GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/23/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PRK DUN TENANG !!! PROFILE CALON BN UNTUK N.05 DUN TENANG !!!

| Sunday, January 23, 2011



Sekiranya anda ingin mengenali Calon BN lebih dekat,saya akan memberi sedikit Latar Belakang Calon ini.Nama sebenar beliau adalah Mohd Azahar Bin Ibrahim,Beliau berumur 39 tahun dan anak tempatan Labis sendiri.seperti yang kita tahu calon PAS adalah bukan dari anak tempatan.Isteri beliau bernama Tuty Roshizana Tumin dan Beliau mempunyai 3 anak.Saudara Mohd Azahar ini juga bersekolah di sek keb sri labis,sek men keb munshi ibhrahim dan sek men keb dato bentara dalam segamat.beliau juga anak muda Lulusan ijazah sains politik university of portsmouth,UK pada tahun 1996 dan sebelum itu mempunyai Diploma pentadbiran awam,ITM melaka pada 1993.

PENGLIBATAN POLITIK

Beliau adalah Bendahari pemuda Umno Bahagian Labis dan juga Ketua Umno cawangan Kampung Paya Merah pada 2004-2008

PENGALAMAN PENTADBIRAN

Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Kluang pada tahun 1997-2000.selepas itu beliau di hantar ke segamat untuk jawatan yang sama dari tahun 2000-2006.selepas itu beliau di hantar ke Kecil Rengit untuk jawatan yang sama pada tahun 2006 sehingga kini.

PENGALAMAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Beliau adalah ahli jawatankuasa Yayasan Tenang pada tahun 2000 sehingga sekarang,Setiausaha Jawatankuasa penyelarasan mukim-mukim DUN RENGIT pada tahun 2000 hingga kini,Pengerusi Belia 4B Labis pada tahun 2001 sehingga 2010 dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Cawangan Rengit.

menurut info dari Penduduk di Labis,Beliau sanggup menghabiskan masa dengan rakyat 24 jam sehari dan kadang-kadang Beliau tidak tidur untuk membantu masyarakat di Labis.ini adalah sedikit latar belakang Beliau.

info yang terbaru saya terima juga tadi Teknik terbaru PAS,Penyokong PAS akan memakai baju Biasa dan datang ke rumah penggundi meminta IC atau Kad Pengenalan yang terdiri dari orang-orang tua.bila ditanya,penyokong PAS ini akan memberitahu mereka meminta IC kerana ingin memberi hadiah pada 31hb ini.apakah motifnya itu ??? yang terbaru orang tua sudah terkena di Paya Merah...

KEPADA YANG MEMBACA ARTIKEL INI KHUSUSNYA DARI DUN TENANG ANDA FIKIR LAH DENGAN SEDALAM-DALAMNYA YANG MANA SATU PILIHAN ANDA.SAMA ADA PARTI UNTUK MENIPU RAKYAT DENGAN MEBERI JANJI-JANJI PALSU ATAUPUN PARTI YANG SELALU MEMIKIRKAN MASA DEPAN RAKYAT DAN KESELESAAN RAKYAT

POST BY WAYNE...

PRK TENANG ... PENGUNDI DITIPU ... NORMALA RUPANYA CALON DAP ! KAH .. KAH .. KAH .. !

|
GWM nak tiru sikit gaya penulisan blogger Gunung Mat Cincang! KAH..KAHH..KAHHH..




Pengundi PAS PIS PUS kena tipu, Normala lagi suka panji suci DAP !!
Kah..kahh..kahhhh




Undi DAP halal, dapat pula ganjaran Pahala !!
Kah..kahh..kahhhh




Calon PAS tapi bawa bendera DAP !!
Kah..kahh..kahhhh




Keahlian bersama PAS, tapi bermati matian dengan perjuangan DAP !!
Kah..kahh..kahhhh


GWM : Agaknya calon PAS ini buta warna gamaknya ... Kah..kahh..kahhhh ... Jahanam !

sumber ihsan foto paling menarik blog GAP


PRK TENANG ... DAP BAWA ISU PERKAUMAN DI TENANG ... EHSAN DARI PAS !

|

DAP akan menolong sahabatnya parti PAS dengan membawa isu perkauman di PRK Tenang kelak.

