Tuesday, October 23, 2012

Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) melibatkan kos RM 2 Bilion mengalami kerugian besar RM 711.45 juta akibat kebobrokan Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.

Tidak ada bezanya di antara Timbalan Menteri Besar ini dengan Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa ... banyak projek 'tong-tong kosong'. Terlalu banyak berbohong kepada rakyat Kelantan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan sudah cukup membuktikan kegagalan projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) bernilai RM 2 bilion hangus dengan kerugian RM 711.45 juta.



Mengapa kerugian terkumpul berjumlah RM 711.45 juta?

1) Rugi RM 389.09 juta akibat kegagalan Liziz Standaco Sdn Bhd menunaikan komponen sumbangan kepada kerajaan negeri.
2) Rugi RM 318.29 juta akibat pindah milik tanah kepada syarikat terbabit.
3) Rugi RM 4.07 juta akibat bayaran yang diberikan kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Perlu diingat, projek ini bermula sejak dari tahun 2003 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada tahun 2015 ... ini perkara yang paling asas untuk diketahui.



Komponen Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri
Jika mengikut perjanjian, 8 komponen utama sumbangan kepada kerajaan negeri perlu ditunaikan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd.

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.
b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.
c) Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang
tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.
d) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
e) Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.
f) Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan
Yahya Petra.
g) Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.
h) Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak
atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa.

Namun sehingga ke hari ini, Liziz Standaco Sdn Bhd. gagal menyempurnakan 75 peratus (%) sumbangan kepada kerajaan negeri ...

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.
b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.
c) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.
d) Penyerahan tanah seluas 13 ekar di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra.
e) Penyerahan wang tunai bersamaan nilaian JKR bagi pembinaan Jambatan
Berkembar Sultan Yahya Petra berjumlah RM90 juta (jambatan tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan)
f) Tabung Skim Perumahan Kos Rendah berjumlah RM12 juta.


Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek di dalam Perjanjian, tempoh pelaksanaan projek adalah selama 12 tahun bermula tahun 2003 sehingga tahun 2015.

Lawatan Audit ke tapak projek di Zon B dan D pada bulan November 2011 mendapati Syarikat telah menyiapkan kemudahan asas dan infrastruktur iaitu

a) Retaining wall sepanjang 4.5 km;
b) Laluan pejalan kaki (esplanade) sepanjang 1.5 km;
c) Terminal bas sementara;
d) Jalan keluar masuk utama (JKR 10);
e) Bangunan hypermarket TESCO; dan
f) Rumah kedai 3 tingkat sebanyak 142 unit.

Berdasarkan Jadual Pelaksanaan Projek, kesemua kerja pembinaan termasuk komponen sumbangan perlu selesai dilaksanakan pada tahun 2007 kecuali kerja-kerja pembinaan lain.

Bagaimanapun, Syarikat masih belum melaksanakan sebahagian besar projek yang dirancang walaupun tempoh pelaksanaan projek hanya berbaki 3 tahun iaitu sehingga tahun 2015.


Sehingga Mac 2012 kerja pembinaan masjid, stadium dan jambatan masih belum dimulakan walaupun mengikut Jadual Pelaksanaan Projek ia sepatutnya siap pada tahun 2005 dan 2007.

Pembangunan projek banyak tertumpu di Zon D manakala projek di Zon A, B dan C masih belum dimulakan.

Pihak Syarikat memaklumkan antara sebab kelewatan projek ialah:

a) Kos bahan mentah meningkat.
b) Pembangunan projek banyak melibatkan kos infrastruktur yang tidak menghasilkan keuntungan kepada Syarikat.
c) Pengambilan balik tanah di Zon B untuk projek tebatan banjir seluas 9.83
ekar menyebabkan Syarikat tidak dapat menjana hasil kerana tanah di kawasan tersebut strategik dan bernilai tinggi.



Kedudukan Semasa Projek Mengikut Zon Pembangunan

Pembangunan Zon D


komponen sumbangan yang sepatutnya dibina di Zon D gagal disempurnakan seperti dibawah

a)Masjid bernilai RM20 juta belum dimulakan pembinaan walaupun berdasarkan jadual pelaksanaan ia sepatutnya siap pada bulan November 2005.
b) Syarikat juga belum menyediakan 130 buah gerai untuk petani yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta.
c) Manakala penyediaan tanah di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra seluas 13 ekar bernilai RM46.11 juta telah siap ditebus guna tetapi masih belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Pembangunan Zon B
Pembangunan Zon B (Istana Kota Lama ke Kg. Cina) meliputi kawasan seluas 56.03 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kemudahan awam.

Lawatan Audit mendapati pembangunan yang telah dilaksanakan di zon ini hanya meliputi infrastruktur iaitu retaining wall dan tebus guna tanah bagi penyediaan tapak istana seluas 11.76 ekar yang bernilai RM41 juta telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

Pembangunan Zon A Dan C
Pembangunan Zon A (Kg. Tikat ke Pulau Jerami) meliputi kawasan seluas 33.11 ekar yang terdiri daripada perumahan dan kawasan rekreasi.

Manakala pembangunan Zon C (Kg. Laut, Tumpat) meliputi kawasan seluas 344.34 ekar yang terdiri daripada bangunan komersial dan rekreasi.

Semakan Audit mendapati pembangunan di Zon A dan C belum dijalankan lagi termasuk 10 komponen sumbangan iaitu Jambatan Kg. Cina-Palekbang (Zon A) dan stadium tertutup wanita (Zon C).




Mengapa projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) ini gagal disempurnakan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd?

Perlukah syarikat ini dipersalahkan 100 peratus (%) dalam perkara ini atau ... sememangnya kerajaan negeri PAS Kelantan yang sebenarnya merupakan dalang kepada kelewatan projek ini disiapkan?

Sudah hampir 10 tahun, namun masih gagal disiapkan 75 peratus pembangunan yang sepatutnya dilakukan.

Apa yang mamapu dilakukan lagi sepanjang 3 tahun baki projek ini sebelum tamat perjanjian?

Ada satu perkara yang menarik perhatian GWM akibat dari kemelut kelewatan projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan sudah cukup membuktikan dalang dan kebodohan pemimpin PAS Kelantan ...



Pindah Milik Tanah Kepada Syarikat

Artikel 5 Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat.

Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009.

Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti Jadual 2.6.

Bagaimanapun, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.


Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar.

Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan.

Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan.

Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.



Persoalan yang perlu dijawab ...

Siapa pemilik syarikat ini sehingga mendapat kelebihan pindah milik tanah tanpa sekatan ini?

Siapa yang mempengerusikan mesyuarat PTSK 1/2002 dan membenarkan pindah milik tanah kepada syarikat itu sebanyak 1000 ekar?

Apakah tidak wujud elemen dan unsur penyalahgunaan kuasa malah rasuah dalam isu projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK)?



3 comments:

Anonymous said...

Pas cakap pandai Ceramah siang malam..pongg!pangg!pongg! pangg!..kempen bertahun tahun.. suruh buat kerja.....hampehhhh ! elek..poocitt!

wasim46 said...

Ngape jadikan rupa diorang ni buruk mungkin satu petanda utk kita berhati hati bila berurusan.

wasim46 said...

Ngape jadikan rupa diorang ni buruk mungkin satu petanda utk kita berhati hati bila berurusan.