaan. Kini mereka pula cuba menggunakan taktik yang mereka fitnah pada kita.

Malah, sebelum ini sekutu PAS yang juga pemimpin ulung mereka, Anwar Ibrahim memainkan isu 16 September dengan menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong bagi merestui pembentukan Kerajaan Baru Pakatan yang kononnya akan ditubuhkan. Akhirnya, rakyat ditipu.

Tapi Insyaallah, rakyat kini lebih bijak. Dan saya yakin, Sultan Kelantan, Tuanku juga lebih profesional dalam menjawab segala persoalan ini seterusnya membuat keputusan. Semoga Allah merahmati Tuanku Sultan Kelantan.

Daulat Tuanku..


Post by... Melayu CinDia


3 comments:

Anonymous said...

HELLO BRO....

LU SELIDIK DULU PERANCANGAN PROGAM INI DULU. PERANCANGAN NYE DI BUAT SEWAKTU KEMPEN PRK GALAS BERLANGSUNG ATAU TELAH DI RANCANGKAN TERLEBIH DAHULU SEBAIK SAJA DYM TUANKU DI TABALKAN SEBAGAI SULTAN KELANTAN.

MMG ADA ROADSHOW UTK DYMM TUANKU SULTAN UNTUK MENEMUI RAKYAT SATELAH DI TABALKAN SEBAGAI SULTAN KELANTAN KE V. JADI BILA PRK GALAS BERLANGSUNG TIDAK SALAH KERAJAAN PAS KELANTAN MENGAMBIL KESEMPATAN PRK GALAS NIE MENGADAKAN PROGRAM DYMM TUANKU DI SITU. SEKURANG KURANG NYE, TUANKU DAPAT MERASAI DAN MELIHAT SENDIRI SUASANA KEMPEN PRK..

BAGAIMANA PULA DGN UMNO-BN MENGGUNAKAN DYMM TUANKU SULTAN JOHOR UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.

SOALL AGAMA DAN RAJA2 MELAYU JGN DI JADIKAN MODAL DALAM BLOG.

APA JUA KEBODOHAN LU...... LU KENA LE TAHU YG MANA ISU ISU YANG BOLEH DAN ISU ISU YANG TAK BOLEH.

Anonymous said...

Anon diatas,

Lagi denial syndrome oleh penyokong2 PR, kalau dulu UMNO/BN buat semuanye salah & dorang tak penah kaji pun tapi bile kene batang hidung sendiri semuanye serba boleh, sendiri buat takpe tak salah pun. Tapi kalau kerajaan yg buat semua salah. Sudahlah ooi, fanatik tak bertempat dan berfakta.

Anonymous said...

GWM,

Teruskan usaha anda utk membuka segala mcm kepincangan yg berlaku di dlm PR terutamanye di Galas. Tabik spring utk anda GWM.