Wednesday, January 25, 2012




SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.


Full article, click PEMIMPIN UMNO PUN BUTA FAKTA.




Secara jujur, GWM tidak menyalahkan rakyat yang tidak memahami isu sebenar kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) jika hanya berpandukan kepada berita yang tersiar di portal-portal pro pembangkang. Dan secara jujur, amarah GWM terhadap 'Lembu-Lembu PKR' masih lagi boleh dipertimbangkan.

Sudah mejadi kewajipan 'Lembu-Lembu PKR' ini wajib menjalankan tugas dan amanah dari Tuan Haji Anwar Ibrahim mengikut konsep 'FIFO' dalam perakaunan kos (cost accounting) ... 'Fitnah In, Facts Out'!

Sudah menjadi makanan ruji puak-puak ini jika tidak mendahulukan fitnah dan tohmahan dan membelakangkan isu dan fakta yang sebenar.




Namun apabila membicarakan soal beberapa pemimpin UMNO yang menjadi 'Pak Turut' dalam kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hanya satu perkataan yang terlintas di kotak pemikiran GWM ... BODOH!

GWM kurang pasti sama ada beberapa pemimpin UMNO ini mahu menampilkan diri sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak dengan menyerang Ketua Wanita UMNO tanpa sebarang usul periksa atau ... sekadar mahu melepaskan tengkuk masing-masing dari menjadi bahan tembakan pembangkang.

Sebenarnya Laporan Audit Negara 2010 dan Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga sudah secara jelas menerangkan isu ini hanya berkait rapat dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp, sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Atas dasar itu, GWM sudah terlalu malas mahu memberi penjelasan dalam kemelut NFC, yang sebenarnya tidak ada kemelut pun sebenarnya ... dan tidak ada kegagalan dalam projek fidlot negara. Yang dibicarakan dan disimpulkan dalam Laporan Audit Negara 2010 adalah kelambatan NFC mengikut jadual.

Kelambatan adalah disebabkan Kementerian Kewangan telah beberapa menangguhkan projek ini untuk dilakukan kajian 'Viability and Business Model Project' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang keputusan muktamad. (sila muat turun dan rujuk Laporan Audit Negara 2010).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seharusnya berada dihadapan untuk memastikan objektif projek ini dapat disegerakan mengikut jadual setelah operator pengeluaran lembu utama Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAMBERTS) gagal dan menarik diri dari projek ini ... bukannnya NFCorp.

Seharusnya pihak pembangkang persoalkan mengapa LAMBERTS gagal dan menarik diri daripada meneruskan projek ini ... bukannya NFCorp!

Dan kebetulan ... semakin lama semakin terbuka luas ruang seolah-olah sudah ada 'tangan-tangan ghaib' mahu membunuh karier Ketua Wanita UMNO!


Menarik bukan ...

rujukan click :
Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga
Laporan Audit Negara 2010

  




1 comments:

Anonymous said...

Ramai yang malu lepas ni. Semuanya sebab cemburu bila Allah beri rezeki lebih sikit pada orang lain.

(Syukur aku cukup makan, keluarga dan anak2 pun sihat dan belajar di U).