GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/12/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN PANAS !!!

| Tuesday, October 12, 2010

Artikel bergambar menarik yang diambil dari blog Warisan 2057 :

Ini bukan cerita 16 September !

Gambar- gambar ini dirakamkan pada pada 28 Jun 2008 di Quality Hotel Shah Alam.

Petang tersebut Saiful membuat lapuran di HKL, menyatakan dia di Liwat oleh Anwar.

Anwar mengumpulkan semua Leftenan dan Jeneral nya, bertanya nasihat, meminta idea dan mungkin mengarah apa yang perlu dilakukan.

Lihatlah bagaimana mereka gabra.

Akhirnya Anwar menerima nasihat untuk melarikan diri ke Kedutaan Turki pada awal pagi itu.

Kenapa larikan diri ? Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Rahimi mungkin anak muda mentah macam Saiful, tapi mereka ada banyak cerita yang berharga untuk dikongsikan dengan rakyat Malaysia.






sumber rujukan :

http://warisan2057.blogspot.com/

AJAIB ... KHAIRY JAMALUDDIN KEMBALI MENJADI HERO MELAYU ?

|

Antara percaya dan tidak, realiti atau khayalan, mimpi atau fantasi … namun itulah yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy Jamaluddin (atau nama timangan manjanya KJ) mempertikai kenyataan Chua Soi Lek yang terus membangkitkan isu kuota bumiputera 30 peratus sewaktu berucap di Persidangan Pemuda MCA semalam.

Beliau menggambarkan Chua Soi Lek sebagai lidah bercabang kerana terus menerus berdegil meneruskan niat mempertikaikan isu sensitif ini. KJ juga menuntut supaya Chua Soi Lek membuka mata dan menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor swasta dan berhenti mengkritik isu ekuiti bumiputera.

Sehingga ke hari ini, MCA masih terus membisu mengenai perkongsian kerjasama ekonomi di antara kaum Cina dan bumiputera seperti yang telah dibangkitkan oleh beberapa pemimpin UMNO.

”Saya rasa perkara seperti ini tidak wajar dibangkitkan lagi kerana ia telah dipersetujui bersama sebelum ini” ujar KJ.

GWM berani mengatakan ini bukan pertama kali Chua Soi Lek membuat onar dan menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional. Pada Kongress Ekonomi Cina yang lalu (17 Ogos 2010), Chua Soi Lek dengan lantang membangkitkan isu hak keistimewaan bumiputera.

Chua Soi Lek semakin berani mendesak dan membuat political assasination ke atas UMNO sejak mengambil teraju kepimpinan MCA. Sikap kurang ajar dan kaduk naik junjung MCA semakin terserlah sejak beliau menjadi Presiden MCA gara gara hilang sokongan dan undi kaum Cina pada PRU 12.

Tapi apa yang lebih menggemparkan adalah, the biggest comeback oleh Khairy Jamaluddin sewaktu membuat kenyataan rasmi di Utusan Malaysia. Sebelum ini, KJ lebih dilihat sebagai Melayu Liberal yang cukup selesa bersekongkol dengan juak juak pemimpin Cina.

Terlalu banyak kenyataan beliau sebelum ini amat bertentangan dengan aspirasi perjuangan orang Melayu dan menyakitkan hati ramai pihak, terutamanya orang Melayu.


Walaubagaimanapun, GWM akan terus menganalisa pergerakan politik KJ untuk melihat sejauhmana kejujuran kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Bukan mahu menyindir dan mengutuk, tetapi lebih kepada sikap berhati hati dengan political swing KJ. Tak tahulah jika KJ sudah ’bertaubat nasuha’ setelah di asak di setiap penjuru oleh UMNO, NGO Melayu dan para blogger pro kerajaan.

Adalah menjadi harapan umat Melayu jika sekiranya KJ lebih kehadapan dalam mempertahankan serta memperjuangkan nasib orang Melayu setaraf dengan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Apakah mungkin KJ sudah membuka mata dan telinga beliau serta insaf dengan nasib bangsanya yang semakin diperlekehkan hari demi hari. Atau mungkin KJ semakin terdesak melihat sokongan akar umbi yang lari hilang ditelan arus politik.

Berkemungkinan juga dengan semakin hampirnya Persidangan UMNO, maka KJ perlu kembali dilihat sebagai Chief In Command dalam kelompok Pemuda UMNO. Apakah mungkin ada satu kejutan sewaktu persidangan yang akan bermula beberapa hari saja lagi.

Berbagai andaian GWM berikan namun penentu hala tuju politik adalah terletak di tangan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.

Walau apapun, KJ sudah menjadi Hero Melayu Untuk Satu Hari, bukan begitu Khairy Jamaluddin ?


Sumber rujukan :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU