GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/23/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Jika Kit Siang Mahu NEGARA SEKULAR ... PAS Akan SOKONG - Nik Aziz

| Tuesday, October 23, 2012
Lim Kit Siang iktiraf Malaysia sebagai Negara Sekular, apa kata PAS dan Nik Aziz ...


Lim Kit Siang kini dalam percubaan untuk memecah belahkankan umat Islam dengan mahu menguatkuasakan konsep Negara Sekular bagi Malaysia ... suatu usaha yang mampu meletakkan PAS dalam dilema.

Penasihat DAP ini mahu meningkatkan tahap keraguan di kalangan umat Islam dengan memetik kenyataan Tunku Abdul Rahman yang pernah mengatakan Malaysia adalah sebuah Negara sekular.

Namun begitu penasihat kepada parti 'chauvinist dan racist' ini lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib dengan tegas menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Mengapa perlu Kit Siang hanya mengambil kenyataan yang datang dari seorang Perdana Menteri ... tanpa mengambil kira kenyataan dari tiga Perdana Menteri yang lain. Tiga Perdana Menteri Malaysia menetapkan Malaysia adalah Negara Islam.

Bagaimana konsep pentadbiran boleh dikuatkuasakan dengan hanya satu kenyataan semata-mata?


Perkara yang utama, lebih penting dalam menjelaskan konsep pentadbiran adalah dengan melihat Perlembagaan Persekutuan serta melihat landskap sosial masyarakat secara keseluruhannya.

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh seorang Muslim yang tidak menyokong sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan, yang jelas perlembangaan itu sendirinya memperjuangkan Islam dan amalan keterbukaan dalam beragama. Rakyat bebas untuk mengamalkan agama mereka tanpa sebarang sekatan.

Malaysia juga telah menjadi contoh sebuah Negara Islam dan ini diakui oleh Ulama tersohor di seluruh dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

Apabila Kit Siang menafikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam ... ini hanya menunjukkan kegigihan beliau dalam menentang Islam dengan mahu menubuhkan sebuah Negara sekular.

Persoalan utama adalah ... Bagaimana dengan PAS?

Adakah Kit Siang sebenarnya mahu membangkitkan perkara ini supaya beliau boleh membantu PAS untuk membina Negara Islam yang sebenar?

Sudah tentu tidak, kerana umum menegtahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan dengan tegas menolak sebarang usaha untuk membentuk sebuah Negara Islam.

Jelas Nazri Aziz lagi, peruntukan perlembagaan sebuah negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama rasmi tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing seperti yang di amalkan di India, Amerika Syarikat dan Turki.

Sekular? .. Apa itu sekular?

Kerajaan, BN dan UMNO sering dimomokkan dengan mengamalkan sekularisme sebagai dasar perjuangan parti dan dasar pemerintahan.

Bukankah sekularisme bermaksud pemerintahan yang tidak ada langsung berunsurkan Islam seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attaturk di Turki.

1) Apakah UMNO pernah mengarahkan Al Quran dicetak di dalam Bahasa Kebangsaan
2) Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang undang Barat
3) Menukar azan ke dalam Bahasa Kebangsaan
4) Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
5) Menukar masjid untuk dijadikan gereja dan kuil
6) Membatalkan undang undang waris, faraid secara Islam
7) Menghapuskan penggunaan kalendar Islam
8) Membenarkan wanita memakai tudung dengan memakai skirt
9) Menyerang Islam secara terbuka dan terang terangan
10) Menghapuskan wakaf dan membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin terbiar.

Kesemua di atas berlaku di Turki dan India ...

Tidak mustahil Kit Siang sebenarnya sedang menguji dimana letaknya pendirian PAS dalam perkara ini.

Adakah PAS akan mempertahankan kenyataan Kit Siang itu dengan menyokong penuh bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Sekular atau mereka akan mengatakan sebaliknya?

If yes, would PAS make a pledge that they will be able to form the real Islamic Country which they said UMNO cannot ever do, or would PAS follow DAP's wants, making sure that this country remain as a Secular Country?Jika benar ... Apakah PAS akan berikrar mampu membentuk Negara Islam yang sebenar ... sesuatu yang gagal dilakukan oleh UMNO?

