831 buah kamera AES bakal dipasang melibatkan 566 buah kamera speeding, 265 buah kamera lampu trafik.
Program Automated Enforcement System (AES) ... yang sepatutnya memberi kebaikan kepada orang awam dan pengguna jalanraya akhirnya tetap menjadi bahan politik murahan.
GWM tidak nampak sebarang alasan mengapa perlu ditangguhkan implementasi sistem ini. Lebih lama ditangguhkan, lebih memberi kesan kepada pengguna jalanraya dan ekonomi itu sendiri.
Seharusnya sesuatu program yang mendatangkan manfaat terpaksa ditangguhkan akibat menunggu kata putus dari sudut politik ... bukannya dari sudut kepenggunaan jalanraya.
Politik, politik, politik ...
Penguatkuasaan secara automatik ini adalah kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 (Itupun kalau ada dikalangan pembaca yang pernah membaca, mengkaji pelan ini).
Kos pemasangan sistem ini ditanggung sepenuhnya oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dibenarkan mengutip RM16.00 bagi setiap saman yang dikeluarkan.
Yang menjadi pertikaian dan pertikaman lidah adalah jika AES bakal dijadikan batu loncatan kedua-dua syarikat ini melalui saman yang bakal membebankan pengguna jalanraya.
Jika pengguna jalanraya itu dengan sendirinya tidak melanggar undang-undang sedia ada, kedua-dua syarikat ini tidak mungkin akan mengutip RM16.00 bagi setiap saman. Maka dengan sendirinya, pelaburan besar yang dilakukan oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd ini hangus.
Langgar lampu isyarat ... berapa ramai tenaga polis trafik dan JPJ diperlukan untuk berada 24 jam di jalanraya ... saban hari?
Benarkah di Jerman tiada had laju ditetapkan di lebuh raya mereka. Pemandu mereka bebas memandu beratus km/j pun sekaligus?
PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
THAILAND, VIETNAM - telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
Kaedah Perlaksanaan Yang Tidak Betul?
Perlu dingat, AES bukan satu sistem untuk 'pungut wang rakyat secara zalim' namun lebih kepada saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan.
Dan saman ini juga bukanlah ditentukan sepenuhnya melalui AES semata-mata, JPJ yang bertanggungjawab mebgeluarkan saman mengikut bukti dan budi bicara kesalahan yang dilakukan.
Tidak kiralah sistem kamera AES dipasang atau tidak, mereka yang melanggar undang-undang tetap perlu mambayar saman.
Usaha berterusan JPJ, PDRM, JKJR, MIROS dan JKR, melalui pemasangan kamera AES ini memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
Sistem penguatkuasaan ini perlu dilakukan untuk mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
Paling penting ... pendekatan kepada system based approach ini diharap mampu mengubah terus sikap pemanduan rakyat Malaysia.
Mengapa perlu ditimbulkan soal spekulasi ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. bakal membuat keuntungan dari saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh puluhan, ratusan, ribuan pengguna jalanraya?
Apakah kerajaan masih lagi dianggap bodoh dan tidak belajar dari kesilapan pada masa lalu melalui cara 'pungut wang rakyat secara zalim'. Agak kurang cermat dan berhemah pendapat seperti ini ...
Kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES
Rakyat Malaysia memang suka melompat setiap kali suatu pembaharuan mahu dilakukan, seperti juga yang berlaku bagi penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES.
AES adalah suatu sistem yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24 jam X 7 hari X 360 hari, dalam apa jua keadaan cuaca sekalipun (melainkan jika berlaku blackout).
Pun begitu ... kamera mudah alih (30%) 250 unit dipasang bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya).
Paling penting kaedah ini tidak perlu campurtangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan ... tiada interaktif di antara polis trafik atau pegawai JPJ dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan mampu dihentikan.
Sekadar meminjam gambar-gambar dari rakan blogger
Memang benar ketiga-tiga kemalangan maut di atas bukannya berlaku di lebuh raya, namun tidak adil membuat andaian pemasangan kamera AES banyak dilakukan di lebuh raya.
Benarkah pemasangan kamera AES banyak dilakukan di lebuh raya?
Walhal dalam sekitar 150 buah kamera AES dipasang di lebuhraya dan selebihnya 681 buah akan dipasang di jalan persekutuan dan jalan bandaran ...
Kamera AES mampu merakamkan kesalahan trafik dan bukti kemalangan yang berlaku di jalanraya.
Berapa lama lagikah perlu digunapakai perkataan pendidikan dan panduan berhemah dijalanraya?
Berapa banyak lagi kursus pemanduan yang perlu ditambah untuk mendidik pengguna jalanraya?
Kerana setiap tahun, peratusan kemalangan dan kesalahan trafik tetap meningkat ...
Yang menjadi masalah terbesar adalah pematuhan undang-undang. Ini adalah kajian saintifik dilakukan baik oleh pihak berkuasa mahupun pihak NGO.
Kenderaan dipandu ala samseng di lorong paling kanan, memotong kenderaan secara bersimpang siur, menggunakan lorong paling luar dan lorong kecemasan dan sebagainya.
Pengguna jalanraya mempunyai pilihan (kalau pakai kepala otak) sama ada mahu menurut undang-undang atau berhadapan dengan saman. Tiada pilihan lain.
Atas dasar itu, GWM bersetuju dengan langkah pemasangan kamera AES ini ...
Program advokasi ini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
Payah ... kalau semua perkara yang baik dipolitikkan. Semua mau politik berak tepi jalan ...
Home
»
»Unlabelled
» Angkara AES ... Semua Mau POLITIK BERAK Tepi Jalan
Friday, October 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Ada satu Blog Pro BN juga turut membantah AES, kononnya menyusahkan rakyat. persoalannya, 'rakyat' mana satu, sudah tentu 'rakyat' yg bersifat melanggar undang2, tidah undang2 JPJ, jenayah dll.
Kepada Blog Pro BN ini, sealiran mentaliti paling rendah sama seperti pembangkang, yg mempolitik apa2pun demi membentuk kebencian terhadap pihak lain, samada BN atau dikalangan pembangkang sendiri seperti kes ASSmin dan fuckekah d selangor......................
Ada kita kesah dgn AES mahupun Hudud, jika kita manusia yg taat kepada undang2 dan syaraq..........
Mereka yg menentang AES ialah pemandu yg selalu melakukan kesalahan sepanjang memandu dan menyusahkan pemandu dan org awam yg tidak bersalah............
Rakyat yg Patuh pd hukum Syaraq dan undang2
jangan bergaduh sesama sendiri..rbf sekadar berkongsi pendapat dia.mungkin setelah dia dapat penjelasan yg mencukupi dia akan melihat kembali rasional sistem aes ini.tetapi bagi saya pula isu ini pastinya akan dijadikan modal politik parti pembangkang..isu kroni menteri pengankutan telah mula ditimbulkan..harap kerajaan ada jawapan terhadap tuduhan tersebut.
LO...
BUKAN KE BANYAK PIHAK SALAH KAN POLIS BILA OPS-OPS DI WAKTU HARI RAYA GAGAL MENURUNKAN KADAR KEMALANGAN? APA BRO DIORANG SLL KATA?? PENGUATKUASAAN UNDANG2 YANG LEMAH?? POLIS NGAN JPJ RASUAH?? LEBIH KURANG LER ..
LA NI, POLIS NGAN JPJ MINTAK MESIN JALAN KAN SEDIKIT TANGGUNGJAWAB PENGUATKUASAAN..MESIN X AMIK RASUAH PLAK TU..AIK SALAH JUGAK CARA NI?
AIK..APA YG RAKYAT MALAYSIA NAK SEBENARNYA NIH?
Sebagai blogger yang pro-kerajaan, saya juga pernah membantah sistem ini. Kami bukan membantah untuk dilaksanakan kerana sistem ini ternyata boleh mandidik rakyat tetapi perlaksanaannya tidak kena pada masanya. Tak bolehkah menunggu selepas PRU13 nanti baru dilaksanakan
Tak kan tak sabar lagi nak pungit duit tunggu jer la lepas pilihanraya kutiplah seberapa banyak yang nak kutip atau Syarikat individu tertentu takut BN kalah?
Bagus ada bangkangan, dengan itu baru ada pihak yang memberi penerangan dan penjelasan siap dengan statistik. Kalau tidak semua orang senyap dan isu ini diguna sepenuhnya oleh pembangkang. Dengan ada bangkangan baru agen pelaksana buat penambahbaikan.
aik... bloger pro kerajaan bimbang... come on lah.... tugas bloger yg nak menolonglah war warkan... kebaikan dia... cari info kebaikan... apa nak dikasihan kpd mereka yang melanggar undang2 jalan raya... mereka telah diberi pilihan....
ada rakyat yg pakai kancil..bawak ikut peraturan jalan raya yang kena saman ke... kalu ada memang betullah kita tentang..
PILIHAN DI TANGAN ANDA.. IKUT PERATURAN @ SAMAN
Signboard warning AES dihadapan
Lokasi AES pun JPJ declare..
AES detector dalam smart phone..anroid iphone...
so Pilihan di tanggan pemandu... nak pecut..nak langgar t/light.. sediakan duit utk bayar saman....
Semoga usaha dibuat JPJ JKJR PDRM memberi kebaikan untuk semua.... jika ada kekurangan/kelemahan.. yang tu je perlu dibaiki... jadi tolong bagi kat mana kelemahan dia...
wassalam...
setuju dengan sistem ini, sebab
1. Tidak memerlukan pegawai Polis atau JPJ di jalanan, ini akan
a) Mengurangkan rasuah
b) Pegwai Polis/JPJ boleh melakukan tugas-tugas lain.
c) Kurang kos overtime (Mungkin)
d) Pegawai Polis/JPJ boleh tidur malam (untuk operasi malam, sistem ini berjalan 24 jam)
2. Macam Hudud, kalau kita tidak melakukan kesalahan, apa yang perlu dibimbangkan.
3. Menyampah tengok ramai orang langgar lampu merah
4. Menyampah tengok orang bawa laju-laju dan selalu bagi High Beam
5. Banyak Bas Express/Lori yang selalu bawa laju (Denda patut bagi tinggi sikit bagi kenderaan awam ni)
6. Selalu kita dengar, Malaysia mempunyai segala undang-undang, yang kurangnya adaalah pemantauan dan penguatkuasaan.
Kalau kita tak setuju dengan pihak swasta yang dilantik (Sebenarnya ianya PFI)yang dianggap akan kaya dengan sistem ini maka saya sarankan kita bankrapkan syarikat ini dengan tidak memberi peluang kepadanya untuk mengutip saman. Caranya JANGAN MEMBUAT KESALAHAN.
ulasan yg baik, saya sokong AES!
yang mengarutnya ialah, kekadang had laju yang ditetapkan tak masuk akal. ada yang 50, 60,70,80,90,110 dsbnya. atas dasar apakah had laju di kira. hadlaju 50km/j, itu bukan jalanraya lagi namnya. itu dah dikira jalan kampung dimana jalan nya bukan jalan tar. woooi. zaman dulu punya kiraan dan rujukan dah tak boleh pakai. ikut lah peredaran teknologi kenderaan. 90 km/j keatas boleh la diterima. bawah daripada tu, bukan had laju nama nya, itu namanya busuk perut, nanti peras duit orang aje.
Ini adalah usaha kerajaan untuk menyedarkan pengguna jalanraya..Pihak2 tertentu ni yang tak puas hati ni kenapa???
Aku tak paham langsung kenapa benda yang baik nak diperbesarkan..
awas kawasan sekolah.. kawasan kampung 60km/j... kenapa tak tanya org kampung tu... diaorg setuju ke..jalan melalui kws kg dia org pecut 90km/j... 120km/j...lagi mengarut jika jkkk kgtresebut setuju... kereta yg melalui kg mereka pecut 90 km/j... ke macamana... (kalau lebuhraya lainlah... eh.. tempat kerap kemalngan mcmana pulok )..
kena pasang AES kat jubur pemuda lembut, anak ikan pak jubur, mana liwat pasti aka. di saman..
aku sokong AES,keta aku tak laju. ada 1 kancil tu baya kancil jantan aku jer...dah la kena selsema(2 3 kali bersin time motong kancil aku),dia punya lari tak hingat dunia!!!
haha tu gmbr ko petik dr blog rbf tu!!
Bgs la dh ada penguatkuasaan undang2.. Kalau x undang2 hanya sekadar hiasan..
had laju ditentukan berdasarkan kegunaan jalan dan persekitaran. Bukannya ditentukan sesuka hati.
pasal saman AES tuh pon ditentukan atas budi bicara JPJ jgk. Tgk keadaan lah. Kamera AES tuh kan HD. Boleh zoom besar-besar. Kalo langgar trafik sebab bawak bini nak bersalin pon boleh nampak, buat ape nak keluarkan saman. Tapi cikgu driving school aku cakap, die sedia bayar saman kalo berlaku kat die. dan situasi tuh, memang berlaku pun dekat die. tapi sebab polis tuh faham, saman tak dikeluarkan. Tuh lah nama nya budi bicara.
jangan takut kalau kita tak buat salah.
Post a Comment