Inilah buah tangan DAP dalam membantu sahabat dunia akhirat PAS, dalam meraih sokongan dan undi 12% atau 1,780 daripada 14,753 pengundi masyarakat India di Tenang ... dengan membawa dan membakar api perkauman.


Seperti dirancang ... bagaikan suatu 'soap opera' ...

Setiap kali berlangsungnya pilihanraya kecil, pasti pihak pembangkang akan menimbulkan sesuatu isu baru, lebih lebih lagi isu berbaur perkauman.


Dan kebodohan Kulasegaran cukup terserlah apabila mempertikaikan niat Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain menulis novel tersebut ... setelah 40 tahun lalu diterbitkan.

Modus operandi DAP boleh dihidu dengan cukup jelas. Ugutan akan dilemparkan kepada BN untuk mengharamkan novel tersebut.


Jika tidak berhasil, satu gabungan tenaga antara DAP dan HINDRAF akan dilakukan dengan menyemarakkan api perkauman masyarakat India melalui demonstrasi jalanan ... yang bakal dilakukan.

Bukan mustahil ... Kulasegaran mengakui DAP akan menjadikan isu tersebut sebagai arang kayu untuk membakar sentimen orang India sehingga tiba PRU 13 kelak.


Namun disebalik kecerdikan DAP untuk bermain sentimen perkauman, parti tersebut sebenarnya nyata gagal sama sekali membantu masyarakat India di Malaysia.


Nasib yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang sudah mencelikkan mata dan minda kaum India. Betapa hinanya penduduk keturunan India di 'High Chapparal' dihalau keluar oleh DAP untuk projek kondominium oleh SRE Ventures.



Begitu juga dengan nasib keluarga berketurunan India yang juga bekas pekerja Ladang Coalfields, Ijok Selangor. Xavier Alexander berterusan membohongi masyarakat India kononnya mereka sudah mendapat pampasan untuk projek perumahan dan perniagaan.

Dan yang paling mengaibkan ... apabila Azmin Ali menggelar pemimpin India, N Gobalakrishnan sebagai 'pariah'.

DAP serta merta menjadi bacul dan pengecut, langsung tidak berani bersuara menempelak Azmin Ali. Kulasegaran dan pemimpin India DAP telah hilang kejantanan dan kerandut. Sehingga ke hari ini, Azmin Ali tidak pernah melafazkan kata hikmat 'minta maaf' kepada masyarakat India.



Panggilan 'pariah' oleh Azmin Ali adalah bukti yang lebih nyata dan jelas perkauman yang didagangkan oleh parti parti pembangkang.



Malangnya, pemimpin tahap pelacur DAP menikus kerana amat takut dengan Azmin Ali ... The Golden Boy Anwar Ibrahim!

Masyarakat India perlu membuka mata dan minda seluas luasnya. DAP tidak pernah berjasa kepada masyarakat India. Hanya sokongan dan undi masyarakat India yang begitu ditagih sebenarnya.

Ucapkanlah terima kasih kepada parti PAS ... yang berjaya menjadi anjing peliharaan DAP buat selama lamanya! Dan parti PAS turut membisu apabila Saterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain diasak oleh sahabat sahabat pembangkang!

PAS sudah menjadi Syaitan Bisu!

GWM : Apa jasa DAP dan PAS pada masyarakat India ...

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-bawa-isu-interlok-ke-tenang-jika-putrajaya-enggan-selesai/


PRK TENANG ... SAH! HADI AWANG MENGAKU KALAH ! ... NORMALA KATA MENANG ???

|

Bukan lagi suatu rahsia! Hadi Awang yang sebelum ini begitu yakin PAS akan menawan DUN Tenang, mengakui peluang kemenangan semakin tipis.

Jika sebelum ini beliau meletakkan keyakinan 50% untuk menang berdasarkan trend pengundi yang memihak pembangkang, kini bedebab! ... tinggal 40 % sahaja.