Atau PAS akan tetap ikut, tunduk dan sujud kepada kehendak DAP, memastikan bahawa negara ini kekal sebagai Negara Sekular?

Seperti yang dijangka, PAS hanya mampu menutup mulut dan kekal sebagai 'syaitan bisu' ... takut dimaki oleh DAP.

Apa yang mampu dilakukan oleh PAS adalah tunduk bersetuju dengan DAP bahawa Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam.

Sudah cukup jelas jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang Kerajaan PR lakukan adalah dengan mengumumkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam.

Empat perkara utama yang bakal dilakukan setelah memerintah Malaysia adalah ... 'Mansuhkan Raja Berpelembagaan', Rejimen Askar Melayu Diraja, hak bumiputera dan paling utama ... menolak Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Sikap berdiam diri PAS dengan tindakan DAP untuk meneruskan perjuangan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular hanya menoktahkan satu perkara pokok ... Tidak salah untuk kita mengatakan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk berjuang bersama DAP.

Maka sewajarnya mana-mana orang Melayu yang masih mengundi PAS, mereka juga turut membantu perjuangan DAP dalam menolak Islam di tanah air sendiri.



Bas Jelajah Merdeka CUMA RM 150,000 SEBULAN ... TAK MAHAL - Khalid Ibrahim

|
Khalid Ibrahim berdiri megah dihadapan bas yang disewa olehnya, kemudiannya dibeli oleh beliau ...


Rakyat masih lagi menunggu jawapan dari Menteri Besar Selangor dalam isu pembelian bas mewah, Bas Jelajah Merdeka untuk yang tersayang ... Anwar Ibrahim.

Rasanya tidak manis bagi Khalid Ibrahim terus mendiamkan diri dengan isu pembelian bas bernilai RM 900,000.00 ini.

Sampai bila Khalid Ibrahim mahu menutup mulut dari menjawab persoalan paling mudah untuk dijawab.

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.



Khalid Ibrahim sebenarnya secara rasmi menobatkan dirinya sebagai Menteri Besar pertama membeli dan memiliki bas mewah atas namanya.

Anwar Ibrahim, seperti biasa meletakkan segala jenis 'najis berat' terhadap Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim mati akal.

Mati akal kerana bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut ...

No Pendaftaran : BLU 8779
No Enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng
Tarikh Daftar : 03 September 2012
Kegunaan : Persendirian
Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim



Malang tidak berbau ...

“Abdul Khalid kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated”. - Free Malaysia Today, 23 Oktober 2012

Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan dengan lebih tepat dan jitu lagi ... 

Bagaimana beliau mampu membayar ansuran sewa beli sebanyak RM 150,000 sebulan bagi sewaan selama 6 bulan?

RM 150,000 x 6 bulan = RM 900,000

Rakyat juga perlu menilai berapa sebenarnya gaji bulanan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Apa yang difahamkan, gaji bulanan beliau adalah RM 20,000 sebulan.

Tolak campur darab bahagi dengan elaun dan manfaat, berkemungkinan Khalid Ibrahim boleh mencapai gaji bulanan RM 50,000 sebulan.

Andaian mudah, Khalid Ibrahim masih kurang RM 100,000 untuk membayar sewaan bulanan sebanyak RM 150,000. Ini belum dicampur lagi dengan kadar faedah dari bank.



Soalan bonus untuk Khalid Ibrahim ...

a) Siapa sebenarnya yang membayar kos sewa beli ini dan/atau syarikat dan/atau individu mana yang turut membiayai kos sewa beli Bas Jelajah Merdeka ini?

Anwar, Azizah, Khalid dan Fuziah menunjukkan tanda bagus ... tanda mutlak rakyat Selangor dibohongi hidup-hidup parti peliwat PKR.

b) Khalid Ibrahim telah disenaraihitamkan dari membuat pinjaman berikutan hutangnya kepada Bank Islam yang melibatkan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit. Bagaimana seorang yang telah disenaraihitam mampu membuat perjanjian sewa beli?

c) Bank atau institusi kewangan manakah yang sanggup mengeluarkan pinjaman kepada seorang yang berhutang dengan nilai jutaan ringgit?

d) Adakah bas berkenaan dibeli secara tunai oleh satu entiti perniagaan dan dinamakan atas Khalid Ibrahim sebagai pemilik bas mewah ini?



Barangkali Khalid Ibrahim terlupa dengan Manifesto Pakatan Haram 2008 ...


Paling penting ... rakyat Selangor perlu tahu dan faham sesungguhnya seorang Menteri Besar tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.

Dalam skandal pembelian Bas Jelajah Merdeka ini, Khalid mengaku bahawa telah menyewakan bas tersebut kepada PKR!

Sekatan sebagai seorang Menteri Besar tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana urusniaga telah difahami dengan jelas, nyata dan terang terutamanya ahli politik.


Terlupa ... Manisfesto sebenarnya bukanlah janji untuk ditunaikan. Manifesto sekadar satu elemen dan alat untuk membodohkan para pengundi di Selangor.

Hmmmm ....



Satu Lagi RUSUHAN BESAR-BESARAN Sebelum PRU 13 - Mat Sabu

|

Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan BN apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.


Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.


Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya.

Bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar.

Menapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2,000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit?

Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.


Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbuat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.


Bersabit isu FGVH dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka.

Namun bila FGVH diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGVH di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya?


Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.

Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera. Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang ketika ini ...

Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.



RUGI RM 711.45 Juta ... PAS RASUAH, KHIANAT Terhadap Rakyat KELANTAN

|
Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) melibatkan kos RM 2 Bilion mengalami kerugian besar RM 711.45 juta akibat kebobrokan Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.

Tidak ada bezanya di antara Timbalan Menteri Besar ini dengan Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa ... banyak projek 'tong-tong kosong'. Terlalu banyak berbohong kepada rakyat Kelantan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan sudah cukup membuktikan kegagalan projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) bernilai RM 2 bilion hangus dengan kerugian RM 711.45 juta.



Mengapa kerugian terkumpul berjumlah RM 711.45 juta?

1) Rugi RM 389.09 juta akibat kegagalan Liziz Standaco Sdn Bhd menunaikan komponen sumbangan kepada kerajaan negeri.
2) Rugi RM 318.29 juta akibat pindah milik tanah kepada syarikat terbabit.
3) Rugi RM 4.07 juta akibat bayaran yang diberikan kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Perlu diingat, projek ini bermula sejak dari tahun 2003 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada tahun 2015 ... ini perkara yang paling asas untuk diketahui.



Komponen Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri
Jika mengikut perjanjian, 8 komponen utama sumbangan kepada kerajaan negeri perlu ditunaikan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd.

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.
b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.
c) Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang
tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.
d) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
e) Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.
f) Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan
Yahya Petra.
g) Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.
h) Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak
atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa.

Namun sehingga ke hari ini, Liziz Standaco Sdn Bhd. gagal menyempurnakan 75 peratus (%) sumbangan kepada kerajaan negeri ...

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.
b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.
c) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
d) Penyerahan tanah seluas 13 ekar di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra.
e) Penyerahan wang tunai bersamaan nilaian JKR bagi pembinaan Jambatan
Berkembar Sultan Yahya Petra berjumlah RM90 juta (jambatan tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan)
f) Tabung Skim Perumahan Kos Rendah berjumlah RM12 juta.


Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek di dalam Perjanjian, tempoh pelaksanaan projek adalah selama 12 tahun bermula tahun 2003 sehingga tahun 2015.

Lawatan Audit ke tapak projek di Zon B dan D pada bulan November 2011 mendapati Syarikat telah menyiapkan kemudahan asas dan infrastruktur iaitu

a) Retaining wall sepanjang 4.5 km;
b) Laluan pejalan kaki (esplanade) sepanjang 1.5 km;
c) Terminal bas sementara;
d) Jalan keluar masuk utama (JKR 10);
e) Bangunan hypermarket TESCO; dan
f) Rumah kedai 3 tingkat sebanyak 142 unit.

Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek, kesemua kerja pembinaan termasuk komponen sumbangan perlu selesai dilaksanakan pada tahun 2007 kecuali kerja-kerja pembinaan lain.

Bagaimanapun, Syarikat masih belum melaksanakan sebahagian besar projek yang dirancang walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015.


Sehingga Mac 2012 kerja pembinaan masjid, stadium dan jambatan masih belum dimulakan walaupun mengikut Jadual Pelaksanaan Projek ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007.

Pembangunan projek banyak tertumpu di Zon D manakala projek di Zon A, B dan C masih belum dimulakan.

Pihak Syarikat memaklumkan antara sebab kelewatan projek ialah:

a) Kos bahan mentah meningkat.
b) Pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada Syarikat.
c) Pengambilan balik tanah di Zon B untuk projek tebatan banjir seluas 9.83
ekar menyebabkan Syarikat tidak dapat menjana hasil kerana tanah di kawasan tersebut strategik dan bernilai tinggi.



Kedudukan Semasa Projek Mengikut Zon Pembangunan

Pembangunan Zon D


komponen sumbangan yang sepatutnya dibina di Zon D gagal disempurnakan seperti dibawah

a)Masjid bernilai RM20 juta belum dimulakan pembinaan walaupun berdasarkan jadual pelaksanaan ia sepatutnya siap pada bulan November 2005.
b) Syarikat juga belum menyediakan 130 buah gerai untuk petani yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta.
c) Manakala penyediaan tanah di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra seluas 13 ekar bernilai RM46.11 juta telah siap ditebus guna tetapi masih belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Pembangunan Zon B
Pembangunan Zon B (Istana Kota Lama ke Kg. Cina) meliputi kawasan seluas 56.03 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kemudahan awam.

Lawatan Audit mendapati pembangunan yang telah dilaksanakan di zon ini hanya meliputi infrastruktur iaitu retaining wall dan tebus guna tanah bagi penyediaan tapak istana seluas 11.76 ekar yang bernilai RM41 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Pembangunan Zon A Dan C
Pembangunan Zon A (Kg. Tikat ke Pulau Jerami) meliputi kawasan seluas 33.11 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kawasan rekreasi.

Manakala pembangunan Zon C (Kg. Laut, Tumpat) meliputi kawasan seluas 344.34 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan rekreasi.

Semakan Audit mendapati pembangunan di Zon A dan C belum dijalankan lagi termasuk 10 komponen sumbangan iaitu Jambatan Kg. Cina-Palekbang (Zon A) dan stadium tertutup wanita (Zon C).




Mengapa projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) ini gagal disempurnakan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd?

Perlukah syarikat ini dipersalahkan 100 peratus (%) dalam perkara ini atau ... sememangnya kerajaan negeri PAS Kelantan yang sebenarnya merupakan dalang kepada kelewatan projek ini disiapkan?

Sudah hampir 10 tahun, namun masih gagal disiapkan 75 peratus pembangunan yang sepatutnya dilakukan.

Apa yang mamapu dilakukan lagi sepanjang 3 tahun baki projek ini sebelum tamat perjanjian?

Ada satu perkara yang menarik perhatian GWM akibat dari kemelut kelewatan projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan sudah cukup membuktikan dalang dan kebodohan pemimpin PAS Kelantan ...



Pindah Milik Tanah Kepada Syarikat

Artikel 5 Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat.

Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009.

Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti Jadual 2.6.

Bagaimanapun, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.


Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar.

Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan.

Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan.

Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.



Persoalan yang perlu dijawab ...

Siapa pemilik syarikat ini sehingga mendapat kelebihan pindah milik tanah tanpa sekatan ini?

Siapa yang mempengerusikan mesyuarat PTSK 1/2002 dan membenarkan pindah milik tanah kepada syarikat itu sebanyak 1000 ekar?

Apakah tidak wujud elemen dan unsur penyalahgunaan kuasa malah rasuah dalam isu projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK)?



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU