Wednesday, October 24, 2012

alt
Tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri Selangor.

Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka.

Sebelum ini sekitar tahun 1994 seramai 363 orang bekas peneroka FELDA Sg. Buaya telah menubuhkan satu syarikat, Murni Jaya Development Berhad (MJD) bagi menjual dan memajukan tanah mereka.

Sehubungan dengan itu, MJD telah mengikat satu perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju, Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) yang juga merupakan anak syarikat kepada Land & General Berhad.

Walaubagaimanapun masalah mula timbul apabila BSB tidak dapat meneruskan projek tersebut ketika kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 yang memaksa MJD menamatkan perjanjian usahasama yang termeterai sebelum ini.


Read More, KERAJAAN PKR SEMAKIN ZALIM




1 comments:

Anonymous said...

dah jadi mcm kampung buak pala di P.P

hampehh punya Pkr..

sengsara rakyat dibuatnya...