Monday, October 22, 2012

Pengurusan aktiviti bagi projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea menunjukkan beberapa kelemahan seperti pelaburan yang dibuat tanpa kajian menyeluruh menyebabkan kerugian kepada syarikat, pinjaman dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan bayaran dibuat tanpa dokumen sokongan yang lengkap - Laporan Ketua Audit Negara 2011



Penemuan audit terhadap kedudukan kewangan Kedah Corporation Berhad (KCB) cukup jelas menunjukkan mengapa PAS sememangnya gagal, tidak tahu dan tidak layak menguruskan ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Projek Pembalakan, Perladangan Di Papua New Guinea ...

1) pelaburan berisiko tinggi yang dibuat tanpa kajian menyeluruh menyebabkan kerugian kepada syarikat.
2) pinjaman dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.
3) Bayaran dibuat tanpa dokumen sokongan yang lengkap.



Perjanjian Penjualan Saham Dan Kerjasama Perniagaan di antara KCB dan MAS Incorporated (PNG) Ltd. (MAS), sebuah syarikat yang didaftarkan di Papua New Guinea membongkar kelemahan sebenar pentadbiran dan pengurusan oleh PAS Kedah.

Pembelian saham 70% dalam MAS untuk membangunkan 2 kawasan seluas 114,429 hektar di Papua New Guinea akhirnya menjadi 'projek tong kosong'.

Akhirnya mesyuarat Lembaga Pengarah KCB memutuskan memutuskan untuk menghentikan projek ini kerana mengalami kerugian, tanggungan liabiliti pinjaman dan caj pinjaman yang dikenakan bagi membiayai projek tersebut.



Pelaburan Yang Berisiko Tinggi
Pelaburan yang dilakukan sepatutnya menjamin pendapatan kepada syarikat dan Kerajaan. KCB tidak mendapat sebarang hasil daripada operasi projek walaupun perbelanjaan bagi bayaran goodwill dan mobilization berjumlah RM4.21 juta telah dibayar kepada vendor. Merujuk kepada Perjanjian Penjualan Saham Dan Kerjasama Perniagaan di antara KCB dan MAS, terdapat beberapa terma perjanjian yang tidak memihak kepada KCB seperti berikut:


i. Klausa 6.2 perjanjian menetapkan KCB perlu membayar sejumlah RM1.21 juta kepada vendor sebagai goodwill payment bagi pindah milik saham sebanyak 70% kepada KCB yang akan dipindahkan secara keseluruhannya pada 21 April 2010. Semakan Audit mendapati pembayaran goodwill tidak berasaskan justifikasi yang jelas kerana tiada siasatan awal dilakukan sebelum proses pembelian dimuktamadkan. Pembayaran goodwill tersebut telah dijelaskan kepada vendor melalui 2 peringkat dalam tahun 2008.

ii. Klausa 6.3 perjanjian menghendaki KCB membayar sejumlah RM3 juta kepada MAS sebagai mobilization expenses dalam tempoh 14 hari dari tarikh perjanjian. Butiran pembayaran tersebut tidak dinyatakan dengan lebih terperinci di dalam perjanjian. KCB telah membayar sejumlah RM3 juta kepada MAS sepanjang tahun 2008 hingga 2010. Bayaran tersebut termasuk perbelanjaan bukan perniagaan seperti pinjaman kepada tuan tanah, yuran sekolah dan keraian.

iii. Klausa 6.1 perjanjian menyatakan KCB bersetuju membeli 70% saham MAS dengan harga berjumlah RM31.21 juta. Manakala klausa 7.1 menjelaskan nilai balasan pembelian kepentingan akan dibayar secara berperingkat menurut kemajuan penghantaran kayu balak keluar dari Papua New Guinea. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM14.57 juta akan dijelaskan melalui projek Baina manakala bakinya berjumlah RM16.64 juta dibayar melalui projek Bonua Magarida. Nilai balasan ini telah ditetapkan oleh vendor.

iv. Pihak Audit mendapati KCB hanya menerima terma perjanjian yang dicadangkan oleh Vendor. Keadaan ini berlaku kerana ketiadaan Due Diligence atau Kajian Feasibility dilakukan sebelum pengambilan MAS. Projek tidak dapat diteruskan kerana menghadapi kesukaran seperti faktor kos yang tinggi, bentuk muka bumi, hubungan vendor dengan syarikat tuan tanah serta tanah milik suku puak.

Kandungan perjanjian juga tidak dikaji dengan teliti atau dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum ianya ditandatangani. Perjanjian pengambilalihan telah ditandatangani pada 12 Oktober 2008.

Manakala kertas cadangan projek hanya dibentangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 24 November 2009. Mengikut maklum balas bertarikh 2 Mei 2012, pembayaran goodwill kepada vendor adalah bayaran ke atas kerjakerja yang dilakukan oleh vendor di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, bayaran melobi menteri, tuan tanah dan sebagainya.

Manakala mobilization expenses merupakan bayaran pendahuluan kepada tuan tanah dan bayaran proses iaitu bayaran sewa pejabat, gaji pekerja, kaji selidik pokok dan sebagainya. Mengikut maklum balas bertarikh 26 Julai 2012, bagi menuntut kembali segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan berjumlah RM1.36 juta dalam projek pembalakan tersebut, KCB telah menghantar notis tuntutan kepada MAS pada 24 Ogos 2011.