Berbeza dengan calon PAS Normala Sudirman, cukup yakin beliau akan menang justeru PAS akan menambah lagi kerusi pembangkang di Johor.



Keyakinan memuncak berdasarkan kepada trend pengundi masa kini yang lebih memihak kepada pembangkang.

GWM percaya dengan jangkaan Hadi Awang ... beliau dilihat berpandukan kepada kenyataan para pemimpin pembangkang sebelum ini.



Apa jua alasan sekalipun, Hadi Awang tahu para sahabatnya sudah melakukan 'groundwork and homework' terlebih dahulu.



Hadi Awang berkata beliau bersandarkan kepada trend pengundi. Begitu juga dengan Normala Sudirman. Trend yang mana satu sebenarnya?

Hanya Normala Sudirman masih lagi menaruh harapan yang amat tinggi dalam pengalaman pertamanya menjadi calon Muslimah PAS.

Pengalaman pertama yang dilalui oleh Normala Sudirman ini mungkin turut disamakan beliau dengan pengalaman malam pertama bergelar isteri. Yelah ... pertama kali!


GWM : Jika sudah tahu parti akan tewas ... mengapa perlu di'sakau' duit rakyat dengan kutipan derma DUN Tenang? Duit kutipan masuk poket siapa tu ...

PRK TENANG ... DOA PECAH PERUT tumPAS LAGI ... 35 EX PKR SERTAI UMNO !

|

Parti PAS yang berbekalkan 'Doa Pecah Perut UMNO' semakin hambar, tiada 'magika' dan kurang menyengat sama sekali!

Doa 'versi lama lirik baru' ini jelas memakan diri juak juak PAS ...


Sebaliknya, doa Rais Yatim yang difitnah dan ditohmah PAS melalui Harakahdaily dan blogger blogger pencacai PAS yang termakbul.



35 bekas ahli PKR terdiri dari pengundi Orang Asli di Segamat Kecil telah menyertai UMNO kerana serik ditipu oleh pembangkang hanya semata mata untuk undi wahid.

Penduduk Orang Asli yang mempunyai 43 pengundi ini meninggalkan perjuangan sia sia pembangkang sekaligus memberi tamparan kepada 'Doa Pecah Perut UMNO' ciptaan PAS.



Kini setelah kembali semula 35 orang pengundi orang asli kedalam UMNO, kawasan ini kini bebas dan sifar pembangkang.

Apa yang tak kena dengan 'Doa Pecah Perut UMNO' ciptaan Al Syeikh Nik Aziz ini ... Di manakah kelemahan dan kurangnya mustajab doa parti PAS ...


Lama juga GWM termenung memikirkan apa lagi yang perlu PAS lakukan untuk 'Doa Pecah Perut UMNO' menjadi kenyataan.

Mungkin ... ini yang perlu ditokok dan ditambah pada 'signboard' 'Doa Pecah Perut UMNO' agar mustajab permintaan parti PAS ... Ulama ulama yang masih belum diketengahkan oleh juak juak PAS!


Pasti 'Doa Pecah Perut UMNO' akan dimakbulkan!

Juak juak PAS sebenarnya bukannya tidak tahu apakah penghalang doa dari dimakbulkan oleh Allah Taala.

Umat Islam tidak dibenarkan berdoa untuk sesuatu dosa atau memutuskan silaturrahim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Said;

Apabila seorang muslim berdoa dan tidak memohon suatu yg berdosa atau pemutusan kerabat kecuali akan dikabulkan oleh Allah salah satu dari tiga ; Akan dikabulkan doa atau ditunda untuk simpanan di akhirat atau menghilangkan daripada keburukan yg semisalnya”.[Musnad Ahmad 3/18. Imam Al-Mundziri mengatakan Jayyid (bagus) Targhib 2/478].

Disebabkan PAS sudah semakin liberal, buta mata dan buta hati demi undi wahid, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin PAS ... segalanya sudah menjadi satu fatwa yang wajib diikuti.


GWM : Inilah bala yang menimpa parti PAS sebenarnya ... Pengertian dan tujuan doa ditonggeng terbalikkan demi menghalalkan cara!

sumber foto : MINAQ-JINGGO

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU