Monday, October 22, 2012

Ada pihak-pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan penduduk supaya tidak meneruskan tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor.


Dengan merujuk manifesto Pakatan Rakyat semasa pilihanraya 2008, pengerusi persatuan penduduk En. Azman bin Mat Zin mendakwa penduduk-penduduk di apartment Mawar tidak pernah mendapat 20 meter padu air percuma yang dijanjikan.

“Kami terpaksa membayar bil air sehingga RM50 satu unit rumah sebulan berbanding dengan jiran-jiran kami yang telah dapat 20 meter padu air percuma yang hanya perlu membayar RM3 atau RM4 sebulan.

"Jadi ini adalah tidak adil bagi kami kerana sebagai rakyat Selangor kami juga berhak mendapat air percuma tersebut” katanya kepada pemberita di sini semalam .



Penduduk telah menjemput NGO Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) atas inisiatif sendiri bagi membantu menuntut hak mereka yang telah dinafikan sejak tahun 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan .

GPRS akan membantu penduduk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor melalui Tetuan Kamaruddin and Partners secara percuma.

Setiap penduduk diberikan borang untuk ditandatangani bagi mengesahkan tuntutan saman mereka melalui Tetuan Kamaruddin and Partners.


Pengerusi GPRS , Datuk Sohaimi Shahadan yang turut hadir memaklumkan setakat ini sebanyak 10,000 saman penduduk telah difailkan kepada kerajaan negeri Selangor.

“Kita telah memfailkan 10,000 saman penduduk kepada kerajaan negeri Selangor daripada 6 kawasan berbeza dan masih banyak lagi yang menghubungi kita dan yang ada dalam senarai yang ingin melakukan perkara yang sama, saya menjangkakan tidak kurang dari 100,000 penduduk yang akan memfailkan saman” ujar beliau .

Dalam sesi soal jawab dengan penduduk, Datuk Sohaimi juga mendedahkan ada pihak-pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan penduduk supaya tidak meneruskan tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor.

Penduduk dikatakan didatangi individu yang mengatakan mereka bakal menghadapi tindakan saman oleh kerajaan negeri sekiranya tuntutan meraka tidak berjaya di mahkamah.


Read More, RAKYAT SELANGOR TUNTUT HAK DAN JANJI



1 comments:

Chris Vickers said...

They are super easy to use for people of all ages. These days pretty much everyone can afford the luxury of having some kind of personal sound system with which to enjoy their music wherever they go. Philips operating instructions for Portable MP3-CD Players . Welcome to our listings for CD Players.