Pinjaman Tanpa Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah

i. Perenggan 4(12), Memorandum Syarikat menyatakan KCB boleh membuat atau memberi pinjaman. Perenggan 31 Artikel Syarikat memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk meminjam atau memberi pinjaman bagi kepentingan syarikat. Pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta untuk membiayai projek di Papua New Guinea telah dibuat oleh Pengarah Urusan dan Pengurus Besar tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London. Semakan Audit mendapati RM1.6 juta daripada RM4.67 juta telah dibayar kepada syarikat perunding pada Januari 2009 hingga Oktober 2010 secara ansuran sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman tersebut dibatalkan pada Januari 2010.

Pinjaman terbabit dibatalkan setelah mendapati syarat pinjaman projek tidak memihak kepada syarikat dan ketidakmampuan membayar balik pinjaman. Selain itu, pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah di mana pinjaman tersebut dilakukan tanpa perjanjian pinjaman. Kesannya, KCB terpaksa menanggung pinjaman serta kos berkaitan yang berjumlah RM7.68 juta.


ii. Mengikut maklum balas bertarikh 2 Mei 2012, KCB mengakui kedua-dua pinjaman tersebut dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Bagi menyelesaikan kos pinjaman pesisir pantai, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar kepada CIA mulai 5 Januari 2009 hingga 29 Oktober 2010 untuk menutup kes setelah rundingan di antara KCB dan CIA mencapai persetujuan secara lisan.

Bagi pinjaman daripada 5 syarikat lain pula, KCB pada ketika ini masih dalam proses perbicaraan mahkamah yang melibatkan Zhun Ling Enterprise Sdn. Bhd. Manakala mengikut maklum balas bertarikh 26 Julai 2012, KCB telah melakukan rundingan dengan syarikat Metro Sunview Sdn. Bhd., Prudential Deal Sdn. Bhd. dan JD Merawan dan berdasarkan rundingan tersebut KCB tidak perlu membayar sebarang amaun kepada syarikat berkenaan.

Ini kerana wang berkenaan diserahkan kepada KCB sebagai pelaburan mereka bagi projek pembalakan dan projek lain di Papua New Guinea. Ianya tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah dan tiada perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Syarikat 99 East Langkawi Sdn. Bhd pula merupakan syarikat usaha sama bagi projek pembangunan hartanah di Langkawi. Pinjaman tersebut merupakan pendahuluan yang akan ditolak selepas syer dan dividen dikeluarkan.



Pembayaran Tanpa Dokumen Sokongan Yang Lengkap

Seksyen 167 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan setiap pengarah dan pengurus perlu menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod berkaitan supaya ianya dapat diaudit. Semakan Audit mendapati syarikat telah membuat bayaran berjumlah RM579,838 tanpa dokumen sokongan yang lengkap dan jelas bagi pengurusan projek pembalakan di Papua New Guinea untuk tujuan tuntutan perjalanan, bayaran kaji selidik tanah, pembelian kereta dan pendahuluan kepada pemilik tanah.


Mengikut maklum balas bertarikh 2 Mei 2012, dokumen sokongan bagi perbelanjaan tersebut telah hilang dalam simpanan KCB, berkemungkinan semasa berlaku pindahan pejabat dari Wisma Bina Darulaman Berhad kepada Wisma Darulaman pada tahun 2010. Hampir keseluruhan pengurusan atasan KCB terdahulu telah meletak jawatan dan sukar bagi pengurusan sekarang mengesan dokumen tersebut.

Pada pendapat Audit, projek usaha sama pembalakan dan perladangan tidak memberi pulangan kepada KCB sebaliknya KCB menanggung perbelanjaan berjumlah RM4.21 juta bagi pembayaran goodwill dan mobilization, RM1.6 juta bagi pembayaran kos pengurusan pinjaman pesisir pantai dan RM 0.62 juta pinjaman dari syarikat lain.



Pelik ... dalam tempoh seminggu keluarnya Laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan PAS Kedah senyap.

Barangkali mahu menutup isu kerugian ini dari terus dibongkar kepada umum dan rakyat Kedah.

Walaubagaimanapun, GWM cukup yakin Mahfuz 'Mr Intelligent' Omar pasti akan lari dari menjawab isu ini.

Dan tidak mustahil isu kerugian besar Projek Pembalakan dan Perladangan Di Papua New Guinea bakal menjadi 'bullet' besar Mahfuz Omar untuk menyerang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Barangkali juga Mahfuz Omar sudah membayangkan kerusi empuk Menteri Besar Kedah yang baru ...



4 comments:

Anonymous said...

labur betul2 ke, atau hanya sekadar berselindung disebalik pinjaman projek,yg betulnya nak sapu kot? ada betul ke?cuba cerita mai sini.....

Anonymous said...

apa yg Pas boleh buat.. ceramah kutib derma je yg pandai yg lain hancorrr... sembang je besar

lingkup yoep....

Anonymous said...

ehhh betul ker PAS pandai buat pelaburan??? ini memeranjatkan sungguh hehehe.... PAS pandai buat pelaburan yang merugikan hohoho. PAS tak pandai membuat pelaburan yg menguntungkan.... INI SEMUA SALAH UMNO laa ni. UMNO yg paksa PAS kedah melabur kat sana !!! jahat betul UMNO/BN nih.

Anonymous said...

Howdy! I simply wish to give an enormous thumbs up for
the good info you have got right here on this post. I might be coming
again to your weblog for extra soon.

Also visit my blog post; search engine optimization software torrent